Hidangan dari Indonesia yang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Dihidangkan bersama nasi putih, tempe, tauhu dan ulam-ulaman, rahsia keenakan menu ini semestinya terletak pada ayamnya yang garing tapi lembut serta sambalnya yang power. Jika kedua-duanya sedap, hidangan nasi ayam penyet anda pastinya padu. Nak cuba buat hari ni? Jom tengok resipi perkongsian di bawah ini.
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, buah keras dan lengkuas.
2. Rebus ayam bersama bahan yang dikisar tadi. Masukkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan garam. Rebus hingga ayam masak.
3. Bila ayam dah masak, masukkan tempe dan tauhu ke dalam air rebusan. Matikan api. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkan semalaman. ( tujuannya supaya ayam lebih sedap dan betul-betul empuk supaya senang di penyet.)
BAHAN SALUTAN TEPUNG GORENG AYAM
Ads
2 cawan tepung beras
1 biji telur
Air rebusan ayam secukupnya
Gula dan garam secukupnya.
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan kesemua bahan dan tambahkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit. Mcm nk buat tepung goreng pisang tu.
2. Tambahkan sedikit garam dan gula. Hati-hati sebab air rebusan ayam dah masin jadi kena pandai-pandai agak.
3. Untuk menggoreng ayam, tauhu dan tempe, mula-mula sekali,toskan ketiga-tiga bahan ini sehingga air kering. Kemudian celupkan dalam adunan tepung.
Ads
4. Panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing. Setelah ayam habis digoreng, barulah goreng tempe dan tauhu.
5. Untuk buat keriuk-keriuk, caranya masa menggoreng ayam, tapis lebihan tepung pada minyak dan toskan pada tisu.
6. Jika nak hasilkan lebih banyak, celupkan jari ke dalam tepung ayam dan renjiskan ke dalam minyak panas. Goreng sebanyak mana yang dikehendaki. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Bila makan celup tepung, popia atau keropok lekor, mesti digandingkan dengan sos pencicah. Tapi nak jumpa sos pencicah yang kena dengan tekak dan selera sendiri, memang sukar.
Menerusi perkongsian daripada saudari Syarifah Khyra Muhsin, dia sememangnya mengguna resipi dan cara sendiri dalam membuat sos pencicah.
Menggunakan bahan rahsia iaitu nise Kelantan, Syarifah Khyra mengakui rasa sos pencicah ini akan menjadi ketagih apabila sudah memakannya. Pendek kata, jika mentua lalu di belakang pun tak sedar.
RESIPI CARA BUAT SOS PENCICAH
BAHAN-BAHAN:
1 kerek nise Kelantan – beli online di sini 2 senduk lada kisar (saya buat sendiri guna lada kering) 2 senduk cuka makan – beli online di sini 4-5 sudu besar gula pasir – beli online di sini 1 sudu kecil garam – beli online di sini 2 sudu besar asam jawa (lebih kurang segenggam/sekepal – dicampur dengan air)
1. Didihkan air di dalam periuk. Kuantiti air lebih kurang setengah periuk (cukup untuk tenggelamkan satu kerek nise). 2. Masak nise sehingga ia hancur dan larut dalam air. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus.
4. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau lagi sehingga semuanya sebati rasa. Boleh rasa jika ada yang kurang. Biar semua ada manis, masin , masam, pedas.
5. Dah masak dan larut semua, boleh tutup api. Biar sejuk sebelum dihidangkan.
*apabila sudah sejuk, ia akan menjadi pekat. Sos pencicah ini boleh tahan sehingga 5 bulan jika disimpan dalam peti sejuk.
Colek cili memang sedap jika di nikmati bersama-sama menu bergoreng seperti keropok, kerang bakar, sotong goreng dan pelbagai lagi. Jika inginkan lebih penambah perisa, pastikan buat colek cili boh ni, gerenti sekejap sahaja licin. Hidang waktu berkumpul rumah terbuka memang sesuai.
RESIPI COLEK CILI BOH
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK:
Masukkan 700 ml air kosong dalam periuk.
Jenama cili boh yang diguna.
Tambahkan 5 1/2 senduk cili boh. ( saiz senduk seperti dalam gambar)
Masukkan pula – 2 senduk gula Melaka hancur – 9 senduk gula putih – 1/2 sudu kecil garam * segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri. * Sebetulnya kuah colek akan menyerlah rasa manis.
Tambahkan 1 senduk asam jawa. Juga 1 sudu besar cuka.
Seterusnya reneh kuah colek dalam api perlahan. Biarkan sehingga kuah memekat kira-kira 1 jam. * terpulang kepada kepekatan yang diingini
Kuah colek yang siap memekat.
Sejukkan kuah colek sebelum dihidangkan.
Hidangkan bersama pilihan aneka bahan colek:
– paru goreng
(rebus paru bersama sedikit garam dan asam keping.Kemudian hiris nipis. Goreng sehingga paru rangup)
– Perut lembu
(rebus bersama sedikit garam. Kemudian hiris nipis)
– Keropok lekor
– Keropok keping
– Kerang
(rebus bersama sedikit garam, 2 ulas bawang putih & sebatang serai yang diketuk)
– Popia
– Salad, timun, taugeh celur
Stok colek yang disejukkan perlu dimasukkan dalam bekas bertutup rapat. Masukkan dalam peti ais untuk kesegaran yang lebih lama. Selamat mencuba!
Betul-betul kaww!
Tabur colek bersama kacang tumbuk dan bijan yang telah disangai.
Penggunaan kacang membantu menaikkan lagi kesedapannya.
Nasi hujan panas ini antara hidangan nasi yang boleh kita sediakan untuk menjamu tetamu di hari raya nanti.
Kalau sebelum ini guna beras yang mahal, tahun ini supaya lebih jimat kita guna saja beras biasa. Hidang dengan ayam masak merah bersama acar mentah. Setel.
Ringkas dan sesuai sangat untuk hidangan tetamu yang datang waktu tengah hari atau malam. Cara membuat boleh ikut perkongsian Raja Amanina.
Resipi nasi hujan panas guna beras biasa
Bahan-bahan:
3 pot beras -cuci dan toskan (boleh gunakan beras basmati juga suka)
Air (ikut sukatan beras)
1 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
3 sudu makan -butter atau marjerin
1 cawan susu cair
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
Daun pandan
1 batang serai diketuk
Secubit garam
Pewarna hijau, kuning & merah
Cara membuat
Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan beras
Tambahkan air & garam.
Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering &titikkan pewarna di tempat berasingan. Tutup periuk
Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu
Ayam Masak Merah Kenduri
Bahan-bahan:
10-12 ketul ayam kunyit garamkan dan goreng separuh masak
2 biji bawang besar -dikisar
5 ulas bawang merah -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia
1biji bawang besar -dihiris
2 genggam cili kering rebus & kisar hingga halus
3 batang serai diketuk
2 helai daun limau purut
3 biji tomato
3 sudu makan sos cili
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang &pelaga)
Asam keping
Gula garam secukup rasa
Cara membuat:
Tumis bawang bersama serai, 4 sekawan hingga wangi & masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato, sos cili & daun limau purut.
Tambahkan sedikit air,asam keping dan masukkan ayam.
Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam
Acar Timun
Bahan-bahan
2 biji timun
Sedikit kubis -dihiris
Lobak merah -hiris
Cili padi -dihiris
Bawang besar 2 biji -dihiris
Sedikit pewarna kuning (optional)
Cuka 1 senduk kecil
Gula
Garam
Sedikit air
Cara membuat:
Campurkan semua bahan gaul sebati perasakan gula dan garam agar rasanya seimbang.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.