
Resipi kuetiau sup kuah ala bakso ini boleh dinikmati oleh penggemar hidangan sup berasaskan mi atau pun peminat baksi
Dengan kuah citarasa bakso hasil kuetiau sup memang sedap dan menyegarkan.
Cara membuatnya juga mudah. Boleh jadikan hidangan untuk raya haji nanti menggunakan daging korban. Lagi sedap!
Resipi kuetiau sup kuah ala bakso
Bahan kisar/tumbuk
5 biji bawang ros
3 ulas bawang putih
1 inci halia (lebih kurang seinci)
Bahan lain
Kuetiau secukupnya
Daging atau ayam -dipotong (ikut cita rasa)
1 paket kecil serbuk Masako
2 batang akar ketumbar
2 biji buah keras
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga)
2 sudu makan rempah sup
Air secukupnya (kalau guna daging, sebaiknya guna air rebusan daging)
Minyak masak
Garam/gula/perasa secukupnya
Bahan hiasan
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Daun ketumbar
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak, kemudian goreng daging yang telah dipotong kecil. Masak seketika hingga keluar air dan daging kelihatan agak kecut.
2. Masukkan 4 sekawan, akar ketumbar, dan bahan kisar tadi. Tumis hingga naik bau wangi.
3. Tambah rempah sup dan serbuk Masako, goreng sebentar untuk naikkan aroma.
4. Tuang air secukupnya ke dalam periuk. Jika guna daging, seeloknya masukkan air rebusan daging untuk rasa yang lebih kaw!
5. Perasakan dengan garam, gula atau cukup rasa. Biarkan kuah mendidih seketika.
6. Setelah siap, hidangkan bersama kuetiau yang telah dicelur dan taburkan bahan hiasan seperti daun bawang, daun sup, daun ketumbar dan bawang goreng.
Tip Ekstra
-Untuk rasa yang lebih umphh, boleh masukkan bebola daging atau fishball.
-Jika suka pedas, hidang bersama sambal kicap atau cili potong!
Kredit resipi & foto: Cik Puan Asrah Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI