Suka minum Lai Chee Kang? Saudari Salizawati Salleh ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah ibunya. Resipi ini sangat mudah dan versi mak-mak zaman dahulu yang ringkas sahaja cara penyediaannya. Namun boleh diolah sendiri ramuan mengikut selera masing-masing. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
NOTA: Boleh juga tambah buah goji, kurma cina, buah teratai, telur puyuh, fungus dan apa-apa sahaja yang disukai.
CARA MEMASAK:
1.Rendam biji selasih, buah kembang semangkuk, longan kering dan barli. Biar kembang seketika.Sambil tunggu kembang, boleh masak benda lain terlebih dahulu.
2. Untuk kembang semangkuk, bila sudah kembang, buang terus bijinya supaya senang untuk diminum.Jangan hancurkan ye, biar berselirat je.
3. Rebus gula kabung, gula batu, daun pandan, barli dan longan kering.Jika guna gula merah macam mak-mak dulu tu, pastikan gula larut dan tapis terlebih dahulu sebab kadang-kadang ada habuk gulanya.
4. Rebus bahan-bahan tadi dan biarkan hingga mendidih.
5. Bila longan dan barli sudah kembang, masukkan biji selasih dan kembang semangkuk. Kacau sekejap dan tutup api.
Ads
6. Kemudian masukkan buah kundur yang dipotong dadu dan buah kabung.Kacau lagi.
7. Lai Chee Kang homemade sudah siap disediakan. Boleh dinikmati panas dan juga sejuk. Pasti puas hati.
Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila berbuka, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh. Jus Limau Kasturi bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi dalam masa yang sama baik untuk melegakan sakit tekak, demam dan sakit kepala. Jom kita cuba buat Jus Limau Kasturi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Masyirah Mat Saad
JUS LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji limau kasturi – BELI ONLINE 2 sudu besar gula (ikut cita rasa) – BELI ONLINE 1 1/2 cawan air Asam boi – BELI ONLINE Ais kiub
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan limau kasturi dan buang bijinya.
2. Kisar bersama air dan gula. Jangan terlalu lama nanti jadi pahit pula.
3. Selepas dikisar, tapis dan ambil air jusnya.
4. Hidangkan bersama ais dan asam boi.
5. Jika suka boleh letak sedikit hampas kulit limau kasturi yang dikisar tadi. Tabur dalam jus limau kasturi.
Cara buat teh moringa dari daun segar ini memang mudah sangat, tak perlu dijemur atau diproses pun. Rebus saja sudah cukup, malah khasiatnya lebih tinggi berbanding serbuk atau teh sachet yang dijual di pasaran.
Kalau anda ada tanam pokok moringa atau pokok kelor di rumah, rugi kalau tak manfaatkan. Daun moringa terkenal sebagai superfood kerana kaya vitamin, mineral, antioksidan dan sifat antiradang yang baik untuk tubuh.
Malah bukan sahaja daunnya, buah, bunga, akar dan minyaknya juga digunakan dalam rawatan tradisional untuk pelbagai penyakit.
Cara Buat Teh Moringa Dari Daun Segar
Petik 4–5 pelepah daun moringa yang segar.
Basuh bersih dengan air mengalir dan toskan.
Didihkan 2 gelas air dalam periuk. Masukkan 2 cawan daun moringa ke dalam air mendidih.
Rebus sekejap saja, 2–3 minit hingga daun lembut. Tutup api.
Biarkan periuk bertutup selama 10 minit supaya khasiat dan aroma meresap.
Sedia untuk dihidang. Boleh tambah hirisan lemon, madu atau stevia ikut selera.
TIP: Jangan rebus terlalu lama kerana khasiat vitamin boleh berkurang bila terkena haba tinggi.
Khasiat Daun Moringa
-Kaya vitamin C, A, B6, kalsium & zat besi – tingkatkan imuniti, kesihatan mata & beri tenaga.
-Mengandungi antioksidan & fitokimia, membantu melawan radang, elak penuaan awal & sokong jantung sihat.
-Kajian menunjukkan ia boleh bantu rendahkan kolesterol LDL, gula dalam darah & stabilkan tekanan darah.
-Baik untuk kulit kerana sifat antiradangnya mengurangkan masalah jerawat dan inflamasi.
Lebih jimat dan berkhasiat bila buat sendiri teh daun moringa segar di rumah, tak perlu beli teh sachet mahal di kedai!
Hanya menggunakan dua bahan yang mudah didapati, anda mampu menghasilkan minuman yang bagus dalam membantu menurunkan bacaan kolesterol. Anda boleh cuba.
Menerusi perkongsian Puan Lin Zalika, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan jus bagi menurunkan paras kolesterol yang hanya menggunakan dua bahan sahaja. Antara yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
30 ulas bawang putih | ulas besar
5 biji lemon
1 liter air
CARA-CARA:
1. Kisar bawang putih, lemon ( bersama kulit) dan air hingga halus.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Untuk menikmatinya, minum 10 @ 15ml pada setiap pagi sebelum sarapan.
5. Bagi yang mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi, boleh minum pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!