Kuih Koci antara kuih melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya. Jom lihat resipi di bawah ini.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
2 biji kelapa
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI: 1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering. 2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata. 3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan. NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
Ads
100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
500gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya
CARA ADUN DOH: 1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak muda,h guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing. 2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati. 2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
Ads
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI: 1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang. 2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
Ads
3. Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut. 5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
Pisang rebus ini mungkin kali terakhir kita makan waktu kecil-kecil dulu. Dihidang dengan kelapa yang digaul dengan garam dan gula selalunya dimakan waktu pagi atau petang. Simple tapi sedap sangat.
Cuma sekarang menu ini dah lama tak dihidangkan. Malah ramai yang tak tahu ada makanan begini.
Supaya menu nostalgia ini tak dilupakan apa kata sesekali cuba buat di rumah. Boleh guna pisang nangka, pisang abu, pisang awak, atau pisang nipah.
Cara membuat
1. Cuci bersih pisang.
2. Masukkan dalam periuk bersama dengan air dan garam.
3. Rebus selama 5-10 minit sampai naik aroma wangi pisang. Jangan rebus lama sangat ya.
4. Kemudian boleh angkat dan tos pisang.
Buat untuk makan petang, selain sedap ia juga sihat dan mengenyangkan.
Tak ada dapur khas untuk apam balik, tak semestinya anda tak boleh hasilkan kuih. Boleh je. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sapura Pua ni. Memang best! Boleh letak banyak inti.
APAM BALIK HOMEMADE
BAHAN DOH APAM ( HASIL ANGGARAN 5 KEPING):
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu cair / full cream
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
CARA-CARA: 1.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat. 2.Pukul telur dan gula sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat. 3.Masukkan susu dan pewarna. Teruskan kacau sehingga sebati. 4.Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tidak berketul. (jika nak lagi mudah, tapis adunan). 5.Perap adunan selama 1 jam.
BAHAN TABUR / INTI:
Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan dikisar
1 tin jagung manis
Mentega / marjerin secukupnya
Gula secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali tak melekat dan sapukan sedikit marjerin. 2. Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan sekeliling.
3. Tabur gula ( anggaran 2 sudu makan) dan tutup kuali. Biar hingga adunan masak. Jika mahukan apam yang rasa lebih manis, lebihkan gula. Kalau apam ada lubang-lubang halus diatasnya, bermakna adunan tersebut menjadi. 4. Tabur kacang tanah rata-rata diikuti mentega dan jagung.
5. Lipat apam dan balikkan. Angkat. 6. Sedia untuk dinikmati.
Petua:
Kalau kuali melekat, ambil kuning telur sahaja dan masak dalam kuali tersebut sehingga masak. Ambil tisu dan tonyoh telur tersebut di permukaan kuali. Telur jadi hangit pun tak apa. Insya-Allah kuali jadi tak melekat dah.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!