
Tak susah pun nak masak nasi goreng kerabu. Bahan-bahannya dihiris-hiris je. Lepas tu gaul semuanya. Bagi peminat kerabu, boleh try buat nasi goreng kerabu ni. Sedap sangat. Siap ada ikan masin goreng dalam nasi ni. Memang best.
NASI GORENG KERABU

.
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras (dimasak macam biasa)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu teh belacan
6 biji cili api (dikisar halus)
3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Sedikit daun pudina (dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu makan ikan bilis goreng
1 ekor ikan masin goreng (ditumbuk halus)
Sedikit garam
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, belacan dan cili api. Masak sampai kekuningan.
2. Masukan hirisan kacang panjang, serai, daun selom, daun pudina dan bunga kantan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin. Gaul rata.
5. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Kacau lagi. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Korean Japchae. Resipi Mi Kaca Korea Sangat Sedap & Mudah Masak

Japchae adalah salah satu hidangan popular dari Korea. Ia berupa mi kaca atau suhun yang dimasak dan digaul bersama sos istimewa, aneka sayur-sayuran dan juga daging. Andai biasa menonton rancangan dari Korea, pasti biasa melihat menu ini. Ada yang teringin nak rasa? Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipi dan cara-cara memasaknya. Selamat mencuba!
RESIPI KOREAN JAPCHAE

BAHAN-BAHAN:
Mi kaca secukupnya – beli online disini
Bijan yang telah disangai secukupnya – beli online disini
CAMPURAN SAYUR MESTI TERDIRI DARI 5 JENIS WARNA:
Hijau – pak choy atau bayam – direbus dan toskan
Kuning – telur digoreng dadar
Jingga – lobak merah – dihiris dan disangai
Putih – Bawang Holland – dihiris dan digoreng
Hitam – Cendawan shitake/ kulat hitam/ daging perap kicap
BAHAN SOS HITAM:
3 sudu makan kicap cair/masin – beli online disini
3 sudu makan kicap pekat – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
2 sudu makan minyak bijan – beli online disini
1 sudu makan gula/gula perang – beli online disini
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1.Rebus mi kaca hingga lembut. Toskan.

2. Campurkan kesemua sekali bahan sos hitam dan masak di atas kuali sehingga sebati.

3. Bila sudah sedia, tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang telah direbus dan gaul sebati.


4. Masukkan sayuran-sayuran dan juga hirisan telur dadar. Gaul rata.


5. Taburkan biji bijan yang telah disangai.

6. Japchae sedia untuk dihidangkan.

NOTA: Kiri adalah mi kaca untuk biatt Japchae, manakala kanan adalah suhun. Dua bahan ini adalah berbeza tetapi masih boleh digunakan untuk buat Japchae.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sup Power Tulang Rusuk Bersama Lidah Lembu, Memang Terangkat Habis!

Siapa yang suka makan sup, pasti suka dengan resipi sup istimewa ini, sup power tulang rusuk bersama lidah lembu.
Menu ni jangan pandang sebelah mata tau. Tak ramai tahu sup lidah lembu sungguh terbaik rasanya. Eksotik dan autentik.
Buat yang pertama kali nak makan, memang agak geli. Fuhh rupanya kena dengan cara penyediaan dan dibuat sup begini rasanya lebih sedap dari daging. Tak muak. Rasa ringan sebab bukan bahagian berlemak.
Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini memang kena dengan selera. Cubalah sendiri keistimewaannya yang jarang diserlahkan.
SUP POWER TULANG RUSUK + LIDAH

BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk
1 ketul lidah lembu (basuh bersih. Buang dia punya lapisan putih yang bergerigi tu. Rebus sedikit masak. Baru hiris nipis)
1 peket kecil rempah sup Baba’s
2 pek rempah sup (apa-apa jenama pun boleh)
1-2 akar daun sup
BAHAN KISAR:
4 biji bawang merah saiz syiling 20sen – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
½ labu bawang holland – beli online di sini
½ inci halia – beli online di sini
½ inci lengkuas – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar di bawah hingga sedikit kekuningan dengan sedikit minyak.

