Suka makan Tofu Telur? Bahan ini sangat enak dimasak dengan pelbagai cara masakan. Salah satu resipi yang mudah dan sedap ialah Tofu Telur Masak Sweet Sour. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Wati Radin Othman.
RESIPI TOFU TELUR SWEET SOUR
BAHAN-BAHAN:
Ads
3 paket tofu telur
1 biji telur
3 sudu makan cili kering kisar
Sos cili secukupnya
Sos tiram secukupnya
Sos tomato secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN HIRIS HALUS:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 biji tomato
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi
CARA MEMASAK: 1. Buka plastik tofu dan hiris bulat. Kemudian bilas dengan air.
2. Pecahkan telur dan pukul. Tambahkan sedikit garam serta perasa.
3. Rendam tofu dalam bancuhan telur dan biarkan seketika. Kemudian goreng hingga keperangan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi.
Ads
5. Bila bawang telah layu, masukkan cili kering kisar. Masak seketika hingga cili masak dan barulah masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
6. Bila dah garing, perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa. Gaul sebati. 7. Masukkan tofu yang digoreng tadi. Kacau rata.
Telur Dadar Padang bukan sekadar lauk tambahan, ia adalah simbol kehalusan masakan Minangkabau yang kaya rasa. Walaupun hanya menggunakan bahan asas seperti telur, daun bawang dan cili, hasil akhirnya sungguh menggiurkan. Siap ada kerak garing di tepi, tapi bahagian tengah masih lembut dan beraroma. Gabungan rasa pedas, lemak dan wangi herba menjadikan ia lauk wajib kalau makan nasi Padang.
Selama ini ramai sangka susah nak hasilkan telur dadar setebal dan segurih ni di rumah. Tapi dengan teknik yang betul, anda pun boleh masak sendiri versi restoran. Nak goreng tak melekat, nak hasilkan bahagian luar rangup tanpa hangit semuanya dikongsi dalam resipi kali ni. Sedia nak belajar rahsia dapur Minang? Jom kita mula!
TELUR DADAR PADANG
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi merah
BAHAN-BAHAN LAIN:
7biji telur
100g daun bawang
3 helai daun limau
5 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kali ini RASA ingin berikan resipi telur dadar bayam. Resipi ini sangat ringkas namun sebenarnya sangat menyelerakan.
Sesuai untuk dimakan begitu sahaja namun boleh juga dijadikan sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi.
Resipi ini dikongsikan oleh David Junior di facebook group Rasa Share Resipi. Jom kita lihat resipinya.
TELUR DADAR BAYAM
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air
4 biji telur ayam
1 ulas bawang putih
1 daun bawang
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil bouillon cendawan
1 genggam besar daun bayam
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil sos cili
1 sudu besar sos tiram
CARA MEMBUAT
1. Sediakan mangkuk besar, masukkan tepung jagung dan air, kacau hingga larut kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk, pukul hingga sebati.
2. Bawang putih dicencang kasar. Daun bawang dipotong pendek 1 cm. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi cecair telur tadi.
3. Masukkan lada hitam, bouillon cendawan dan gaul rata.
4. Masukkan segenggam bayam, gaul rata bersama adunan telur ayam tadi.
5. Untuk sos, sediakan mangkuk. Campur sos tomato, kicap, sos cili, sos tiram dan gaul rata.
6. Dengan api sederhana, panaskan minyak masak. Masukkan adunan telur bayam, leperkan bayam dan masak sehingga bahagian bawah berwarna golden brown.
7. Kemudian terbalikkan untuk masak bahagian atas. Masak lebih kurang 30 saat sahaja supaya bayam masih hijau.
8. Balikkan semula kemudian lipat telur dadar bayam. Pindahkan ke dalam pinggan. Potong menjadi beberapa bahagian.
9. Panaskan kuali. Masak sos lebih kurang 30 saat kemudian sudukan ke atas telur dadar bayam. Sedia untuk dinikmati.
Sedapnya!
Boleh juga tonton video di Youtube untuk menonton sendiri cara memasak dengan lebih jelas. (Klik Sini)
‘Kulit ayam crispy’ memang sedap tapi kurang sihat jika dimakan selalu. Tetapi resipi yang dikongsikan oleh @iamazwann di dalam twitternya terus menjadi viral ini kerana kulit ayam yang dimaksudkan adalah telur dadar yang disalut tepung dan digoreng ranggup. Malah rasanya seakan-akan seperti mengunyah kulit ayam yang ranggup. Nak tahu sedap ke tak jom cuba.
RESIPI TELUR GORENG CRISPY
BAHAN-BAHAN:
Telur dadar
Tepung berperisa (tepung goreng ayam kentucky tu)
CARA MEMASAK:
Mula-mula dadarkan telur seperti biasa, pecahkan telur dalam 2 biji dan goreng sikit-sedikit supaya nipis telur dadarnya. Siap, ketepikan telur tu.
Kemudian ambil tepung kentucky masukkan dalam dua bekas. Satu bekas letakkan air kosong dan satu bekas lagi hanya tepung sahaja. (tiada air)
Campurkan 1 bekas tepung tadi bersama dengan serbuk cili dan tepung biasa sedikit. Tambah garam sedikit dan perasakan.
Telor dadar yang siap digoreng tadi perlu dipotong segitiga seperti potongan pizza.
Kemudian celopkan telur tadi dalam mangkuk yang telah dicampurkan air dahulu dan kemudian dicelupkan pada mangkuk berisi tepung kering sahaja.
Sebelum itu pastikan minyak banyak supaya senang digoreng dan dipanaskan, goreng telur tadi dengan api yang sederhana supaya kulitnya kelihatan crispy, seperti kulit ayam.
Kredit resipi asal: nutterbutter diolah oleh: iamazwann