Malam ni jom kita makan dari kebiasaan. Apa kata nikmati apam lenggang yang boleh dimakan begitu sahaja mahupun dipadankan dengan sambal bilis. Dari satu mungkin berkeping anda menikmatinya. Ada resipi yang menggunakan nasi dan ada juga yang menggunakan ragi.Cara orang lama ialah menggunakan nasi sejuk. Apabila bancuhan diperap, rasa yang enak dari beras dan tekstur yang lembut dan gebu akan terhasil.
Apam lenggang lemak manis
Ads
Bahan2 2 cawan tepung beras 1-2 sudu makan yis kering tp xyah membukit 3 sb gula
Sedikit garam
3/4 cawan air suam
Satukan dan kacau ttup biar 30 mnt
Ads
Bukak ttup masukkn 1 biji telur
1/2 cawan santan pekat kalau xde pakai je susu segar kacau rata adunan
Panaskan kuali letak minyak sket atas tisu dan sapukan pd kuali non stick lg bagus
tuang 1 senduk dan lenggang kan kuali tu.. ttup pakai ttup periuk sekejap 3mnt sekejap je xyah lama2 sgt nnti hangus plak.. dh siap, blh gulung kan..
Ads
Kredit: Wirawati Negara
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sesekali masak sotong celup tepung memang sedap. Namun ada kalanya tepung tidak bersalut elok pada sotong dan tak rangup. Cuba resipi yang RASA kongsikan ni. Anda pasti puas hati. Sedap, mudah dan dijamin sedap!
SOTONG GORENG TEPUNG DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Hidangkan bersama sos pilihan masing-masing. Malah, jika dimakan begitu sahaja pun sudah cukup enak.
Bosan dengan menu yang sama atau mahukan kelainan. Boleh saja sediakan menu mi yang tidak membosan dan disukai sekeluarga. Hidangan mi kari ala nyonya yang pastinya tidak muak dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Rempah ratus yang digunakan memberikan aroma yang menyelerakan. Dikongsikan resipi enak ini.
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk rempah tumis:
Bahan untuk kisar halus:
Bahan untuk hiasan:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi peminat puding, pastinya berasa geram dan tak sabar nak cuba bila melihat aneka puding yang cantik ni diatas meja. Comel sangat malah rasanya juga sangat sedap. Bagi anda yang terasa nak hasilkan manisan ini untuk keluarga, seleksi resipi yang dikongsi di bawah ini antara yang boleh dicuba.
1. PUDING SUSU LAPIS STRAWBERRY
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Masak air dengan agar-agar hingga larut. Masukkan gula. Kacau rata. 2. Kemudian masukkan susu cair, susu pekat manis, tepung kastad dan secubit garam. Masak hingga mendidih. Padamkan api. 3. Susun strawberi dalam loyang bersaiz 8×8. Boleh juga guna loyang bulat. 4. Ambil 1 cawan campuran agar-agar, tuang dalam loyang berisi strawberi perlahan-lahan. Biar hingga sederhana beku. 5. Ambil 2 cawan adunan agar-agar dalam periuk, tuang dalam bekas lain. 6. Kemudian ambil 1 cawan adunan agar-agar dan kisar dengan 1 biji buah strawberi hingga hancur. Tuang dalam bekas berisi campuran 2 cawan agar-agar tadi. 7. Masukkan pewarna merah dan perisa strawberi. Kacau sebati. 8. Ambil 1 cawan agar-agar strawberi dan tuang atas puding di dalam loyang. 9. Ulang proses melapis puding dengan menuang agar-agar yang asal dan agar-agatr strawberi secara berselang seli. Lakukan hingga habis. 10. Simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sehingga beku. 11. Sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Tuang gula dan gula batu. Kacau lagi hingga larut. 2. Masukkan susu tepung dan sedikit garam. Kacau lagi hingga sebati dan mendidih. Tutup api. 3. Ambil 2 cawan campuran agar-agar, tuang dalam blender. Masukkan 1 biji isi mangga yang dipotong, tepung kastard dan sedikit pewarna kuning telur. Kisar halus. 4. Basahkan loyang dan tuang 2 cawan agar-agar bersusu ke dalam loyang. Biar hingga sedikit keras. 5. Susun separuh mangga yang dipotong dadu pada permukaan agar-agar tadi. Tuang sedikit agar-agar. Kemudian susun lagi baki potongan mangga dan tuang lebihan agar-agar hingga habis. Biarkan mengeras seketika. 6. Bila agar-agar dah sedikit beku, tuang pulanagar-agar yang dikisar bersama mangga tadi perlahan-lahan. 7. Biarkan sejuk dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dipotong.
