Sedapnya Kek Marble ni. Nampak lembut dan moist kan? Istimewanya resipi ini ia tidak menggunakan ovalette. Ovalette berfungsi sebagai penstabil yang buat kek kita jadi naik, stabil dan tidak mudah jatuh bila dibakar atau dikukus. Hasilnya pun lembut dan gebu. Nak cuba? Saudari Ainna Rozimi ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1. Putar gula dan marjerin menggunakan kelajuan laju (high speed) sampai adunan menjadi warna putih. Ini penting untuk dapatkan kek yang betul-betul gebu. 2. Bila adunan sudah kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi sampai habis. 3. Seterusnya masukkan esen vanilla dan susu pekat manis. Putar sekejap sampai adunan menjadi sebati. 4. Tukar kelajuan mixer kepada sederhana (medium speed), masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai habis. Sebatikan. 5. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang sudah dilapik baking paper atau ke dalam bekas aluminium. Jika suka, boleh corakan kek mengikut kreativiti anda. 6. Bakar pada suhu 160C untuk 20 minit pertama dan naikkan suhu 170C untuk 20 minit terakhir untuk dapatkan permukaan yang garing. 7. Suhu dan masa bergantung pada ketuhar masing-masing. Kalau tak nak bahagian atas kek garing, boleh rendahkan suhu dan tambah masa.
Asam pedas adalah masakan Melayu yang cukup popular dengan gabungan rasa masam dan pedas. Ada pelbagai jenis asam pedas yang kita tahu adalah asam pedas johor, asam pedas melaka dan asam pedas utara.
IKAN TONGKOL ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol | potong kecil
2 batang serai | diketuk
1 sudu makan kicap manis
Sedikit belacan | dibakar
2 biji tomato | dibelah empat
2 biji bawang besar | dihiris bulat
4 sudu makan kacang tanah tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
6 biji cili padi
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
CARA MEMASAK: 1. Ikan dilumur dengan garam serta kunyit. Goreng hingga garing. 2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang-bawang yang dikisar sehingga kekuningan. 3. Masukkan belacan, cili padi dan cili kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 4. Masukkan serai, kicap, air asam jawa, garam dan juga gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih. 5. Selepas itu, masukkan ikan, tomato, bawang besar dan kacang tanah. Kacau rata. 6. Biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan.
INFO: Pastikan cili betul-betul masak sebelum dimasukkan air asam jawa.
SOTONG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong sederhana besar | bersihkan dan potong kecil
20 tangkai cili kering | dikisar
10 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji bawang besar | dikisar
2 batang serai | dititik
200gm asam jawa | dicampur air dan ditapis
1 biji buah tomato | dicincang halus
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dikisar sehingga kekuningan. 2. Masukkan cili kering dan serai. Tumis sehingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa, tomato, garam dan gula dengan secukup rasa. 4. Akhir sekali, masukkan sotong dan gaul hingga rata. Biar sehingga sotong masak. 5. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Cili kering boleh digantikan dengan cili boh.
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ayam
3 batang serai | dititik
1 pokok daun ketumbar | dihiris
1 cawan air asam jawa
4 helai daun limau purut
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
1 biji terung | dipotong kecil
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm halia
2 biji buah keras
3 biji tomato
2cm belacan | disangai
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga isi ayam lembut dan cili kelihatan pecah minyak. 3. Kemudian masukkan serai, daun limau purut, air asam jawa. Biarkan seketika barulah dimasukkan air. 4. Sesuaikan rasa dengan menambah garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan mendidih sehingga isi ayam benar-benar empuk. 5. Masukkan daun ketumbar dan terung. Biarkan mendidih seketika. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Jika kurang gemar aroma belacan, abaikan bahan tersebut.
ASAM PEDAS TUMIS TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tenggiri
3 sudu makan cili kisar
5 biji bawang merah | dikisar halus
4 ulas bawang putih | dikisar halus
2cm halia | dikisar halus
2cm belacan | disangai
2 batang serai | dititik
3 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan | dibelah dua
2 biji tomato | dibelah empat
1 cawan air asam jawa
5 batang bendi
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar, belacan dan serai sehingga pecah minyak. 2. Tuang air asam jawa dan air. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Gaul rata. 3. Setelah kuah mendidih, masukkan bendi dan tomato. Biarkan sehinga masak. 4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Apabila kuah kelihatan pecah minyak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Tumis cili menggunakan api perlahan dapat menghasilkan rasa asam pedas yang enak kerana rempahnya masak dengan sekata.
ASAM REBUS IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan selar
4 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1/4 biji nanas | dipotong kecil
Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
4 biji cili merah | ditumbuk halus
Sedikit belacan | ditumbuk halus
2 biji bawang merah | ditumbuk halus
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ikan dan potong kecil. 2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih. 3. Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. 4. Siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga menggunakan ikan kembung.
