
Satu lagi kuih lejen yang diminati sampai sekarang adalah samperit. Ada bermacam samperit tapi samperit dahlia adalah antara yang paling diminati. Nak membuatnya tidak susah. Tapi nak dapat yang cantik tu memang tangan kena berseni. Ini resipinya. Bolehlah try buat nak raya ni ye.
SAMPERIT DAHLIA
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula
250 gram mentega
2 biji kuning telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna kuning
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung gandum
Ceri untuk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Pukul gula, mentega sehingga sebati. Masukkan kuning telur ayam sebiji demi sebiji. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila dan pewarna kuning. Putar 20 saat.
3. Ayakkan semua tepung dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang diputar sambil diuli perlahan, menjadi satu doh yg lembut. Tambah tepung jagung jika masih lembik.
4. Sapu dulang dengan mentega. Masukkan doh dalam acuan bunga dahlia dan picitkan dalam dulang pembakar.
5. Hiaskan dengan ceri.
6. Rehatkan acuan selama 20 minit kemudian bakar pada suhu 150c selama 30 minit.
Selamat mencuba!
Buah Cempedak Boleh Jadi Ramuan Kek, Sungguh Wangi & Sedap.

Anda penggemar buah cempedak. Kek Cempedak ni mesti menjadi kegemaran anda. Ramuan isi cempedak tu lah killer dia. Usah kedekut bahan terutamanya isi cempedak tu.
Siapa yang teringin nak makan kek ni bolehlah follow resipi dari ZLC @ Zulfaza Loves Cooking ni. Hirisan cempedak tu dengan mentega (pure creamery) yang buat melantun aromanya satu rumah.
Bagi pemilik resipi ZLC makan panas panas pun sedap jugak. Kalau nak kek tu dipotong cantik, hiris kecil kecil cempedaknya, tapi kalau potong terbesar sikit tak jadi masalah pun , makan ketulan cempedaknya memang teramatlah sedapnya.
Terimakasih Zulfaza , jom ikut resipi gayanya…
KEK MENTEGA CEMPEDAK @ ZLC
.
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 170 gm gula kastor atau gula halus
- 250 gm tepung gandum + 1 1/2 sudu kecil baking powder | diayak
- 4 biji telur gred A
- 250 gm isi cempedak | buang biji dan potong kecil-kecil guna gunting lagi senang
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan gebu.
2. Tambah telur dan pukul hingga gebu.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan spatula secara kaup balik.
4. Masukkan isi cempedak dan gaul ala kadar supaya isi masih berkeping-keping.
5. Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 celcius (suhu saya pakai 160 celcius jer,ikut jenis oven) atau sehingga masak. Saya guna loyang 8 inci.
.
NOTA DARI ZLC :
Kek ni susah nak potong bagi cantik sebab cempedak tu tadi tak dipotong kecil-kecil. Bila dia (kyra) kata dah siap Zulfaza terus tuang dalam adunan kek tak QC pun. Masa gaul tu baru perasan ketul-ketul macam tak potong cempedak tu.Sah lah masa potong tak cantik.Cempedaknya tersangkut kat pisau gergaji hakak, tapi tak apa lah masuk tekak sama aje.
Kredit foto & Resipi: FB:Zulfaza Loves Cooking ZLC
ANDA SEDANG MENCARI OVEN ATAU MICROWAVE , JOM LAYARI DI SINI, PASTI ADA YANG BERKENAN DI HATI.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
RESIPI NI PUN OKAY JUGAK :
Popular Dari A.S Kek Hummingbird Super Sedap, Ramuan Kekacang Dan Buah-buahan
Scone Sedap Ala Cameron Highland Ikut Resipi Azie Kitchen

Bila terperangkap lama begini, hati mula membayangkan makanan yang sedap dan tempat yang mahu dilawati. Petang-petang begini enaknya jika dapat menikmati scone sedap macam di Cameron Highland. Tambah lengkap dihidangkan bersama secangkir teh, alangkah nikmatnya.
Scone enak dimakan panas panas dioles dengan butter dan jem strawberry di atasnya, wah serasanya berada di Tanah Tinggi Cameron. Jomlah kita buatnya ikut resipi yang dikongsi oleh Azie Kitchen
SCONE
Bahan bahan:
300 gram tepung gandum
85 gram unsalted butter – suhu bilik
50 gram gula
2/3 cawan susu
4 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 biji telur
Cara membuat:
1.Satukan tepung gandum, gula, baking powder, garam dan mentega dan gaul rata.
2.Satukan telur dan susu, kacau rata. Ketepikan sedikit untuk disapukan pada scone sebelum dibakar.
3.Satukan bahan tepung dan bahan susu dan telur. Kacau rata dan gaul sehingga sebati.
4.Canai mengikut ketebalan yang disukai dan tekap.
5.Susun di dalam loyang dan sapu dengan lebihan bancuhan susu dan telur tadi.
6.Panaskan oven 220C. Bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan yang disukai.
Kredit : Azie Kitchen
Roti Cinnamon Rolls Dengan Topping Tiramisu Pasti Laku Keras
Buat Sendiri Burger Omelette, Puas Hati Bila Anak Puji Sedap
Resipi Basque Burnt Cheese Cake Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

Sedapnya Basque Burnt Cheese Cake ni. Kalau beli di kedai, sepotong pun dah mahal. Memang tak puas makan. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Menerusi perkongsian saudari Norlela Abdullah, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan Basque Burnt Cheese Cake yang sedap dan mudah. Sangat berbaloi cuba.
CARA MASAK BASQUE BURNT CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 1000gm (1kg) krim keju ( cream cheese) – suhu bilik
- 300gm gula halus
- 7 biji telur
- 500gm whipping cream ( krim putar)
- 30gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama, siapkan acuan spring foam saiz 9 inci terlebih dahulu.
2. Alas bahagian dalam alaskan acuan dengan parchment paper. Lebihkan sedikit parchment paper di bahagian atas kerana kek akan naik. Bahagian luar spring foam balut dengan aluminum foil. Ketepikan.
3. Untuk menyediakan kek, putar krim keju dengan gula halus. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan krim putar.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kaup balikkan sahaja hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan spring foam. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek menjadi warna coklat gelap. Guna api atas dan bawah. Kipas off.
6. Bila kek masak, biarkan kek sejuk dalam ketuhar barulah buka pintu oven.
7. Kemudian masukkan kek ke dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.
Kredit resipi & foto: Norlela Abdullah