Air rebusan ni nampak seakan tak penting tapi sebenarnya kalua guna dalam masakan berkuah, memang sedap! Lepas ni, dari guna air biasa, cubalah gantikan dengan air rebusan. Memang boleh jadikan masakan terutamanya menu berkuah jadi lebih enak. Jom cuba!

 

1. BUBUR NASI

Resipi Masakan Paling Sedap Masak Guna Air Rebusan Ayam, Daging & Kulit Udang.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan beras
  • 1  inci halia di ketuk / titik
  •  1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam
  • Sedikit garam
  • 1 liter air rebusan ayam 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya.
  2. Air rebusan ayam disimpan untuk rebus bubur dan isi ayam dicarik-carik.
  3. Basuh beras dengan air, kemudian masukkan ke dalam periuk nasi.
  4. Kemudian masukkan air lebihan rebusan ayam. Masak hingga beras kembang.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit.
  6. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  7. Bubur bolehlah dihidang dengan isi ayam, bawang goreng, lada merah dan  daun sup.

 

2. KUETIAU KUNG FU

Resipi Masakan Paling Sedap Masak Guna Air Rebusan Ayam, Daging & Kulit Udang.

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm kuetiau
  • 1 biji telur ayam | gred A
  • 1 keping dada ayam | potong dadu
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 ulas bawang merah | dicincang halus
  • Sedikit kubis | hiris kasar
  • 1 batang sayur jagung | potong 2cm
  • Sedikit  sayur sawi | potong 2cm
  • Sedikit  bunga kubis | hiris
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 5 biji cili padi | titik
  • Sedikit minyak bijan | jika perlu
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis.

CARA MEMASAK:

  1.  Pecahkan telur dan kacau. Kemudian masukkan kuetiau dan gaul rata.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan kuetiau dalam kuali dan goreng hingga garing ( seperti menjadi satu keping murtabak). Angkat dan ketepikan,
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain, kemudian tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
  4. Masukkan ayam,  Kacau sehingga agak garing.
  5. Seterusnya, masukkan semua jenis sayur yang telah dihiris, kacau sekata.
  6. Kemudian masukkan serbuk lada putih, sos tiram, garam, minyak bijan dan cili.
  7. Masukkan pula bancuhan tepung jagung dengan air rebusan ayam. Kacau sekata.
  8.  Apabila kuah kelihatan pekat, angkat dan tuang dalam mangkuk atau terus tuang di atas kepingan kuetiau goreng tadi.
  9. Enak dihidangkan panas-panas.

 

3. KUETIAU HAILAM

Resipi Masakan Paling Sedap Masak Guna Air Rebusan Ayam, Daging & Kulit Udang.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kuetiau  | celur dan tos
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 50gm hirisan isi ayam
  • 6 ekor udang | buang kulit
  • 2 ekor sotong | hiris bulat
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1/2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
  • 1 cawan air rebusan daging | untuk kuah
  • Sedikit sayuran | bunga kubis, lobak merah dan sawi
  • Garam secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan  bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan pes cili kering, tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan isi ayam, udang dan sotong. Kacau rata,
  4. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis.
  5. Apabila semua sudah sebati, masukkan pula air rebusan daging (jika ingin lebih kuah boleh masukkan lebih air rebusan).  
  6. Setelah kuah mendidih masukkan sedikit kicap pekat dan air tepung jagung.
  7. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan tambah garam secukupnya jika kurang masin.
  8. Setelah masak tuangkan di dalam mangkuk berisi kuetiau dan hidangkan panas-panas.

 

4. MI BANDUNG

Resipi Masakan Paling Sedap Masak Guna Air Rebusan Ayam, Daging & Kulit Udang.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm mi kuning
  • 4 biji telur
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 3 ulas bawang merah |cincang halus
  • 1  bawang besar bawang besar |kisar
  • 50gm udang kering  | rendam dan dikisar halus
  • 150gm udang  | buang kulit
  • 2 cawan air rebusan tulang
  • 100gm sawi  | potong 3cm
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan pes cili, kacau sebati hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula bawang besar dan udang kering kisar, kacau lagi hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan air rebusan tulang, biar hingga mendidih, baru masukkan sawi dan udang.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Kemudian pecahkan telur dalam kuah (hati-hati agar telur tidak pecah).
  7. Untuk menghidangkan mi bandung, masukkan mi dalam mangkuk atau pinggang, tuangkan kuah di atasnya dan sedia dihidangkan.

 

5. NASI AYAM HAINAN

Resipi Masakan Paling Sedap Masak Guna Air Rebusan Ayam, Daging & Kulit Udang.

BAHAN-BAHAN:

Bahan Rebusan Ayam:

  • 1/2 ekor ayam
  • Air secukupnya | mesti meliputi paras ayam
  • Garam secukup rasa
  • Pati ayam
  • 3cm halia | ketuk

Bahan Nasi Ayam:

  • 3 cawan beras | bersih dan tos
  • 5  cawan air rebusan ayam ( bergantung jenis beras)
  • 2 ulas bawang putih  | dikisar
  • 3cm halia | dikisar
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukupnya

Bahan Sambal Cili:

  • 10 biji cili merah
  • 3cm halia muda
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 3 sudu makan sos cili Thai

Bahan Kuah  Kicap:

  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos tomato
  • ½ cawan air rebusan ayam

Bahan Sampingan:

  • Daun salad
  • Hirisan timun

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan ayam: Masukkan ayam dalam periuk bersama halia, pati ayam dan halia.
  2. Rebus lebih kurang 30 minit
  3. Kemudian keluarkan ayam dan toskan. Air rebusan ke tepikan dan simpan.
  4. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam seketika, kemudian angkat dan sejukkan.
  6. Untuk menyediakan nasi ayam: Panaskan majerin dan minyak dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian tumis  hingga wangi.
  7. Seterusnya masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa. Pindahkan dalam periuk elektrik dan biarkan nasi masak.
  8. Seterusnya , panaskan semula lebihan air rebusan, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
  9. Untuk menyediakan sambal cili: Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk pengisar dan kisar hingga halus.
  10. Kemudian didihkan seketika di atas api sebelum dihidangkan.
  11. Untuk kuah kicap: Campurkan semua bahan dan ketepikan.
  12. Akhir sekali hidangkan nasi ayam bersama hirisan ayam, hirisan daun salad, timun, sos cili, kuah kicap dan sup.

 

6. SAYUR CAMPUR

Resipi Masakan Paling Sedap Masak Guna Air Rebusan Ayam, Daging & Kulit Udang.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 50gm bunga kubis | hiris
  • 50gm anak jagung |hiris memanjang
  • 1/2 biji lada benggala merah| hiris memanjang
  • 1 batang lobak merah | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 1 tangkai cili merah | hiris
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Sedikit serbuk perasa ayam
  • 50ml air rebusan ayam
  • 2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan  sedikit air
  • Bawang goreng untuk hiasan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah hingga naik bau.
  2. Masukkan air rebusan ayam, serbuk perasa ayam dan sos tiram.
  3. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan lengkapkan rasa dengan garam secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan bahan sayuran. Selepas 1-2 minit angkat.
  5. Segera hidangkan panas-panas.

 

7. MI LADNA

Resipi Masakan Paling Sedap Masak Guna Air Rebusan Ayam, Daging & Kulit Udang.

BAHAN-BAHAN

Bahan Mi:

  • 500gm mi kuning
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan minyak masak

Bahan Kuah Ladna:

  • 50gm isi ayam | hiris nipis
  • 4 ekor udang | buang kepala
  • 1 ekor sotong | hiris bulat
  • 3 bawang putih | ketuk
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus
  • 5 biji cili api  | ketuk
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Sedikit hirisan kubis panjang
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan anak jagung
  • Sedikit hirisan sawi
  • 1 biji tomato | belah enam
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu teh serbuk perencah ayam
  • 2 sudu kecil tepung jagung | bancuh dengan sedikit air.
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan mi. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan bawang putih.Tumis hingga wangi kemudian  masukkan mi dan perasakan dengan kicap. Gaul rata dalam 1-2 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk menyediakan kuah. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga keperangan.
  3. Seterusnya masukkan cili padi, hirisan ayam, udang dan sotong. Kacau lebih kurang 2-3 minit.
  4. Kemudian masukkan, air rebusan ayam dan serbuk perasa ayam.
  5. Setelah kuah mereneh masukkan bahan sayur-sayuran dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau seketika kemudian tutup api.
  7. Cara menghidang: Masukkan mi dalam pinggan dan tuangkana kuah di atasnya. Atau boleh sahaja dihidangkan kuah berasingan dengan mi.

