Bila tiba Ramadan, murtabak antara hidangan ringan yang digemari ramai. Jika ahli keluarga ramai, boleh tahan juga harganya kalau dibeli. Jadi apa kata, cuba buat sendiri. Mudah je! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MURTABAK MINI AYAM KEJU
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
2 biji telur
Kepingan keju cheddar
Daun sup & daun bawang secukupnya – hiris
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum – bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam
BAHAN INTI:
Isi ayam @ daging – cincang
Ubi kentang – potong dadu
Lobak merah – potong dadu
1 paket kecil rempah kari daging
3 ulas bawang putih – hiris
1 biji bawang besar – hiris
2 biji bawang besar – potong dadu
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Bagi menyediakan inti, panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak. Tumis bawang yang dihiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis rempah sehingga pecah minyak.
Ads
3. Seterusnya masukkan isi ayam, kentang dan lobak merah. Masukkan air hingga separas dengan bahan-bahan yang dimasak.
4. Setelah inti hampir kering, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Boleh juga letak serbuk perasa.
5. Masak hingga inti betul-betul kering. Sejukkan.
6. Untuk membuat murtabak, pecahkan telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan inti yang dimasak tadi.
7. Masukkan daun sup dan daun bawang jika suka. Kacau sebati.
Ads
8. Ambil kulit popia, letak atas dulang. Letak sekeping keju di tengah-tengahnya.
9. Ambil 3 sudu makan inti yang dicampur dengan telur tadi dan letak di atas keju.
Ads
10. Lipat kulit popia denga kemas dan sapu bancuhan tepung gandum pada lipatan terakhir.
11. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Masak murtabak mini hingga masak dan berwarna keemasan.
Pelbagai menu menggunakan wraps boleh anda sediakan. Antara yang boleh anda buat ialah beef wraps ni. Bungkus-bungkus dah siap satu menu. Buatlah inti daging dengan perisa yang sedap. Letak pula keju di dalamnya. Ha pasti licin sepinggan. Nak cuba boleh ikut resipi ini.
BEEF WRAPS
Bahan-bahan:
Daging kisar (Minced beef) -kami guna brand saudi yang dalam tiub kecil. Guna separuh saja.
5 keping roti pita (wraps)
½ biji bawang Holland -kalau saiz besar
1 biji cili Benggala (capsicum) = 1 biji
Gula perang
Cheese (slice dan mozarella)
Bawang putih ni optional-Cincang halus.Kami guna yang siap. Macam bawang goreng.
Sos black pepper, sweet & sour / plum sauce (boleh ganti sos tomato dan sos cili)
Cara memasak:
1.Panaskan butter/marjerin dalam 1 sudu besar.
2.Masuk bawang tumis sampai agak layu kemudian masukkan 1 sudu besar gula perang.Kacau sampai jadi macam warna caramel.
3.Kemudian masukkan daging.Kacau sikit.
4.Masukkan black pepper sauce, sos barbeku, sos sweet & sour atau plum (Jika tidak ada sos ini boleh seimbangkan dengan gula dan serbuk perasa, guna sos tomato atau buah tomato pun ok.
5.Bila dah masuk semua bahan,kacau rata kemudian masukkan cili Benggala dan terus tutup kuali dalam tiga ke lima minit.
6.Dah siap bungkus begini kalau nak makan terus pun boleh. Kalau nak cairkan sikit cheese tu boleh masuk dalam microwave atau kalau nak garing sikit kulit atas wraps tu boleh sapu butter atau merjerin kemudian masuk dalam oven atau lagi mudah dalam air fryer. Suhu 160, 3 ke 5 minit. Terpulang pada jenis air fryer masing-masing. Rupa wraps akan lagi cantik, garing sikit.
Kalau memang berjiwa ibu ni, dari malam sudah fikir apa menu sarapan yang disukai keluarga. Resipi cucur ni jarang kali tidak laku kalau dibuat. Gerenti berebut makan nanti. Cekodok pisang antara yang digemari. Macam mana nak buat cekodok yang rangup di luar, lembut di dalam, inilah caranya.
Cekodok Pisang Bahan-bahan: 10 biji pisang (macam dalam gambar di bawah. Kalau buah pisang yang besar kurang kan. Dilenyek dan ketepikan. 2 sudu besar planta 4 sudu besar gula pasir 1 sudu kecil soda bikarbonat-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil garam 2 cawan lebih sikit tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
Cara buat: 1.Semua bahan di atas masukkan ke dalam bekas kecuali tepung gandum. 2.Gaul sebati jangan dikisar yer nanti tak sedap.
3.Kemudian masukkan tepung gandum. 4.Perap selama 1/2 jam.
5.Goreng dalam minyak yang panas api sederhana saja.
Snek ringan nugget homemade pasti menjadi kegemaran anak-anak. Puas hati buat nugget sendiri dengan terjamin dari segi kebersihan dan terhindar dari bahan pengawet.
BAHAN-BAHAN:
2 keping dada ayam | saiz besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah besar
Brokoli secukupnya | dihiris kecil
Daun ketumbar /daun sup secukupnya | dihiris
1 sudu teh lada hitam
Secubit garam
1/2 cawan air masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2. Keluarkan dan bentukkan mengikut kreativiti anda.
3. Kukus seketika nugget tadi hingga masak. Sejukkan.
4. Setelah nugget sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk beku dan digoreng pada bila-bila masa.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!