CARA MEMASAK: 1. Carik-carikkan roti. Kisar roti bersama 1/2 cawan air, telur, susu pekat & susu cair. Ketepikan. 2. Masak serbuk agar-agar bersama 3 cawan air dan gula di dalam periuk hingga mendidih. 4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk agar-agar. Kacau hingga sebati. 5. Masukkan mentega atau marjerin yang telah dicairkan. Kacau hingga sebati. 6. Masak dengan api perlahan sehingga agar-agar mendidih. Tutup api. 7. Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan (empunya resipi guna jus pandan & pewarna “dark green”) dan 1 bahagian lagi masukkan serbuk koko atau Chocolate Emulco. 8. Tuang bahagian coklat ke dalam loyang. Biarkan sejuk dan keras sedikit. 9. Kemudian tuang bahagian hijau ke atas bahagian coklat tadi. Perlu dibuat dengan cepat sebab puding ini cepat membeku. 10. Sejukkan dalam suhu bilik. Apabila telah sejuk, baru simpan dalam peti sejuk. Enak dimakan ketika sejuk.
BAHAN-BAHAN: 10 gm serbuk agar-agar 1 tin susu cair (400ml) 1 bungkus oreo – patah empat 750ml air 150gm gula 3/4 cawan milo
CARA MEMASAK: 1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. 2. Kemudian, masukkan gula dan masak hingga larut guna api sederhana. 3. Masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih. 4. Bila dah sebatikan semua bahan-bahan tadi, bahagikan kepada dua bahagian. 5. Satu bahagian dicampurkan dengan milo dan kacau hingga sebati. Pastikan tidak berketul. Campuran milo ini juga kena bahagikan jadi 2 bahagian. 6. Tuang bahagian pertama (milo) ke dalam loyang untuk dijadukan dasar. 7. Bila mengeras sedikit, tuangkan pula adunan agar-agar putih tadi. 8. Taburkan biskut oreo mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian tunggu lagi sehingga bancuhan mengeras sedikit . 9. Kemudian tuangkan balik baki adunan milo. Sejukkan sekejap dengan suhu bilik, kemudian masukkan dalam peti sejuk. 12. Bila dah beku sepenuhnya, potong dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Coret Coret Nina
5. PUDING ROTI KARAMEL
BAHAN KARAMEL:
BAHAN A:
BAHAN B:
CARA MEMASAK: 1. Masak (bahan A) agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula. Kacau rata & perlahankan api 2. Kisar bahan B kecuali tepung kastard hingga halus. Tuang dalam periuk agar-agar ( Bahan A) tadi. Besarkan api semula. Kacau rata. 3. Masukkan tepung kastard. Kacau sebati hingga mendidih. Tutup api. 4. Ambil 2 cawan agar-agar dan tuang dalam loyang berisi karamel tadi. Biarkan sedikit beku. 5. Ambil lebihan agar-agar dan bahagikan kepada 3 bekas sama banyak.. Warnakan ungu, pink dan kuning. 6. Tuang agar-agar ungu ke atas lapisan agar-agar dalam loyang yang telah sedikit beku secara perlahan-lahan hingga habis. 7. Kemudian tuang pula campuran agar-agar berwarna pink dan seterusnya warna kuning. Kena buat dengan cepat sebab puding roti ni cepat beku. 8. Jika rasa agar-agar terlalu beku sebelum dituang, panaskan sekejap menggunakan api perlahan. 9. Bila agar-agar beku sepenuhnya, simpan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dikeluarkan dari acuan dan dinikmati.
BAHAN A: • 15gm serbuk agar-agar • 600ml air • 150gm gula • 2 biji putih telur
BAHAN B: • 10gm serbuk agar-agar • 600ml air • 120gm gula
UNTUK HIASAN: • Sedikit buah strawberi dipotong nipis • Sedikit buah blueberi, pic atau buah-buahan lain
CARA MEMASAK: 1. Atur hirisan buah strawberi di sekeliling bekas atau acuan plastik bersegi. Ketepikan. 2. Masak bahan A sehingga mendidih kecuali putih telur. Ketepikan seketika dan biarkan suam. 3. Putar putih telur sehingga kembang. Masukkan adunan agar-agar tadi sedikit demi sedikit sambil diputar dengan kelajuan sederhana. 4. Tuang agar-agar putih telur ke dalam bekas atau acuan sehingga paras hirisan strawberi. Biarkan beku. 5. Susun buah-buahan yang anda sukai di atas permukaan lapisan yang telah beku tadi. 6. Masak bahan B hingga mendidih, biarkan suam dan tuang ke atas buah-buahan sehingga penuh. 7. Sejukkan terlebih dahulu dan enak dinikmati ketika sejuk.
7. PUDING COKLAT
BAHAN-BAHAN: • 50gm gula • 400ml susu penuh krim • 30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang • 1 sudu makan serbuk agar-agar • 1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas • ½ sudu makan coklat Hershey’s
UNTUK HIASAN: • Sedikit krim putar • Sedikit kepingan coklat
CARA MEMASAK: 1. Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut. 2. Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s. 3. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati. 4. Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk. 5. Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar. 6. Sedia dinikmati ketika sejuk.
CARA MEMASAK : 1. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut. 2. Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo. 3. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui cara buat dadih homemade yang sedap, mudah dan menjimatkan. Lengkap dengan pelbagai idea perisa serta tips hasilkan tekstur lembut dan berkrim.