Bila sebut bab laksa Penang ni, mesti anda suka kan bila kuahnya yang pekat dan padu.
Memang sedap hirup kuah laksa Penang yang cukup kepekatan dan rasanya.
Resipi yang dikongsi Ben Safwan ini, sesuai untuk mereka yang pertama kali nak belajar memasak menu ini.
Cumanya, dalam resipi laksa penang versi Ben ini, dibuat ikut tekak sendiri. Contoh guna daun Basil ganti daun kesum. Kalau anda tak suka takpa, bahagian tu ganti balik masuk daun kesum dengan berat sama.
LAKSA PENANG
BAHAN-BAHAN:
Ads
3 liter air 1kg ikan selayang/sardin hitam/sardin putih 100gm bawang merah | bakar – beli online di sini 50gm lada kering – beli online di sini 25gm belacan bakar – beli online di sini 15gm daun sweet basil @ daun kesom 3 batang bunga kantan saiz kecil 2 keping asam keping saiz sederhana Garam gula serbuk perasa Pelengkap & ulam-ulaman (daun salad, hirisan bawang besar, hirisan bawang merah, cili, telur rebus, nenas)
1. Bersihkan lada kering dan sangai tanpa minyak. Untuk keluarkan rasa lada kering tu bagi sedap kuah laksa. 2. Bakar juga bawang merah dan belacan sampai dah keluar bau. Lagi harum la kuah. 3. Rebus ikan sardin sampai masak. Letakkan sedikit garam dan asam keping sekeping masa nak rebus. Isi air suku je daripada ikan.
4. Lepas dah rebus, sejukkan. Asingkan isi ikan dengan tulang. Jangan buang tulang. Nanti kita nak guna juga. 5. Kisar isi ikan. Guna air daripada stok 3 liter yang dah disukat. Jangan tambah air lain. Sambung kisar tulang ikan sampai hancur dan tapis. 6. Kisar bawang bakar, belacan bakar bersama lada kering tadi .Guna air dari stok 3 liter juga.
7. Sebab nak buang asam keping bila dah mendidih kuah laksa penang, saya masukkan dalam uncang tea bag. Senang. 8. Panaskan air baki 3 liter tadi, masukkan semua bahan kisar, masukkan bunga kantang yang dibelah 4, daun sweet basil dan asam keping. 9. Masak sampai mendidih dan bertukar warna dah, masukkan bahan cukup rasa, gula, garam sesuai dengan selera.
10. Waktu ni keluarkan asam keping dan daun sweet basil. Tak nak dia letak lama-lama nanti tak best kuah laksa. Bahan ni akan take over rasa kuah. Sama juga kalau pakai daun kesum. Keluarkan. 11. Daun sweet basil boleh beli kat tesco. Nak gantikan dengan daun kesom pun boleh tapi saya suka daun ni lagi. 12. Masak biar main api kecil selepas mendidih tu 15-20 minit biar pekat elok. Baru sedap.
Makan malam hari ini kita masak yang ringkas sahaja. Janji sekelurga suka. Tak ambil masa yang lama pun nak menyediakannya.Masakan pasta ni paling disukai oleh anak-anak. Bahan-bahan pun senang je, apa yang ada di rumah. Yang penting kena ada spageti, bawang putih dan minyak zaitun. Dalam bahasa Italy, Aglio itu bermaksud bawang putih dan Olio pula bermaksud minyak zaitun. Jadilah Spageti Aglio Olio.Untuk sumber protein, letaklah udang dan sebagainya.
Spageti Aglio Olio
BAHAN-BAHAN: 200g spageti yang telah direbus 5 ekor udang 1/3 cawan minyak zaitun 4 ulas bawang putih (hiris halus)-BELI ONLINE DI SINI 5 biji tomato ceri (kalau ada tomato roma lagi best) 2 batang cili kering (potong serong)-BELI ONLINE DI SINI 4 helai fresh sweet basil 1 sudu besar daun ketumbar 1/2 sudu besar serbuk pati ayam (optional)-BELI ONLINEDI SINI garam secukupnya
Cara memasak:
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga sedikit garing.
Masukkan tomato ceri dan cili kering, masak sehingga sedikit layu.
Kemudian masukkan serbuk pati ayam dan perasakan dengan garam. Kalau nampak kering, tambah sedikit air rebusan spageti.
Masukkan udang dan biar udang masak sehingga sedikit keperang-perangan.
Akhir sekali masukkan spageti, sweet basil dan daun ketumbar dan gaul sehinga sebati.
Ada yang teringin nak makan laksa hari ni? Jom cuba buat Laksa Utara. Sekali cuba, pasti tidak menyesal. Kuah yang enak, pekat berperisa. Sekali cuba, memang layan habis! Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.
RESIPI LAKSA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ikan sardin segar
BAHAN A (KISAR HALUS)
2 biji bawang besar | potong 4
5 biji cili padi | optional
2 biji cili merah besar | potong 3
Segenggam cili kering | direbus
Sedikit belacan | jika suka
Nota: Jika mahu pedas, lebihkan cili kering
BAHAN B:
2 kuntum bunga kantan | belah dua & ambil sekali dengan batang
Secekak daun kesum
2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1.Rebus kosong ikan yang telah siap di cuci bersih. Ambil isi dan asingkan tulang temulang. Kisar isi ikan jangan terlalu hancur. Gunakan air rebusan ikan untuk mengisar . Ketepikan.
2. Kemudian masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Masukkan air rebusan ikan dan kisar hingga hancur. Tapis dan masukkan ke dalam bekas berasingan dengan kisaran isi ikan tadi.
3. Untuk menyediakan kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga garing. Kemudian masukkan bahan B. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar. Gaul lagi hingga sebati.
5. Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis. Kacau rata.
6. Tambah lebihan air rebusan ikan yang telah ditapis.Kepekatan bergantung pada cita rasa masing-masing. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan mendidih.
7. Sambil tunggu kuah laksa siap, didihkan air dan rebus laksa serta telur hingga masak. Setelah laksa empuk dan kenyal, toskan airnya.
8. Siap untuk dihidangkan. Laksa boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad, hirisan bawang, cili padi, timun, limau kasturi dan nanas.
Selamat mencuba!
Nota: Resipi ini sesuai dihidangkan untuk 5-6 orang makan.
Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi anda yang gemar pelbagaikan sajian, mi adalah antara pilihan bagi menggantikan nasi. Senang disediakan malah boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng daging yang ‘simple’ tapi sedap giler? Resipi di bawah ni memang kena cuba.
MI GORENG DAGING POWER
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning
200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
100gm brokoli | potong kecil
2 biji telur
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan stok daging/air
5 ulas bawang putih | tumbuk halus
4cm halia muda | hiris halus/nipis
1 sudu makan cili kisar
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!