 

8. MI KARI ALA CINA

Resipi Masakan Paling Sedap Masak Guna Air Rebusan Ayam, Daging & Kulit Udang.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm mi kuning | celur dan tos
  • 200gm isi ayam | hiris
  • 150gm isi kerang yang telah direbus
  • 10 ekor udang  | rebus dan buang kulit
  • 6 biji tauhu kering | belah dua
  • 1 batang kek ikan | hiris
  • 5 biji bebola ikan | belah dua
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 cawan air rebusan udang
  • 2 cawan santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 2 batang serai | titik
  • 3cm lengkuas  | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan Kisar:

IKLAN
  • 8 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2cm halia
  • 3cm kunyit hidup

Bahan Sampingan:

  • Sedikit sawi yang telah dicelur
  • Hirisan cili
  • Hirisan daun bawang/ ketumbar
  • Bawang goreng
  • Telur rebus
  • Sambal cili

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan serai dan lengkuas serta asam gelugor.
  3. Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air rebusan kulit udang.
  4. Masukkan ayam, kacau rata. Kemudian masukkan kek ikan dan bebola ikan.
  5. Selepas lebih kurang tiga minit, masukkan air rebusan udang diikuti santan, biarkan kuah kari mendidih dan mereneh di atas dapur seketika.
  6. Akhir sekali masukkan kerang rebus dan tauhu kering. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah masak angkat dan hidangkan.
  8. Cara menghidangkan. Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian masukkan kuah dan hias di atasnya dengan udang, sawi, telur rebus, udang, bawang goreng bahan hirisan lain.
  9. Sedia dihidangkan.

 

9. BIHUN SUP THAI

Resipi Masakan Paling Sedap Masak Guna Air Rebusan Ayam, Daging & Kulit Udang.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm bihun | rendam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 100 gm isi dada ayam | hiris
  • 6 ekor udang | buang kulit
  • 2 ekor sotong | hiris bulat
  • 3 cawan air rebusan ayam/ daging
  • 1 bunjut sup bunjut tulang
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit hirisan sawi
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan cili merah
  • Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
  • Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan kisar halus:

  • 3 ulas bawang
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2cm halia muda

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan bihun: Masuk air dalam periuk dan campurkan serbuk kunyit.
  2. Setelah air mendidih, masukkan bihun. Kacau seketika kemudian angkat dan toskan.
  3. Untuk menyediakan sup: Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar bersama sup bunjut hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi 2-3 minit.
  5. Seterusnya masukkan air rebusan (jika tidak cukup boleh tambah air).
  6. Perasakan dengan stok ayam, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sup mereneh 2-3 minit.
  7. Akhir sekali masukkan hirisan sayur. Bila sayur layu tutup api dan sup sedia dihidangkan.
  8. Cara menghidangkannya: Masukkan bihun dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah sup di atas dan hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
  9. Bihun sedia dihidangkan.

 

10. MI HONG KONG

Resipi Masakan Paling Sedap Masak Guna Air Rebusan Ayam, Daging & Kulit Udang.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm mi kuning
  • 2 biji telur
  • 80gm udang | buang kulit
  • 80gm sotong | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2  sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili

Bahan Campuran Sayur:

  • 2 helai daun sup | hiris
  • 50gm sawi | hiris
  • 40gm kobis | hiris
  • 30gm kobis bunga | hiris
  • 40gm lobak merah | hiris
  • 50ml air rebusan kulit  udang
  • Garam dan gula  secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Cara menyediakan mi: Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Cara menyediakan kuah: Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan pes cili kering dan kacau hingga pecah minyak. 
  3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.
  4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar.
  5. Selepas itu masukan air rebusan kulit udang.
  6. Setelah mendidih masukkan bahan campuran sayur-sayuran.
  7. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Masukkan pula daun sup, sawi, kubis, kubis bunga dan lobak merah.
  9. Tuang kuah ke atas mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

 

CUBA NI!

Chef Sue Arukin Kongsi Cara Hasilkan Air Rebusan Untuk Buat Masakan Berkuah Paling Sedap.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI