Bagi anda nak berniaga, KekMarble Moist ni antara yang sesuai dan senang dihasilkan. Bahan yang digunakan pun tak terlalu banyak, sukat guna cawan dan hasilnya memang sedap. Resipi perkongsian saudari Aliah Rose ni salah satu yang boleh dicuba. Sebiji kek berat anggaran 800gm-1 kg dan boleh jual antara harga RM25-RM30. Menurut empunya resipi, kek beliau ni tak manis sangat. Jadi pelanggan tak perlu makan sambal sulam air. Menarik! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KEK MARBLE MOIST SEDAP GUNA SUKATAN CAWAN
1 cawan mentega – dicairkan. Boleh ganti dengan minyak
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula halus dan ovalette hingga kembang dengan menggunakan pengadun.
2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla atau pandan. Adun lagi hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan tepung-tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pastikan pengadun diperlahan sekejap-sekejap dan kaup balikkan adunan supaya rata.
4. Kemudian masukkan mentega cair. Adun perlahan dalam 3 pusingan kemudian matikan mesin. Kaup balik dengan tangan sahaja. Jangan pukul lama sangat nanti adunan jadi cair.
5. Jika nak jadikan kek berwarna warni, bahagikan adunan kepada beberapa 3 bahagian dan warna satiap satu dengan pewarna pilihan.
6. Tuang ke dalam loyang berselang-seli dan lorekkan adunan bagi mendapat bentuk marble.
Ads
7. Panaskan ketuhar pada suhu 150C-180C dan bakar kek selama 40 minit atau hingga masak. Masa memasak mungkin berbeza ikut jenis ketuhar yang digunakan.
8. Angkat, sejukkan kek dan boleh dinikmati.
INFO: Biasanya empunya resipi akan dapat kek bersaiz 800gm-1kg. Harga jualan bermula RM25-RM30.
Bila sebut sahaja Biskut Kelapa, pasti terbayangkan kesedapan dan kerangupan air tangan mak-mak kita ketika masih kecil dulu bukan? Tak nafikan Biskut Kelapa ini memang ‘lejen.’ Dulu-dulu Biskut Kelapa ini antara kudapan wajib yang mesti ada di atas meja hidangan. Kini, Biskut Kelapa masih lagi tetap kekal ‘evergreen’ dan diminati pula anak-anak muda. Nah ini resipi membuat Biskut Kelapa yang dikongsikan oleh Emmy Masturah
Anak-anak bila dapat biskut coklat,senyap sunyi. Sebalang pun boleh dihadap mereka dalam masa sehari sahaja. Biskut coklat ni saya save dari tahun 2019 dari tuan punya resipi,Nor AwAnis. Biskut ini betul-betul rasa coklat yang cair di mulut. Lama saya cari resipi biskut coklat yang betul-betul menepati cita rasa.
Biskut coklat
Bahan-bahan:
1 ketul butter (butter pastikan suhu bilik, bila lembut, senang nak kacau guna senduk)
1.Kacau butter dan kuning telur, saya guna senduk je.
2.Kemudian msukkan gula halus & esen vanila.Kacau lagi
3.Kemudian masukkan serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit.Tambah kalau adunan lembik tapi jangan sampai keras sangat. Sedang-sedang tak lekat kat tangan sangat. Uli sebati.
4.Tekap adunan.Sapu telur putih dan tabur coklat rice /lain-lain untuk hiasan.
5.Kemudian bakar suhu 160 selama 30 minit (ikut oven masing-masing).
Salah satu kek yang sedap adalah kek chiffon pandan. Baunya ketika dibakar pun dah boleh buat rasa berselera nak makan. Kali ini RASA kongsikan resipi yang pasti korang suka. Boleh cuba buat untuk Syawal nanti.
KEK CHIFFON PANDAN
BAHAN A
6 biji kuning telur
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
Pewarna hijau
Perisa pandan
2/3 cawan minyak jagung
2/3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan pewarna hijau, perisa panda, minyak jagung dan santan pekat. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Gaul sebati dan ketepikan.
BAHAN B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar
CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi sehingga betul-betul kembang. Jika diterbalikkan adunan tidak jatuh.
CARA MEMASAK
1. Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A sedikit demi sedikit.
2. Tuang adunan ke dalam periuk lubang.
3. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45 minit pada suhu 175c
4. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di atas redai kek sehingga sejuk.
5. Potong dan hidangkan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!