2. Kemudian campurkan dengan sepeket kecil rempah sup Baba’s. Kacau sehingga sedikit garing.

3. Kemudian masukkan dua pek rempah sup. Apa-apa jenama takpa.

4. Seterusnya masukkan pula 1-2 akar daun sup yang dibasuh bersih. Kacau lagi sehingga pes wangi ya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


5. Masukkan tulang rusuk sekilo dulu. Lidah sebelah tu cikgu hiris macam saiz dalam gambar.


6. Saya masukkan garam dan perencah Hilal siap-siap. Tak ada perencah jenama tu boleh guna mana-mana jenama. Garam tu padan dengan kuah ya.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

7. Selepas isi tulang rusuk mula empuk, bolehlah masukkan lidah yang dihiris nipis.
8. Biarkan sup mendidih dalam api perlahan. Bolehlah perasakan garam yang kurang. Saya tak suka perah awal limau nipis dalam sup seperiuk begini. Sebab nanti rasa masam tu mengganggu rasa hirupan sup yang segar.

9. Sebelum tutup api, boleh je nak tabur sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. Sikit je. Bagi baunya naik. Selebihnya tabur masa nak makan.
10. Nak makan baru tabur dengan daun sup, daun bawang, cili api merah hijau, tomato (optional). Masa ni baru kick perah asam limau nipis.
Kredit resipi: Afy AL Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedap Makan Panas-Panas, Resipi Mudah Roti Butut Bakar Mok ‘Rare’
Resipi Kimchi Air Tangan Ibu, Lengkap Rasa Pedas Manis & Rangup
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Inspirasi ‘Street Food’ Korea & Jepun Jadi Pilihan Ramai. Jom Cuba!

Setiap kali menonton kdrama di peti tv, populariti sajian Korea amat terserlah. Begitu juga dengan masakan Jepun cukup popular di persada kulinari antarabangsa. Memandangkan dua negara ini ada hubungan sejarah dan politik sejak zaman dahulu, jadi kedua sajiannya saling mempengaruhi dan ada sedikit persamaannya. Rasa menampilkan resipi dari Chef Qayyum Irwanzi yang bekerja di Restoren Kampungku, Myeongdong, Seoul , Korea Selatan.
1. GYERANPPANG (MUFFIN TELUR )

BAHAN-BAHAN:
- ½ cawan tepung gandum
- 1biji telur
- 2 sudu besar mentega | yang dicairkan
- 3 sudu besar gula kaster
- Secubit garam
- ½ cawan susu segar
- ½ sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh esen vanilla
- ½ sudu teh minyak masak
- 4 biji telur | untuk diletakkan di atas adunan.
CARA MEMASAK :
- Campurkan mentega yang dicairkan dengan gula kaster, serbuk penaik, esen vanilla, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati.
- Panaskan oven sehingga 160-180’C.
- Beruskan bahagian bawah tempat pembakar dengan menggunakan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar hingga separuh.
- Pecahkan telur di atas bahagian tengah adunan.
- Bakar lebih 13-15 minit sehigga adunan masak kuning keemasan.
Info chef: Telur dipecah sebiji mentah-mentah di atas adunan dan di kukus atau bakar bersama adunan sehingga masak lembut kuning keemasan. Boleh divariasikan dengan menambahkan bahan seperti keju, sosej atau sayur-sayuran.
2. HOTTEOK (PENKEK MANIS KOREA )

