Hati-hati dengan Lepat Liat Inti Kelapa ni, tak semua orang suka Lepat Liat ni sebab teksturnya yang terlalu kenyal. Tapi, biasalah setiap orang ada citarasa tersendiri, ada yang suka Lepat Pisang atau Lepat Ubi. Memang Jarang dengar orang buat Lepat Liat Inti Kelapa ni. Saya kongsikan resipi yang dicipta oleh Ariff Budiman Zainal Abidin ni. Cara penyediaannya juga tidak renyah dan gerenti menjadi.
LEPAT LIAT INTI KELAPA
Ads
Ads
Ads
BAHAN-BAHAN:
500 gm Tepung Pulut
200 gm Gula Merah
100 gm Gula Pasir
2 Cawan Air
2 helai Daun Pandan
1 biji Kelapa Putih
Sedikit Garam
Minyak lumur Daun Pisang
CARA PENYEDIAAN:
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. – tapis
2. Masuk air gula panas-panas dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati ( guna senduk)
3. Kelapa putih gaul dengan sedikit garam.
4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. Letak kelapa putih atas adunan.
5.Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.
SELAMAT MENCUBA!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Enaknya Bubur Asyura. Bila tiba 10 Muharram, umat Islam akan mula membuat sajian istimewa ini bagi menandakan Hari Asyura. Ia merupakan bubur yang dihasilkan dari campuran pelbagai bahan seperti beras, aneka kekacang, daging dan sebagainya. Setiap negeri ada versi Bubur Asyura yang tersendiri. Ada yang teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Surina Abadi ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN B: 1 tin jagung 1/2 biji labu sebelah – potong dadu 2 biji ubi keledek – potong dadu 1 cawan kacang hijau -rebus empuk terlebih dahulu 1 cawan kacang merah -rebus empuk terlebih dahulu 6 biji pisang – boleh lebihkan jika suka
CARA MEMASAK: 1. Satukan gula putih, gula melaka dan air. Masak hingga larut kemudian sejukkan. 2. Kemudian satukan semua bahan-bahan A dalam satu bekas. Bancuh hingga sebati kemudian tapis. Tuang terus ke dalam kuali. 3. Campur semua bahan B (kecuali pisang) ke dalam kuali berisi bahan A. 4. Masak guna api perlahan sambal sentiasa dikacau. 5. Bila Bubur Asyura hampir masak, masukkan pisang. Masak lagi hingga bubur nampak berkilat (anggaran masa 1 jam 20 minit), padamkan api. 6. Bubur Asyura Utara sedia untuk dinikmati.
Sapa saja yang tidak menyukai apam. Dah la lembut, gebu memang ketagih nak makan. Apam kampung pandan berinti ini semerbak harum baunya kerana menggunakan air pandan. Nak mudah buat, gunakan acuan lompang.
Apam kampung pandan berinti Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 1/4 air pandan 1 sudu makan yis, dalam 5 gm-BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan gula Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI Campurkan semua.Perap hingga kembang.
Inti. 1.Kelapa parut muda, gula merah, sedikit gula putih, sedikit garam. daun pandan.Masak hingga kering. 2.Taburkan tepung sikit supaya senang dibentuk bulat kecil-kecil. 3.Acuan sapu minyak. 4.Pengukus panaskan dulu. 5.Adunan dah kembang, dikacau lagi.Letak dalam acuan 1/2 saja.
6.Kemudian letak inti.Letak lagi adunan.Buat sampai habis.
7.Kukus dalam 15 minit. *Nak banyak adunan buat 2 kali ganda. Kredit: Badariah Abdrahman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tidak semua peminat durian, seperti perkongsian resipi dari kak Rahila ni, dari belasan tahun tidak makan durian tetapi suami dah suka perlulah dipenuhi dan dituruti kata sayang kan! Resipinya mudah dan sedap nak pula guna pulut hitam, bikin terliur sahaja selamat mencuba!
Kuih tart nenas keju atau Royal Pineapple Cheese Tart merupakan antara kuih kegemaran ramai kerana rasanya yang lemak manis, gebu dan cair dalam mulut. Ramai yang suka buat untuk makan sendiri seisi keluarga ataupun dibuat berniaga pada musim-musim perayaan. Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan kuih tart nenas yang sedap.