Nasi Butter atau Nasi Mentega memang sedap. Rasa lemak-lemak masin dan wangi menjadikan kita begitu berselera. Anak-anak pun suka. Biasanya Nasi Butter ni dihidangkan bersama Kurma Telur, Ayam Masak Merah dan Jelatah. Kadangkala, tak perlu lauk pun dah boleh buat si kecil makan dengan banyak. Bagi anda yang nak cuba, resipi perkongsian saudari Ismi Yatie Ummu Haziq ni antara yang mudah.
CARA MASAK NASI BUTTER YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
6 pot (cawan sukatan) beras – boleh juga guna basmathi
125gm mentega (salted @ unsalted mana-mana boleh)
1 ½ cawan susu segar – boleh ganti dengan susu sejat/cair
Air secukupnya – ikut sukatan biasa masak nasi @ ikut jenis beras yang guna
Sedikit garam
Daun ketumbar – jika suka
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar (biasa)
4-5 ulas bawang putih
2-3cm halia
1 batang serai – ketuk
1-2 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
2. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk. Boleh juga tambahkan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
Ads
3. Tambahkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng selama 1-2 minit. Lagi sedap jika guna beras basmathi. ( empunya resipi guna beras biasa sahaja)
4. Masukkan susu segar. Jika tiada, boleh digantikan dengan susu sejat @ susu cair. Gaul sebati dan padamkan api.
5. Alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi elektrik atau periuk tekanan. Tambahkan air (ikut sukatan air untuk masak nasi) dan garam secukupnya. Set ‘’setting’’ seperti masak nasi biasa. Jika suka, boleh letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih wangi.
Ads
6. Nasi Butter yang telah siap dimasak. Baunya memang wangi. Sedia untuk dinikmati.
Apabila makan di restoran yang menyediakan menu ayam penyet, selain ayam goreng yang sedap tu, sambalnya turut menarik perhatian. Nak tahu macam mana buat sambal ayam penyet tu? Jom RASA kongsikan resipi daripada Pn Nj melalui telegram chanel Kaki Makan.
SAMBAL AYAM PENYET
Bahan-bahan
30 biji cili padi merah (digoreng)
12 biji cili merah 12 (dipotong dan digoreng)
4 biji tomato (dipotong 4 dan digoreng)
5 labu bawang merah (digoreng)
5 ulas bawang putih (digoreng)
1 inci belacan 1 (dibakar)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1. Tumbuk semua bahan dan masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng lagi sehingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Kacau sampai masak.
Info
Sambal ni boleh tahan 3 hingga 4 hari tanpa simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan dalam bahagian chiller 3 hingga 4 minggu pun masih okay. Korang cuma perlu pastikan, tumis cilinya sehingga betul-betul masak.
Kalau terasa nak makan kari mamak, boleh je cuba buat sendiri. Resipi ini dikatakan gabungan antara kari cara mamak dan kari cara Melayu. Bolehlah cuba. Resipi dikongsikan oleh pengguna facebook, Bunga di facebook group RASA Share Resipi.
KARI KEPALA IKAN NYOK-NYOK
BAHAN ASAS
2 ketul kepala ikan nyok-nyok (basuh dan bersihkan dengan asam limau serta asam jawa)
BAHAN A
Minyak masak untuk menumis
1 sudu makan halba campur
4 ulas bawang merah (dipotong nipis)
5 tangkai daun kari (dikoyak untuk lebih menaikkan aroma apabila ditumis)
5 senduk makan minyak masak (dipanaskan dalam kuali dengan api yang kecil)
BAHAN B
3 bungkus kecil rempah kari
1 cawan air
BAHAN C
3 cawan santan pekat
2 cawan air asam jawa pekat
Air secukupnya
BAHAN D
10 biji kacang bendi (dipotong dua)
4 biji tomato masak (dibelah dua)
4 biji cili hijau (dibelah dua)
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumis BAHAN A sehingga naik bau.
2. Masukkan BAHAN B. Kacau sebati dan biarkan pecah minyak dengan api perlahan.
3. Masukkan pula BAHAN C. Kacau sekata dan masukkan pula BAHAN ASAS iaitu kepala ikan. Biarkan mendidih sebentar supaya kepala ikan masak sekata. Kuah perlu dikacau sentiasa secara perlahan-lahan supaya santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan BAHAN D. Tutup kuali. Biarkan mendidih perlahan supaya BAHAN D masak sekata.
Anda yang sukakan pedas cili padi, korang wajib masak Daging Rendang Cili Padi. Cara membuat hampir sama dengan rendang yang lain, cuma tukarkan cili kering dengan cili padi.
Untuk resipi lengkap, anda boleh ikut sahaja resipi yang RASA sharekan kat sini. Tak rugi cuba kerana ia memang sedap sesuai dimakan bersama lemang atau ketupat.
DAGING RENDANG CILI PADI BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | dihiris nipis
1 kg santan pekat
2 helai daun kunyit
2 sudu makan kerisik
5 batang serai | dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak masak untuk menumis BAHAN KISAR:
5 tangkai cili hijau
10 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm halia
2.5 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
CARA MEMBUAT:
Cuci daging kemudian ketepikan dan tos airnya.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging, kacau dan biarkan air daging kering.
Masukkan pula santan pekat, serai titik, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah pekat, masukkan kerisik, hirisan serai dan daun kunyit.
Kecilkan api dan terus kacau lebih kurang lima minit lagi dan timbul minyak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui bahaya matcha yang ramai tak sedar. Walaupun matcha penuh manfaat, pengambilan berlebihan boleh mengganggu tidur, perut, hati dan meningkatkan risiko logam berat. Baca fakta penting sebelum anda minum lagi.