Nasi Goreng Tomyam adalah salah satu menu kedai makan yang menjadi pilihan ramai dek kerana rasanya yang sedap. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, menu ini sebenarnya tidak sukar untuk disediakan. Jika tahu rencah serta bahan yang diperlukan, anda sendiri boleh memasaknya secara ‘homemade’ dan tidak perlu lagi makan di kedai. Terasa nak masak menu ni buat keluarga? Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI GORENG TOMYAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi sejuk 3-4 ulas bawang putih cincang – beli online disini 1 sudu makan pes tomyam – beli online disini 1 sudu makan cili kisar – beli online disini 1 biji telur Sedikit gula & perasa secukupnya Hirisan daun limau purut secukupnya Hirisan cili padi secukupnya Hirisan daun ketumbar secukupnya 1 sudu makan sos ikan /nampla – beli online disini Sotong – dicelur dalam air panas seketika & toskan
CARA MEMASAK: 1.Tumis bawang putih sehingga garing. Udang tu saja empunya resipi saja campak sebab ada lebih.
2. Kemudian masukkan pes tomyam. Kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan cili kisar untuk bagi warna sedikit kemerahan paad nasi goreng.
4. Pecahkan telur.
5. Tambahkan juga gula dan penambah perisa dengan secukupnya. Gaul rata.
Ads
6. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata. Jangan guna nasi panas kerana tidak sesuai untuk membuat nasi goreng. 7. Masukkan hirisan daun limau, cili padi dan daun ketumbar dengan secukupnya.
8. Gaul nasi goreng supaya rencah bergaul rata.
9. Kemudian masukkan sos nampak / sos ikan.
10. Akhir sekali masukan sotong yang telah dicelur dengan air panas dan ditoskan. Gaul lagi bersama nasi hingga sebati.
Ads
11. Angkat dan Nasi Goreng Tomyam sedia untuk dinikmati.
Pasti ramai peminat hidangan terung goreng berlada ni kan? Resepi yang sangat mudah dan enak di makan bersama nasi panas dan hidangan-hidangan lain. Jom kita cuba resepi ni!
RESEPI TERUNG GORENG BERLADA
Bahan-Bahan:
1) Terung (dibelah) 2) 1 bawang besar (dipotong) 3) Segenggam udang kering (direndam dulu) 4) 4 biji cili merah 5) 3 ulas bawang putih 6) 1 biji bawang besar 7) Asam jawa 8) Garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
1) Gorengkan terung & kemudian ketepikan dulu 2) Tumbuk cili, bawang besar & putih & udang kering yg sudah ditoskan airnya 3) Tumiskan semua bahan tumbuk tadi 4) Masukkan sedikit air & asam jawa serta bawang potong 5) Masukkan gula & garam secukup rasa 6) Masukkan terung & gaulkan rata..Siap!
Nangka muda biasanya kita buat gulai lemak, kari dan kerabu, rupanya kita juga boleh mengolahnya menjadi hidangan rendang.
Bagi yang suka kelainan, boleh cuba resipi rendang nangka muda yang dikongsi oleh Hanieliza Kamarudin.
Cara buat rendang nangka muda
Bahan A
1 biji nangka muda (anggaran 2 kg)
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
1 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan kerisek
2 helai daun kunyit (dihiris)
7 helai daun limau purut (dikoyak)
Bahan B (dikisar halus)
1 cawan ikan bilis
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili api merah
2 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Nangka dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Rebuskan dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan nangka, santan, minyak masak, dan bahan kisar ke dalam kuali besar.
3. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak sambil kacau sekali sekala.
4. Masukkan gula melaka, garam, kerisek, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi.
5. Apabila nampak naik minyak dan pekat boleh tutup api dan hidangkan.
Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitorea Ternatea adalah sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai pewarna dan juga tanaman hiasan. Bunganya yang berwarna biru terang sering digunakan sebagai pewarna bagi sajian Nasi Kerabu. Jika dahulu, bunga ini tidak dipedulikan dan hanya digunakan dalam masakan yang terhad namun kini, ia kembali mendapat perhatian.
Ia bukan sahaja berguna dari segi mewarnakan makanan malah turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan.
KHASIAT & MANFAAT BUNGA TELANG
Kredit foto: Chef Sue M Arukin
1. MENGUBATI BISUL
Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa kuntum bunga telang kemudian tumbuk dengan sedikit gula melaka. Tampal bahan tumbuk tadi di bahagian bisul. Ulang beberapa kali hingga bisul kecut.
2. MENAJAMKAN PENGLIHATAN
Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu menajamkan penglihatan. Caranya ialah rendam beberapa kuntum bunga telang dan minum airnya. Untuk lebih enak, boleh dicampur bersama sedikit gula.
3. BANTU CUCI DARAH
Darah yang kotor akan menyebabkan penyakit kulit seperti bisul dan jerawat. Untuk mengubati masalah ini secara semulajadi, amalkan pengambilan air bunga telang secara konsisten.
4. BAGUS UNTUK DETOKSIFIKASI
Bunga ini juga dikatakan mampu menghilangkan racun dalam tubuh dan juga membantu melancarkan proses pencernaan.
5. MENGATASI STRES
Bunga telang juga dikatakan boleh mengatasi masalah stres. Kandungan anti depresi yang ada pada bunga ini mampu memberikan rasa tenang dan meredakan tekanan yang dialami.
6. TINGKATKAN KEKUATAN OTAK
Bunga ini juga mempunyai kemampuan dalam meningkatkan memori. Malah bunga ini juga mempunyai kesan positif pada saraf yang mampu memperkuat serta meningkatkan fungsi otak.
Jadi bila dah tahu khasiat bunga telang ni, bolehlah tanam dan gunakannya dalam hidangan harian. Antara yang boleh dicuba ialah enam resipi perkongsian dari Chef Sue M Arukin ni. Sangat mudah dan enak. Jom cuba!
1. BLUE BUTTERFLY DRINK
BAHAN-BAHAN:
1 genggam bunga telang
2 cawan air suam
3 cawan air sejuk
Gula batu secukupnya
1 helai daun pandan
2 biji jus limau nipis
Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuh bersih bunga telang dan rendam dalam air suam selama 30 minit.
Kemudian masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air, gula batu dan daun pandan. Masak dan biar mendidih hingga air tinggal lebih kurang 3 cawan.
Padam api dan tutup periuk. Biarkan sejuk.
Letak air bunga telang ke dalam bekas berisi ais dan tuang jus limau nipis. Air biru akan berubah menjadi ungu.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!