Kalau sebut nasi beriani, ramai terbayangkan lauk ayam, kambing atau daging. Tapi tahukah anda, ada versi yang ringkas, murah dan tetap sedap – iaitu Nasi Beriani Telur?

Gabungan nasi beriani yang berempah harum bersama telur rebus yang digoreng dan dimasak bersama nasi beriani. Makan tak ada kuah pun sedap. Sesuai untuk hidangan keluarga, kenduri kecil atau bila anda nak merasa beriani tapi nak jimat kos.

NASI BERIANI TELUR

Bahan-Bahan Resipi Nasi Beriani Telur

3 cawan Beras Basmathi ( basuh bersih dan toskan)
1 cawan Susu Cair
3 sekawan
2 helai Daun Salam
6 biji Telur – rebus dan gorengkan
1-2 biji Bawang Besar – potong dadu
4 ulas Bawang Putih – hiris halus
1-2 biji Tomato – potong dadu
1 inci Halia – hiris
2 biji Cili Hijau – potong kasar
1 sudu kecil Serbuk Ketumbar
1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
1 sudu kecil Garam Masala
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu besar Serbuk Cili
1/2 cawan Air
1/2 cawan Yogurt Asli
Garam secukup rasa
3 sudu besar Marjerin

Ads

Cara Penyediaan Nasi Beriani Telur

  1. Goreng telur rebus angkat dan toskan
  2. Panaskan marjerin/butter. Masukkan bawang besar dan bwg putih. Masak sampai naik bau. Kemudian masukkan tomato, halia dan cili hijau. Masak sekejap.
  3. Masukkan segala rempah dan serbuk cili. Kacau sebati.
  4. Masukkan air dan yogurt dan garam. Kacau lagi.
  5. Masukkan telur yang digoreng tadi. Kacau sebati.
  6. Masukkan beras dan ratakan.
  7. Masukkan susu cair.
  8. Letak sedikit marjarin dan pewarna kuning di atasnya.
  9. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng. (boleh masukkan gajus dan kismis jika suka)
  10. Tutup periuk dan masak dgn api perlahan.
  11. Agak2 nasi dah masak kacaukan nasi dengan perlahan untuk bagi warna sekata.
  12. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
  13. Biarkan nasi betul-betul masak lagi dgn api yang paling kecil

Tips Tambahan

  • Nasi beriani lebih harum jika guna minyak sapi, tapi minyak masak, marjerin ataupun mentega juga boleh jadi alternatif.

Mudah kan cara buat Nasi Beriani Telur simple tapi sedap berempah ni? Walaupun hanya menggunakan telur rebus, rasa rempah beriani yang wangi menjadikan hidangan ini istimewa.

Kalau dah bosan dengan lauk harian, jom cuba resepi ni untuk kelainan di meja makan. Confirm licin periuk!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Nasi Beriani Ayam Tanam Yang Wangi & Kaya Rasa, Kena Cuba

Tak Cukup Bahan Nak Buat Nasi Beriani, Jadilah Nasi Wangi. Sedap!

Ads

Buat Sendiri Nasi Beriani Sempoi Di Rumah, Tak Perlu Beli Dah

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI