Nasi Kunyit Gulai Ikan Tongkol ini cukup popular di negeri pantai Timur. Menu ini juga turut menjadi pilihan di negeri-negeri lain juga. Mungkin biasanya kita selalu beli sahaja di luar tapi kali ini kita cuba pula masak sendiri. Pasti ia menjadi kegemaran seisi keluarga selain menambah variasi menu hidangan. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Mat Din  ini.

RESIPI NASI KUNYIT GULAI IKAN TONGKOL

Cara Masak Nasi Kunyit Gulai Ikan Tongkol, Gerenti Tak Menyesal Buat

 

GULAI IKAN

BAHAN-BAHAN:

Ikan aye hitam (ikan tongkol hitam)  1 ekor ~ 800/900 gm
500 gm santan
2 peket kecil rempah gulai cap Ros –BELI ONLINE
1/3 sudu teh rempah masak cap Ros P- BELI ONLINE
Bawang merah + bawang putih + halia + lengkuas (kisar) – banyak mana itu ikut rasa anda. Kalau bahan kisar banyak, kuah jadi pekat. Boleh guna 5 biji bawang merah + 5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili boh (letak lebih kalau nak pedas sikit dan merah kuahnya)
Lada Thai

CARA MEMBUAT:

1. Ikan rebus dulu dengan asam keping dan garam.

Cara Masak Nasi Kunyit Gulai Ikan Tongkol, Gerenti Tak Menyesal Buat

 

Cara Masak Nasi Kunyit Gulai Ikan Tongkol, Gerenti Tak Menyesal Buat

2. Reneh/masak santan sampai pecah minyak, kalau kurang minyaknya boleh tambah minyak masak biasa.

IKLAN

3. Masukkan/tumis bahan kisar sampai pecah minyak.

4. Masukkan lada boh, rempah gulai dan rempah masak. Tumis sampai pecah minyak.

5. Masukkan air rebusan ikan sedikit (anggaran 2 cawan) dan air biasa. Jangan banyak air nanti kuah tidak pekat.

6. Perasakan dengan garam dab gula. Kalau ada gula melaka pun boleh tambah sedikit.

7. Masukkan ikan rebus tadi. Akhir sekali masukkan lada Thai. Lada tidak perlu masak lama. Sekejap sahaja. Nanti lada akan lembut dengan kuah yang panas.

Cara Masak Nasi Kunyit Gulai Ikan Tongkol, Gerenti Tak Menyesal Buat

NASI KUNYIT

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

Beras pulut rendam yang direndam satu malam dengan serbuk kunyit
Santan

CARA MEMBUAT:

1. Kukus pulut dalam 3/4 masak.

2. Gaul pulut dengan santan. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.

3. Kukus semula sampai masak supaya tahan lebih lama (tidak mudah basi). Hidangkan bersama pulut yang sudah siap dimasak tadi.

Cara Masak Nasi Kunyit Gulai Ikan Tongkol, Gerenti Tak Menyesal Buat

IKLAN

Sumber kredit: Mat Din via Masakan Terengganu

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap

Jom Masak Kuah Hitam, Pemilik Restoran Nasi Kandar Sendiri Yang Kongsi Resipi

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI