Kerabu pucuk ubi ini memang selalu kita jumpa dalam hidangan nasi ambeng, dan tak dinafikan ia antara lauk sampingan yang menambah selera. Malah kalau diratah lagi sedap. Dengan rasa lemak kelapa parut selain pedas cili, kerabu ini kalau buat sikit memang tak puas makan.
Resipi Kerabu Pucuk Ubi Yang Mudah, Sedap
Bahan-bahan
Seikat pucuk daun ubi
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
Segenggam taugeh
½ biji kelapa parut
Garam dan gula secukupnya
Bahan tumbuk
Segenggam buah cekur
Segenggam bilis
Bawang merah
4–5 tangkai cili
Bahan hiris
Daun cekur
Kacang panjang
Ads
Cara Penyediaan Kerabu Pucuk Ubi
1. Didihkan air. Masukkan pucuk ubi bersama soda bikarbonat dan sedikit garam. Rebus hingga pucuk ubi lembut.
2. Tapis dan perah air dari pucuk ubi.
Ads
3. Goreng bilis dan bawang hingga layu, kemudian tumbuk bersama cili dan buah cekur.
4. Sangai kelapa parut bersama bahan tumbuk tadi tanpa minyak menggunakan api kecil. Tujuannya supaya kerabu tidak cepat basi dan boleh tahan lama.
5. Apabila kelapa sudah agak kering, masukkan pucuk ubi, kacang panjang, taugeh dan daun cekur yang dihiris halus. Gaul hingga sebati.
Ads
6. Tutup api, sedia dihidangkan.
Tip Ekstra
Soda bikarbonat membantu menjadikan pucuk ubi lebih cepat empuk dan hijau cantik warnanya.
Kerabu lebih sedap jika dimakan segera selepas dimasak kerana rasanya masih segar dan aroma cekur lebih menonjol.
Hidangan kerabu ada banyak jenis, antara yang sedap adalah kerabu suhun. Bagi yang sedang proses diet, menu ini boleh jadi sebahagian hidangan kerana penuh dengan sayur yang berkhasiat.
Dikongsi oleh Budiman Zainal Abidin berikut adalah membuatnya. Pernah menikmatinya di sebuah restoren Thai, dia cuba membuat sendiri di rumah dan ternyata sedap sangat.
Bahan-bahan diperlukan:
Suhun (dicelur)
Lobak Merah
Tomato
Bawang merah & bawang holland
Daun ketumbar
Cabai melaka/cili padi
Daun bawang
Serai
Timun
Udang & sotong (dicelur) 2 sudu besar nise
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
Limau nipis
Cara membuat:
1. Celur suhun sekejap dalam air panas dan tos.
2. Hiris semua bahan-bahan untuk buat kerabu.
3. Sediakan cawan perah limau di dalamnya kemudian masukkan gula nise, sos ikan dan kicap cair.
4. Kacau sebati semuanya hingga larut gula nise.
5. Campurkan dalam semua bahan-bahan yang telah dihiris/potong tadi. Gaul sebati dan sediakan dihidangkan.
Boleh dimakan begitu saja ataupun dijadikan sebahagian lauk.
Sebut sahaja Bonda Rozita Ibrahim, pasti ramai yang mengenali pengasas produk Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya ni. Lemah lembut dan penuh sifat keibuan. Sangat mempersonakan!
Jika anaknya, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri aktif di instagram, sang ibu pun tidak kurang hebatnya. Bagi yang follow laman sosial Bonda Rozita sama ada di Instagram atau facebook, pasti biasa melihat pelbagai posting bermanfaat yang dikongsi oleh usahawan berjaya ini.
Bila dah namanya wanita, pasti tidak terlepas dari bercerita tentang masakan. Istimewanya Bonda Rozita suka berkongsi masakan-masakan kampung! Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Malah masakan yang eksotik pun ada. Sambil memasak, ada sahaja tip yang diselitkan untuk panduan bersama. Antara sajian yang pernah beliau kongsi ialah Bakso, Batang Keladi Masak Asam dengan Ikan Puyu, Masak Lemak Cili Padi Nanas Dengan Ikan Masin, Daging Buah Pala dan banyak lagi!
Pendek kata, kalau tengok Bonda Rozita berceloteh, memang ralit dan seronok. Para pembantu pun duk melayan. Happening jadinya! Jom layan IG Bonda Rozita ni. Memang bermanfaat.
Hidangan kerabu sering kali dijadikan hidangan pembuka selera atau hidangan sampingan ketika menikmati juadah utama. Kerabu yang ada rasa masam dan pedas, biasanya disediakan segar, membuatkan selera seseorang bertambah.
1. KERABU TOMATO BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis
1 biji tomato hijau | hiris
1 biji tomato merah | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai muda | mayang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
2. KERABU TAUGEH KASAR DAN SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
200gm tauge kasar
5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam dan goreng
1 labu bawang besar | mayang halus
2 batang kacang panjang | hiris nipis
2 biji cili merah |hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
1 sudu makan kelapa parut | panggang
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.
Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau kasturi dan gaul. Sedia dihidangkan.
3. KERABU SUHUN KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
200gm suhun | rendam dan celur
2 biji cili merah | mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
2 batang serai muda | mayang halus
1 sudu makan perahan limau
Garam dan gula secukupnya
Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
Bijan hitam panggang secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
4. KERABU DAGING LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
200gm daging
1 biji tomato hijau | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai muda | mayang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
3 helai daun limau purut | hiris halus
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Daging direbus empuk dan hiris nipis.
Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
5. KERABU SOTONG SIAM
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | potong kecil dan celur
1 biji tomato | cincang nipis
2 biji cili merah |mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | mayang halus
1 sudu makan cincangan daun ketumbar
1 sudu makan air perahan limau nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!