BAHAN-BAHAN:
Bahan doh:
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar gula castor
- 2 sudu kecil yis kering
- 1 sudu besar minyak masak
- ½ sudu kecil garam
- 2 cawan tepung serbaguna
Bahan inti :
- ½ cawan gula perang
- 4 sudu makan kacang walnut | dibakar dan didadu halus
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
CARA MEMASAK :
- Campurkan air suam, gula kaster, yis kering, garam dan minyak sekali di dalam mangkuk adunan. Biarkan yis mengembang lebih kurang 5 minit sehingga mula berbuih.
- Masukkan tepung ke dalam adunan. Gaul sebati sama ada menggunakan mesin, spatula mahupun tangan.
- Tutupkan adunan menggunakan menggunakan kain basah. Biarkan adunan mengembang sekali ganda dalam 1jam.
- Setelah kembang tumbuk adunan tersebut untuk membuang udara yang terperangkap. Tutupkan adunan sekali lagi dan biarkan adunan mengembang selama 20 minit.
- Campurkan kesemua bahan untuk inti.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bentuk bebola kecil. Ratakan bola kecil tersebut. Letakkan isi inti di tengah adunan.
- Akhir sekali cantum adunan tersebut hingga rapat. Andainya adunan melekat boleh tambahkan sedikit tepung.
- Panaskan kuali dengan minyak masak. Setelah panas letakkan bebola bersama ihti tadi . Menggunakan spatula yang rata tekan bebola tersebut hingga rata. Masak sehingga kedua-dua bahagian kuning keemasan.
- Terbalikkan adunan tadi. Biarkan adunan dimasak lebih lama untuk memastikan gula perang cair sepenuhnya. Seeloknya dihidangkan ketika masih panas.
Info Chef: Hidangan ini menjadi sambutan yang amat popular di kalangan pelancong di Korea Selatan terutamanya pada musim sejuk kerana lebih enak dimakan ketika masih panas.
3.TTEOBOKKI (KEK NASI BERSAMA PES CILI)

BAHAN-BAHAN:
Bahan kek beras:
- 250 gm tepung pulut (atau setengah bungkus)
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Secubit garam
Bahan sos:
- 5 sudu besar minyak masak
- 1 cawan air
- 5 ulas bawang putih | dikisr
- 5 cili api | dikisar
- 3 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan cuka masak
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung beras, garam, minyak bijan dan air. Uli sehingga sebati
- Uli doh memanjang & potong mengikut saiz yang anda inginkan.
- Rebus doh ke dalam air yang mendidih bersama sesudu makan minyak masak sehingga doh masak (terapung dalam air didihan). Tapis dan asingkan, ketepikan.
- Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
- Kemudian masukkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan pes cili, sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga sos menjadi pekat.
- Setelah kuah mendidih masukkan kek beras yang dimasak tadi serta sesudu minyak bijan. Taburkan bijan untuk hiasan.
- Boleh dihidangkan sekali bersama telur rebus.
Info Chef: Rasa pedas pes cilinya boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri,
Tteobokki adalah antara sajian street food yang paling popular di Korea Selatan.
4. PAJEON ( PENKEK DENGAN KUNCAI)

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1biji telur
- ½ cawan air
- 1 ikat kucai | dipotong 2 sm panjang
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam . Gaul sehingga sebati.
- Pecahkan telur ke dalam adunan dan kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Jika masih pekat tambahkan sedikit air lagi dan sekiranya sekiranya terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum.
- Masukkan kucai. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti cili, udang atau sotong ikut citarasa anda.
- Panaskan kuali bersama minyak masak. Tuangkan adunan sehinggga rata di atas kuali
- Terbalikkan adunan dan masak sehingga kuning keemasan.
- Hidangkan bersama kicap cair seperti kebiasaan orang Korea
Info Chef: Sesuai dimakan untuk sarapan mahupun minum petang. Resepi ini boleh dihidangkan mengunakan bahan sayur-sayuran sahaja atau ditambah dengan makanan laut sperti udang, sotong dan sebagainya.
5. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN)

BAHAN-BAHAN :
- 200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
- 1 ikat daun bawang dihiris halus
- 1 sudu makan kicap
- 1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
- 1 sudu teh lada hitam
- Garam secukup rasa
- 6 cawan air
- 30 gm ikan bilis
- 10 gm rumpai laut kering
- 100gm lobak putih
CARA MEMASAK :
- Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana.
- Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus.
- Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi.
- Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan.
- Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam
- 6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika.
- Sedia untuk dimakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

