Kuih Sagu antara kuih yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Guna resipi ni pasti menjadi. Tak lembik dan nampak elok je. Jom cuba. Hanya guna 3 bahan sahaja.
KUIH SAGU
BAHAN-BAHAN:
Sagu
Gula
Sirap
Kelapa parut – untuk menyalut sagu
(Kuantiti ikut citarasa masing-masing)
CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu selama sejam. Dah kembang, toskan sekejap.
Ads
2. Masukkan sagu ke dalam loyang. Tambahkan gula (ikut kemanisan yang disukai) dan masukkan sirap pun ikut tahap mana nak. Kalau nak warna terang,letak lebih Gaul rata.
3. Dah siap gaul, sagu akan jadi macam ni. Tak perlu tambah air.
Ads
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus sagu hingga bijinya menjadi berkaca atau berkilat.
5. Bila dah siap, tutup api dan sejukkan.
Ads
6. Potong sagu mengikut saiz yang dikehendaki.
7. Gaul dengan kelapa Jika guna kelapa parut tua, kukus seketika. Jika guna kelapa parut muda, tidak perlu kukus. Hanya gaul kelapa dengan sedikit garam sahaja.
Biasanya, kita tengok atau tahu bunga telang digunakan sebagai pewarna dalam nasi kerabu. Bunga telang berwarna biru dan boleh menjadikan makanan menjadi unik disebabkan warnanya.
Namun kini, jika anda seorang yang kreatif, boleh gunakan bunga telang dalam pelbagai resipi lain.
Menerusi perkongsian resipi daripada Zainoor Aliza Ali, bunga telang digunakan untuk membuat pulut inti. Pulut inti biasanya buat makan pagi atau makan petang.
1. Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam loyang. Kemudian, masukkan santan, garam dan daun pandan. 2. Setelah air kukusan mendidih, kukus pulut selama 40 minit. Setelah pulut masak, benamkan beberapa kuntum bunga telang. 3. Tutup kukusan. Biarkan sekejap. Buka semula tutup kukusan dan kacau pulut perlahan-lahan. Tutup api dapur.
1. Bancuh gula merah bersama air. Tapiskan ke dalam kuali. 2. Masukkan kelapa parut, gula putih, garam dan daun pandan. Masak di atas api yang sederhana. Kacau sekali-sekala.
3. Bila dah mendidih, perlahankan api. Kacau hingga sedikit kering. 4. Taburkan tepung gandum. Kacau lagi hingga kelapa berkilat. Tutup api dapur. Biarkan seketika dan angkat.
Resipi ApamNasipaling mudah dan sedap yang harus anda buat sendiri di rumah. Bagi yang tercari-cari menu yang boleh dihasilkan menggunakan lebihan nasi, kuih ini adalah salah satunya.
Sedap dan tidak menggunakan banyak bahan. Malah ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Zura Zulni. Cukup ringkas dan tentunya enak. Selamat mencuba!
Sesekali dapat nikmati kuih tradisi memang puas hati. Jika dibandingkan dengan kuih moden takkan sama rasa kepuasannya. Memang sukar untuk mencari kuih tradisi sebagaimana citarasa yang diingini. Namun usah risau, resipi yang dikongsi ini gerenti sedap dan memenuhi piawaian yang anda inginkan.
kulit jagung secukupnya untuk membungkus
pilih kulit jagung bersaiz besar
daun pisang pun boleh
Cara memasak:
1.Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati dengan api perlahan,masak adunan sehingga pekat sentiasa di kacau ya. Angkat ketepikan
2.Sediakan kulit jagung, sudukan
3.1 sudu besar adunan- bungkus dan kemaskan
**cara opah lipat, gulung dan selisihkan daun sebelah bawahnya, kemudian ikat menggunakan kulit jagung yang disiat halus
4.Kukus selama 20minit.
5.Angkat dan sejukkan
6.Siap untuk dihidang.