KEMBUNG MASAK REBUS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | dibelah dua
4 sudu makan cili kering kisar
4 cm lengkuas | dikisar
3 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit belacan | dikisar
6 batang bendi
2 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1 biji buah tomato | dibelah empat
4 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air ke dalam periuk diikuti cili kisar dan bahan lain yang telah dikisar. Biarkan sehingga agak mendidih. 2. Kemudian masukkan ikan, asam gelugur, daun kesum diikuti garam serta gula dengan secukupnya. 3. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Biarkan sehingga sayuran menjadi lembut. 4. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain dikisar, bawang merah, belacan, lengkuas dan bawang putih boleh juga ditumbuk kasar. Ia memberikan lebih rasa pada masakan.
UDANG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
2 tangkai daun kesum
1 biji tomato | dibelah empat
Air secukupnya
1 cawan air asam jawa
2 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
2cm halia
2 biji buah keras
Sedikit belacan | dibakar
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga garing dan wangi. 2. Kemudian masukkan udang dan biarkan sehingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika. Tambahkan air secukupnya. Biarkan mendidih. 4. Tambahkan daun kesum dan tomato. Biarkan masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. 5. Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Jika mahu lebih masam, lebihkan jumlah air asam jawa
KERANG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk isi kerang rebus
8 biji cili merah | dikisar
1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 batang serai | dihiris
2 helai daun limau purut
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
Minyak untuk menumis
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning. Kemudian masukkan kisaran cili merah. 2. Tambahkan sos tiram, sos cili, serai, daun limau purut, garam dan gula dengan secukup rasa. Tumis sehingga naik minyak. 3. Masukkan isi kerang dan air asam jawa dengan secukupnya. Gaul rata. 4. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain kerang, boleh juga menggunakan kepah.
Teringin nak makan spageti tapi nak ikut tekak Melayu. Nah, ini dikongsikan resipi yang admin buat sendiri tau. Mudah sangat ye, boleh cuba tak sampai 15 minit siap dan tak perlu nak macam-macam bahan. Guna je sayur mayor yang ada dalam peti sejuk, tumis dan kacau gaul dah siap…
Nyam-nyam sedap boleh jadi hidangan sarapann esok ye.
SPAGETI AGLIO OLIO ALA MELAYU
BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti | rebus dan tos
1 keping dada ayam | hiris kecil
6 biji cendawan shitake | hiris
4 batang kacang panjang | hiris halus
1 biji tomato | potong dadu
1 biji bawang Holland | potong dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
10 biji cili padi | hiris halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk oregano | jika suka
Garam, gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK STEP BY STEP:
Step1: Panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih dan hirisan cili hingga wangi.
Step 2: Masukkan hirisan cendawan dan kacang panjang, kacau rata.
Step 3: Seterusnya masukkan spageti, kacau rata dan masukkan pula tomato.
Step 4: Perasakan dengan garam, gula dan serbuk pati ayam, kacau lagi.
Step 5: Tambahkan pula dengan serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
Step 6: Kacau rata. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Dah ada dalam fikiran ke nak masak menu apa di hari pertama berpuasa. Pasti nak yang special tambah pula bila semua ada di rumah. Jom kita buat ayam bakar cara cik pooja. So juicy so shedaaaaaaapp.
Ayam Bakar cikpoojaStyle
Bahan-bahan:
1ekor ayam(cuci bersih) cikpooja belah di bahagian dada untuk mudahkan kerja cuci dalamannya
Kentang,brokoli, tomato ceri optional. Tak nak letak pun tak apa,ayam tetap rasa sedap.
Cara memasak:
1.Semua bahan-bahan ni cikpooja kisar dengan sedikit air(suku cawan air)
2.Dah kisar semua,perapkan dengan ayam.
3.Cikpooja perap 2j am sebelum bakar. Lagi lama perap lagi sedap
Bakar pada suhu 200° 1 jam @sampai masak (bergantung pada oven masing-masing).Cikpooja suka yang crunchy di luar lembut juicy di dalam, sebab tu letak suhu tinggi.
Sos Cicah Ayam
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5-6 biji cabai melaka(yang merah atau hijau boleh je mana-mana)
2 biji limau nipis (ambil air perahannya)
1 sudu besar cuka makan
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
Suku cawan air panas
Cara membuat:
1.Tumbuk bawang puith dan cabai melaka.
2.Kemudian masukkan air perahan limau nipis,cuka makan,gula pasir,garam dan air panas.
3.Gaul semua bahan-bahan ini sampai sebati dan cukup rasanya.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...