
Kek Pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisang dan cip coklat memang sangat serasi. Kena cuba ni.
CARA MASAK KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
- 1/4 cawan gula
- 1 cawan tepung gandum*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- Secubit garam*
- Sedikit esen vanila
- 2 biji telur grade A
- 1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
2. Ayak bahan-bahan bertanda (*) dan satukan dalam satu mangkuk.
3. Pukul telur sampai berbuih.
4. Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata. Masukkan esen vanila.
5. Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
6. Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (empunya resipi guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
7. Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
8. Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
9. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.
Kredit resipi & foto: Sabariah Sharif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Kek Pisang Sukat Guna Cawan

Suka dengan rasa kek pisang. Kalau kena caranya, berulang kali boleh menikmatinya ditemani kopi panas. Buat yang ingin cuba buat sendiri boleh cuba resipi mudah ini.
Bahan-bahan:
3/4 gula pasir- suka manis bolehlah letak 1 cawan.
1 cawan marjerin atau butter
3 biji telur-kita guna gred B.
1 setengah cawan tepung naik sendiri
4 biji pisang. Kami guna pisang berangan-lenyekkan
Cara buat:
1. Satukan gula pasir dengan marjerin. Putarkan sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu-putar sehingga kembang.
3. Masukkan tepung naik sendiri. Putar lagi dan akhir sekali masukkan pisang. Putarkan sekejap.
4. Masukkan dalam loyang. Loyang sapukan dengan marjerin dulu ye. 😊. Anggaran loyang saiz 8. Loyang bulat pun bolehh.
5. Hiaskan dengan potongan pisang.
6. Bakar dengan suhu 160°c selama 30 minit. Bergantung oven sendiri.
Siap dah kek pisang. Mudah dan jimat masa.
Muhd Arif
Afif Ashraf
credit : Noorsuziyati Misman
#mahn
Kek Yogurt Strawberry Cheese Yang Cantik, Sedap & Membuka Selera. Makan Sejuk-Sejuk Lagi ‘Terangkat’!

Sekali pandang, memang cantik kek warna merah jambu ini. Memang menarik perhatian ramai sungguh kek yogurt strawberry cheese ini. Sedap & manis. Kalau nak cuba buat di rumah, ini resipi kek yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya. Memang wajib dicuba!
KEK YOGURT STRAWBERRY CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji kuning telur
- 4 biji putih telur
- 180g cream cheese
- 2 bekas yogurt perisa strawberi
- Gula kastor – beli online DISINI
- 120g tepung gandum – beli online DISINI
- 200ml whipping cream
CARA PENYEDIAAN:
- Pukul cream cheese dan 60g gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan kuning telur. Mix lagi dan bila telur sudah kembang, boleh berhenti mengacau.
- Masukkan yogurt dan mix sebentar.
- Kemudian, ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Masukkan terus whipping cream dan kaup balik sahaja. Kemudian, ketepikan.
- Mix putih telur sehingga berbuih sedikit dan masukkan 80g gula kastor. Kacau sehingga kental dan bertanduk. Cara lain untuk memastikan adunan ini sempurna adalah cuba terbalikkan mangkuk telur dan putih telur tak akan jatuh.
- Selepas itu, ambil adunan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Masuk sedikit demi sedikit dan kaup semula.
- Pada bahagian atas, titiskan Hershey’s Strawberry. Lorekkan pada bahagian atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven. Gariskan dengan lidi.
- Untuk membakar, isi air panas ke dalam loyang. Masuk loyang yang berisi adunan ke dalam loyang yang berisi air tadi. Teknik ini dipanggil water bath,
- Biarkan 1/2 loyang tenggelam ke dalam dan boleh mula membakar. Sebelum bakar, panaskan ketuhar sebentar. Kemudian, bakar kek pada suhu 170 selama satu jam 10 minit, api atas bawah.
- Bila dah masak, tunggu sebentar dan masuk ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
Kredit resipi & foto: Iedaa Jahaya
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Spageti Bolognese Dah Masak, Bakarlah Pulak Memang Berganda Sedapnya
Fettucine Carbonara Mushroom Ringkas, Sosej dan Udang Digril Dulu. Mantaplah Rasanya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Koleksi Resipi Kek Gulung Homemade Sedap & Super Senang

Kek Gulung memang enak dan mempunyai rupa yang menarik. Malah untuk menyediakannya juga tidaklah sukar seperti yang dibayangkan. Bagi anda yang gemar membuat kek, bolehlah cuba aneka resipi kek gulung ni. Pasti puas hati.
1. KEK GULUNG SUPER LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji kuning telur
- 1 biji telur
- 60gm gula pasir
- 30gm tepung gandum
- 75gm mentega – dicairkan
BAHAN INTI:
- Jem nanas, strawberi atau buttercream
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190-200C. Oles loyang bersaiz 20x20cm atau 22x22cm dengan marjerin kemudian alaskan dengan baking paper. Sapu lagi marjerin di keseluruhan kertas. Ketepikan.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum. Kaup balikkan menggunakan spatula.
3. Masukkan mentega. Adun lagi hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit ( 8 minit menggunakan api atas & 7 minit menggunakan api bawah) hingga kek masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. Jangan terlebih masak kerana kek akan kering dan mudah patah apabila digulung. Angkat kek dan keluarkan dari loyang.
5. Biar kek sejuk barulah disapukan inti yang bersesuaian. Gulung dengan padat. Kemudian bolehlah dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sukmawati_rs
2. KEK GULUNG KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur segar
- 90gm gula kastor
- 1 sudu makan ovalette
- 70gm tepung gandum
- 10gm tepung jagung
- 10gm susu tepung
- 1 sudu teh esen vanilla
- 125gm mentega – dicairkan & disejukkan
- Pewarna ungu secukupnya
BAHAN INTI:
- Buttercream secukupnya
- Keju Cheddar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Oles loyang bersaiz 30×30 dengan menggunakan marjerin. Letak baking paper dan oles sekali lagi menggunakan marjerin. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Kemudian campurkan dengan semua bahan lain kecuali mentega cair. Pukul guna kelajuan tinggi hingga kembang dan adunan menjadi kental.
3. Tambahkan mentega cair. Kaup balikkan menggunakan spatula hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan permukaannya. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 200C hingga masak, permukaan berkulit kecoklatan dan terasa kering bila disentuh.
5. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan. Sapukan buttercream dan gulung dengan sempurna. Sapukan lagi krim dan parut keju dengan secukupnya hingga rata.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: @ rickeindriani_ordinarykitchen ( sumber) & dicuba oleh @icha.irawan
3. BOLU GULUNG
BAHAN- BAHAN:
- 4 biji telur
- 60gm gula kastor
- 1 sudu teh ovalette
- 48gm tepung gandum
- 8gm susu tepung
- 1 sudu teh esen vanilla
- 80gm mentega – dicairkan
- Sedikit pewarna biru
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Ayak.
2. Dalam bekas bersesuaian, campur semua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang dan kental.
3. Tambahkan mentega cair dan kaup balikkan menggunakan spatula hingga rata.
4. Asingkan sedikit adunan asal dan campurkan pewarna biru dalam adunan adunan asal.
5. Ambil loyang bersaiz 20×20 yang telah dioles dengan marjerin dan baking paper. Tuang adunan warna putih dan bentukkan bulat. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 minit. Keluarkan.
6. Tuang adunan biru diatasnya. Ratakan dan hentak perlahan-lahan supaya tiada gelembung udara.
7. Bakar kek sekali lagi pada suhu 170C selama 15 minit.
8. Angkat dan gulung kek ( tanpa sapu buttercream). Biarkan hingga sejuk. Boleh juga simpan dalam peti sejuk selama 10 minit)
9. Setelah sejuk, buka gulungan kek dan sapukan buttercream. Gulung sekali lagi dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.
10. Boleh dipoting dan sedia untuk dinikmati.
Kredit: @tintinrayner ( sumber) & dicuba oleh @aniktriwina
4. BASIC JAPANESE ROLL CAKE
BAHAN A ( UNTUK MEMBUAT CORAK):
- 2 biji putih telur
- 20gm gula
- 20gm tepung jagung
- 20gm tepung gandum
BAHAN B:
- 6 biji kuning telur
- 60gm gula
- 65ml minyak
- 100ml susu cair
- 125gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh esen vanilla
BAHAN C:
- 4 biji putih telur
- 40gm gula
- 25gm tepung jagung
INTI:
- Jem strawberi atau apa-apa inti yang menjadi kegemaran.
CARA MEMASAK:
1. BAHAN A (Corak): Pukul putih telur hingga kembang lalu masukkan gula pasir. Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Adun sebati. Tambahkan pewarna ikut corak yang anda nak hasilkan.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan lukiskan corak yang diingini diatas loyang yang telah dialas dengan baking paper bersaiz 35 x 25cm. Bakar guna api bawah menggunakan suhu 180C selama 4 minit. Angkat.
4. BAHAN B: Pukul kuning telur dan gula sampai putih dan kental lalu masukkan minyak dan susu cair sedikit demi sedikit. Pukul guna lajuan rendah dan masukkan tepung gandum. Adun rata
5. BAHAN C: Pukul putih telur hingga mengembang lalu masukkan gula sedikit demi sedikit.
6. Masukkan tepung jagung. Pukul hingga sebati.
7. Masukkan adunan bahan B ke dalam bahan C. Adun rata.
8. Tuang adunan perlahan-lahan ke dalam loyang yang mengangungi corak yang telah dibakar tadi. Ketuk loyang agar udara keluar.
9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 20 minit.
10. Isikan inti, gulung pelahan-lahan dan padatkan. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: Fatmah Bahalwan
5. CHOCOLATE SWISS ROLLS
BAHAN A:
- 6 biji kuning telur
- 60gm minyak goreng
- 1 sudu teh esen vanilla
- 60ml susu cair
- 120gm tepung gandum
- 1 1/2 sudu makan serbuk koko
BAHAN B:
- 1 sudu teh jus lemon atau cuka
- 120gm gula pasir
- 6 biji putih telur
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan A dan adun sebati sehingga tidak berketul.
2. Seterusnya untuk bahan B, pukul putih telur dan jus lemon hingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul hingga kembang dan kental.
3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan A. Kaup balikkan perlahan-lahan hingga sebati.
4. Ambil loyang dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan dan hentakkan sedikit bagi membuang gelembung udara.
5. Bakar kek dalam ketuhar pada suhu 120C selama 20 minit. Kemudian naikkan suhu 150C dan bakar selama 8 minit. Masa mungkin berubah bergantung pada saiz dan jenis ketuhar. Pastikan juga sebelum dimasukkan, ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu.
6. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sebentar di dalam loyang sebelum dikeluarkan.
7. Bila kek telah sejuk, barulah disapu buttercream dan digulung menggunakan baking paper. Biarkan kek selama 20 minit supaya gulungannya melekat sempurna.
Kredit: michael lim (sumber) & dicuba oleh Jessica Putri