1. Seekor ayam saiz sedang dipotong 18. Bedakkan ayam dengan garam kunyit. 2. Panaskan minyak, goreng ayam terlebih dahulu selama 4 minit atau separuh masak dan ketepikan dulu.
3. Gunakan satu senduk lebihan minyak gorengan ayam tadi, tumis rempah 4 sekawan. 4. Masukkan bawang besar yang telah dipotong mayang. Tumis bawang sehingga layu. Masukkan daun pandan.
5. Kemudian masukkan bahan kisar A. Tumis sehingga bahan kisar A pecah minyak. 6. Bila bahan kisar A pecah minyak, masukkan bahan kisar B. Kacau sebati, masak selama 4 minit.
7. Masukkan pes tomato, kacau lagi. Bila bahan dah sebati elok, masa ini masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
8. Masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar kacau lagi. 9. Masukkan ½ sudu teh garam masala. Saya beli garam masala saiz kecil di pasar. Selalunya ada jual di bahagian rempah.
Ads
10. Gaul sebati ayam, tutup kuali dengan tudung dan biarkan masak selama 10 minit dengan api yang kecil. 11. Selepas 10 minit, buka penutup kuali tambahkan santan dan gaul sebati. Perasakan garam dan gula secukup rasa.
12. Kemudian biarkan mereneh selasa 10 minit lagi supaya santan betul-betul masak.
Orang kata kangkung ni sayur murahan tetapi sayur murahan ini banyak khasiat dan sangat sedap jika digoreng bersama belacan. Ada juga sesetengah orang menambah sotong di dalam menu ini. Tidak kira bagaimana pun caranya, resipi dari Dapur Lazz ini wajib anda cuba. Sedap dan gerenti jadi! Caranya nak masaknya tersangatlah mudah. Selamat mencuba.
Fucuk soya ni memang banyak guna dan sedap dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Letak dalam lontong boleh, sayur goreng jawa, sup sayur dan macam-macam lagi. Rupanya senang sangat nak hasilkan fucuk ni. Menerusi FB Lemang Biru, beliau berkongsi cara-cara membuat fucuk secara homemade hanya guna air soya. Mudah sangat. Malah kebersihan lebih terjamin dan lebih yakin untuk digunakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT FUCUK SOYA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Air soya segar – air soya kosong tanpa gula. Untuk lebih mudah, boleh beli air soya (tanpa gula)di pasar malam.
Chopstick secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air soya ke dalam periuk. Panaskan guna api kecil sahaja. Jika guna api besar, air soya akan hangus. 2. Biarkan air soya di dalam periuk tadi memanas. Jangan kacau atau gaul. Biarkan sahaja. 3. Lama kelamaan, pada bahagian atas soya akan terbentuk lapisan berkedut-kedut. Biarkan sehingga lapisan tersebut bertukar dari putih ke warna kekuningan. 4. Dengan menggunakan pisau, potong bahagian tepi supaya senang lapisan fucuk diangkat nanti. ( boleh rujuk video di bawah). 5. Ambil chopstick dan angkat fucuk tadi. Ulang proses yang sama sampai air soya habis. 6. Keringkan air pada fucuk dan boleh dijemur hingga betul-betul kering. 7. Boleh disimpan dan sedia untuk digunakan dalam masakan. Kredit resipi, video & foto: Lemang Biru / Zaujah Abu Syuhadah (Mama Amal)
Pulut kuning dan rendang sememangnya kombinasi yang cukup enak. Sesuai sangat dijadikan hidangan di Hari Raya Aidilfitri. Walaupun tiada tetamu yang boleh berkunjung disebabkan PKP, namun masih boleh masak untuk ahli keluarga tercinta. Jom cuba resipi perkongsian saudari Noor Hamidah ni! Sangat mudah dan memang sedap.
RESIPI PULUT KUNING & RENDANG SEDAP UNTUK RAYA
BAHAN-BAHAN:
1.5kg beras pulut susu
1 kotak kecil santan
10 helai daun pandan
2 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut bersama dengan serbuk kunyit selama 3-4 jam. 2.Panaskan pengukus sambil susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning akan jadi lagi sedap. Letak beras pulut atas daun pandan dan kukus sampai sedikit lembut. Anggaran masa dalam 1 jam.
3.Bila pulut agak lembut, keluarkan dari periuk kukusan dan masukkan dalam bekas lain. 4.Ambil santan, campurkan dengan 1 mangkuk air ( saiz seperti dalam gambar) dan tambah sedikit garam.
5.Tuang ke dalam bekas berisi pulut dan gaul hingga rata dan sebati. Kukus pulut sekali lagi anggaran masa 15-30 minit.
6. Angkat pulut dan boleh dinikmati bersama Rendang Daging.
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1.5kg daging
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 helai daun kunyit
2 sudu makan serbuk kari daging
2 bungkus kerisik
2 kotak kecil santan
Garam secukup rasa
3 cawan air
1 cawan minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah saiz sederhana besar
10 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 batang serai saiz besar
20 tangkai cili kering – ikut kepedasan yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bunga lawang serta kayu manis. Kemudian masukkan semua bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 2.Kemudian masukkan serbuk kari. Kacau sentiasa supaya rempah tidak hangus. 3. Bila rempah pecah minyak, masukkan daging. Gaul sebentar kemudian tambahkan air. Masak hingga daging lembut dan empuk.
4. Seterusnya bila daging betul-betul lembut, masukkan santan, kerisik dan daun kunyit. 5. Perasakan dengan garam serta perasa lain dengan secukupnya.
6. Bila rendang mencapai kepekatan yang anda suka, matikan api dan nikmati bersama pulut kuning.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.