Kuih Tepung Kapur adalah sejenis kuih tradisional yang popular dikalangan penduduk Pantai Timur. Memang sedap rasanya. Bagi anda yang teringin nak rasa atau dah lama tak makan kuih ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipi dan cara-cara membuatnya. Cukup mudah dan senang dihasilkan sendiri di rumah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1.Satukan gula merah, gula pasir, air dan dan pandan. Masak hingga larut kemudian sejukkan. Tapis. 2. Dalam bekas berlainan, satukan tepung gandum dan air kapur. 3. Tuang air gula merah yang telah disejukkan tadi sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan sehingga tiada bintil tepung (Opah tapis supaya lebih mudah). 4. Sediakan loyang bersaiz 8 inci yang telah disapu sedikit minyak. 5. Tuang adunan kuih Tepung Kapur ke dalam loyang. 6. Kukus kuih selama 40 minit atau sehingga masak. 7. Sejukkan kuih terlebih dahulu kemudian barulah dipotong nipis. 8. Gaul kepingan kuih Tepung Kapur dangan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
Telur mata antara hidangan yang boleh dikatakan setiap hari kita nikmati terutama pada waktu pagi. Namun kejadian dua kematian akibat keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada makan telur mata baru-baru ini mengundang kerisauan.
Justeru bagi mengelakkan kemudaratan berlaku akibat memakanan hidangan telur ini sebaiknya kita menitikberatkan kebersihan dan keselamatannya supaya tidak membawa mudarat kepada kesihatan.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu kita praktikkan dalam penyediaan telur untuk dimakan.
Menurut laporan Public Health Malaysia telur ayam terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.
Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).
Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!
Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.
Telur mata juga hendaklah dimakan dalam tempoh empat jam disediakan.
Kena pastikan telur masak sempurna jika masak dalam kuantiti banyak.
Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.
Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.
.Kalau min suka cecah roti aje. Jom cuba :
SAMBAL TUMBUK
.
BAHAN-BAHAN :
8 biji bawang kecil (merah)
Sengenggam ikan bilis
10 tangkai cili kering
6 biji cili padi
½ biji limau Kasturi
Garam secukup rasa
.
CARA MEMASAK :
Mula-mula gorengkan ikan bilis dan ketepikan.
Kemudian gorengkan bawang kecil dan cili kering, ketepikan
Mulakan dengan menumbuk bawang kecil, diikuti dengan cili kering dan cili padi. Perasakan dengan garam.
**media[]**
Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.
.
Akhir sekali perahkan limau Kasturi , dan pastikan rasanya mengikut citarasa kita dan sedap. Siap untuk dihidang.
Sumber : FB SheilaKitchen Home Cooks
ANDA MUNGKIN MEMINATI BLENDER /MESIN PENGISAR INI, JOM BELI ONLINE DI SINI
Nakkan apom atau apam solo yang gebu dan sedap dikunyah. Jom ikut resipi ini, perkongsian dari Shazura Shahril. Apom ni gunakan yis mauripan aje, lebih mudah diguna. Untuk bagi lembut sedikit, empunya resipi letak satu sudu kecil eno.
Apapun apom ni boleh juga kalau nak gunakan inti kelapa. Tapi kalau min memang suka inti kacang merah. Jom kita cuba resipi ini berbaloi baloi sedapnya.
APOM SOLO
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
Garam secubit
1/4 cawan minyak
1 1/4 cawan air
1 sudu besar mauripan
Sedikit pewarna
1 sudu kecil ENO (jika suka)
Bahan inti : Pes kacang merah secukupnya (ada dijual di kedai bakeri) @ pes coklat
CARA MEMASAK : 1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga tiada ketul ( kacau ye jgn blend) 2. Perap 1/2 jam. 3. Sambil tunggu perap tu sapu acuan dgn minyak dan gentel inti ( kcg merah@ inti nyok@ coklat etc) buh dlm acuan 4. Lepas 15 minit dh boleh panaskan kukusan. Bagi mendidih. 5. Adunan tadi bila dah naik @kembang kacau (empunya resipi masukkan satu sudu kecil eno) 6. Kacau hingga betul betul dia turun. Masukkan dlm acuan dan kukus selama 15 minit api slow ( jgn kecik sgt). Siap. 7. Nak banyak boleh gandakan, adunan ini dapat dalam 15 biji aje.
Kredit: shazura shahril
ANDA SEDANG MENCARI STEAMER ATAU ALAT PENGUKUS YANG MEMUDAHKAN ANDA MENGUKUS APAM. JOM LAYARI DI SINI.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...