Siapa sangka terung pun boleh dijadikan Lasagna Terung dan rasanya memang sedap. Tak jauh beza dengan Lasagna biasa kita makan tu. Bertambah enak bila dimakan panas-panas. Nak lagi padu, gunakan Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Bila tarik tu, memang wow! Jom cuba nanti.
LASAGNA TERUNG
Bahan-bahan:
2 batang terung | saiz sederhana
1 tin puri tomato
200gm daging kisar
1 sudu besar mixed herbs
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
12 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
150gm keju Perfect Italiano Perfect Bakes
150gm keju Perfect Italiano Mozzarella
4 ulas bawang putih | kisar kering
2 biji bawang merah | kisar kering
1 cawan air
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Gula secukupnya
Parsli kering | hiasan
Ads
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daging kisar, mixed herbs dan puri tomato hingga sebati.
Masukkan air dan perasakan dengan garam, serbuk perasa serta gula. Ketepikan.
Potong nipis terung dan goreng hingga layu. Jangan terlalu lama untuk elak hancur.
Di dalam bekas, layerkan terung, daging kisar, keju Anchor Cheddar Cheese Slices dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Selang seli kan hingga menjadi dua lapisan.
Akhir sekali, taburkan keju Perfect Italiano Perfect Bakes lalu taburkan parsli kering untuk hiasan.
Bakar pada suhu 170°C selama 10 minit atau hingga perang.
Telur Dadar Gulung Berkeju ni memang antara menu yang sesuai dimasak bila anda nak cepat. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Yang penting, kena makan panas-panas kerana limpahan keju dalam Telur Dadar Gulung ni pastinya buat anda makan bertambah. Gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk regangan yang sempurna serta meningkatkan rasa dalam masakan. Bila tarik tu, fuhhh memang puas hati dan buat anda rasa teruja dalam setiap gigitan. Jom cuba.
TELUR DADAR GULUNG BERKEJU
Bahan-Bahan:
6-8 biji telur
150gram Perfect Italiano Mozzarella
1 biji cili merah – cincang halus
½ labu bawang besar – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang dan ringan.
Masukkan Perfect Italiano Mozzarella, cincangan cili, cincangan bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
Tuang sesenduk bancuhan telur lalu ratakan. Masak hingga bahagian bawah telur agak perang (api kecil sahaja).
Gulung telur dadar dan potong mengikut cita rasa. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
Telur Dadar sememangnya antara hidangan kegemaran ramai. Menu yang cepat, mudah dan ringkas. Jom kita olah dengan menambah keju pada hidangan ini. Pasti lebih enak dan mengenyangkan. Nak lebih sedap, gunakan Anchor Cheese Slice. Keju yang diperbuat daripada susu dari New Zealand ini kaya dengan protein dan kalsium yang sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah, pasti mereka suka.
TELUR DADAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping Anchor Cheese Slice
5-6 biji telur size besar
75gram Anchor Cooking Cream
30gram Anchor Unsalted Butter
½ cawan parutan lobak merah
½ biji cincangan bawang besar
1 batang daun bawang – cincang
1 biji cili merah – cincang
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, pukul telur bersama Anchor Cooking Cream hingga sebati. Tambah garam dan lada sulah secukupnya.
Masukkan parutan lobak, cincangan bawang besar, cincangan daun bawang dan cili merah. Gaul sebati.
Panaskan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali leper non stick. Tuang bancuhan telur tadi lalu masak hingga perang di kedua-dua bahagian.
Letakkan kepingan Anchor Cheese Slice di atas telur dadar dan biarkan 2-3 minit di atas api hingga keju cair sedikit. Tabur lebihan cincangan daun bawang untuk hiasan.
Siapa kata sardin tu menu biasa? Dengan gabungan Sambal Sardin serta keju yang mencair, Sambal Sardin Cheese merupakan hidangan yang luar biasa enaknya. Tak sangka gabungan bersama keju Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Melt ini sedap dan sempurna. Makan dengan nasi boleh, dengan roti pun boleh. Jom cuba.
SAMBAL SARDIN CHEESE
Bahan-bahan:
1 tin ikan sardin
separuh tin kuah sardin
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
2 sudu jus lemon
50gm Perfect Italiano Mozzarella
50gm Perfect Italiano Perfect Melt
Cara Memasak:
Asingkan ikan dengan kuah sardin.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
Masukkan separuh kuah sardin tadi bersama jus lemon. Didihkan dan masukkan keju Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Melt.
Masukkan ikan sardin, perasakan jika perlu dan siap untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama nasi atau roti.
Banana Peanut Butter Oatmeal ialah sarapan sihat, mengenyangkan dan cepat disediakan. Ketahui cara membuatnya dengan bahan ringkas serta manfaat nutrisi yang membantu tenaga dan kesihatan harian anda.