Suka makan kek buah? Ramai yang tak berani nak cuba kerana kek ini dianggap sukar nak dihasilkan, Kalau beli, harganya pun boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni. Hanya dengan menggunakan tiga bahan mudah, anda boleh hasilkan kek buah enak untuk santapan keluarga. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Kek Tampung Seribu. Salah satu kek lapis Sarawak yang teramat sedap. Ada rasa coklat dan keju. Dapat bayangkan betapa sedapnya kek ni kan?
Uniknya kek ini, kena campurkan dengan kek-kek lain juga. Kalau tak ada lebihan kek lain yang sedia ada, boleh gunakan adunan untuk menukar warna dalam kek.Tapi adunan akan nampak kecil dan boleh gunakan loyang 7×7′. Namun Puan Roby sarankan kek ini hanya sesuai untuk yang ada kek lain yang sedia ada dalam 500gram agar kek nampak besar dan tinggi.
Menarik kan? Teringin nak cuba? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Roby Daud ini. Kek ini kurang manis sebab puan itu dah kurangkan kuantiti gula. Cuba tau!
Mula-mula, mentega dan gula dipukul hingga kembang. Setelah itu, masukkan telur. Pukul hingga sebati.
Setelah itu, masukkan susu dan kaya, pukul hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung pau, Holick, serbuk pemutih dan esen vanilla. Pukul lagi adunan sehingga sebati.
Lapisan pertama bakar guna api bawah dan atas, menggunakan suhu 150C dalam 15-20 minit.. Bila dah masak lapisan pertama, guna api atas sahaja untuk lapisan yang seterusnya dan bakar sehingga lapisan terakhir. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing ye.
Untuk resipi ini, digunakan loyang berukuran 9×9″. Selamat mencuba
Kek keju blueberi sebenarnya adalah sejenis kek keju yang telah lama dinikmati oleh masyarakat. Namun keenakan kek keju blueberi menjadikan kek ini sentiasa diminati ramai.
Ada versi kek keju yang dibakar. Ada juga versi kek keju yang cukup sekadar disimpan dalam peti sejuk.
RASA kongsikan kek keju blueberi yang hanya perlu disimpan dalam peti sejuk. Simpanlah selama 8 jam ataupun boleh juga disimpan semalaman sebelum dinikmati dengan curahan sos blueberi di atasnya.
BAHAN LAPISAN BAWAH
8 keping biskut marie (dihancurkan)
2 sudu besar mentega (dicairkan)
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH
1. Masukkan biskut marie yang telah dihancurkan ke dalam bekas.
2. Masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul sebati
3. Alas loyang dengan kertas minyak. Masukkan biskut ke dalam loyang dan tekan-tekan untuk dipadatkan.
4. Simpan dalam peti sejuk 30 minit supaya keras sedikit.
BAHAN KEK KEJU
250 gram cream cheese tatura
2 sudu besar gula halus
2 biji telur ayam
1/2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gelatin (bancuh dengan separuh cawan air panas, kacau dan ketepikan)
Jem blueberi secukupnya
CARA MEMBUAT ADUNAN KEK KEJU
1. Campurkan cream cheese dan gula halus. Kacau sebati. Kemudian masukkan telur ayam. Kacau lagi.
2. Masukkan jus lemon dan gelatin. Putar lagi.
3. Masukkan pula tepung gandum. Gaul rata.
4. Keluarkan loyang berisi biskus tadi daripada peti sejuk.
5. Curahkan adunan ke dalam loyang berisi biskut tadi.
6. Simpan dalam peti selama 8 jam.
7. Kemudian, curahkan sos blueberi ke atas kek. Sedia dihidang.
Memasukkan bawang putih ke dalam periuk nasi ketika memasak sama ada diketuk, dihiris, atau dimasukkan sebiji-sebiji bukan sekadar petua kosong. Amalan ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan, aroma, dan ketahanan nasi.