
Suka makan Kek Batik? Jika ya, resipi Kek Batik Cheese perkongsian saudari Ain Aziz ni boleh anda cuba. Mudah, sedap dan pasti membuka selera. Sesuai sangat dijadikan hidangan untuk minum petang. Selamat mencuba!
CARA BUAT KEK BATIK CHEESE
BAHAN KEK BATIK:
- 250gm mentega
- 1/2 susu tin susu pekat manis – jika kurang suka manis, letak suku sahaja atau ikut tahap kemanisan anda.
- 200gm @ 1 paket milo (paket paling kecil)
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 paket biskut Marie – dipatah-patahkan
BAHAN CREAM CHEESE:
- 250gm cream cheese / krim keju
- Sedikit susu penuh krim
- 3 sudu makan susu pekat manis – ikut pada tahap kemanisan anda
- Sedikit perahan jus lemon – dalam video terlepas step ini.
BAHAN-BAHAN LAIN:
- Loyang saiz 8×8
- Baking paper
- Sedikit serbuk koko – untuk tabur atas cream cheese
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan masukkan susu pekat manis dan milo. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla. Kacau lagi hingga sekata.
3. Tambahkan biskut Marie yang telah dipatahkan. Gaul hingga campuran milo dan biskut menjadi sekata.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah dialas baking paper. Sejukkan.
5. Untuk menyediakan krim keju, pukul krim keju hingga gebu.
6. Kemudian masukkan susu, susu pekat manis dan jus lemon. Pukul hingga sebati.
7. Tuang bancuhan krim keju ke atas kek batik. Tabur serbuk koko dengan secukupnya.

8. Sejukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dinikmati.

https://www.facebook.com/ainabdaziz/videos/10213494133563138/
INFO:
- Kena pandai ubahsuai rasa manis ikut cita rasa. Jika kek batik sudah manis, kurangkan kemanisan krim keju.
- Serbuk koko digunakan untuk menyeimbangkan rasa.
- Kek Batik perlu diletakkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam untuk memudahkan ia dipotong dan keju tidak cair.
Kredit resipi & foto: Ain Aziz / @cookby_ain (IG)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Srikaya Homemade Lemak Manis Enak Tak Terkata

Teringat zaman kanak kanak dahulu.. bila makan roti disapu dengan sri kaya. Tak sama rasanya kaya yang dibeli dengan yang dibuat sendiri. Lemak manis enak tak terkata. Srikaya Homemade…cuba sekali pasti nak lagi, yang penting suami dan anak-anak pasti suka…
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
-masak gula hingga keperangan….tutup api kemudian masukkan 1cawan air panas n buka api semula…kacau gula sampai cair semua … biarkan sebentar…
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam (akak letak, terpulang kpd anda)
-blend semua bahan2 di atas sampai gula hancur
1 kotak santan 200ml
2 sudu besar tepung jagung
-campur dan kacau hingga sebati
Cara memasak:
- Panaskan gula karamel tadi…
- Masukkan bahan2 yang telah diblend,kacau hingga sebati…
- Masukkan pula santan yg telah dicampurkan dengan tepung jagung…
- Kacau hingga pekat dan berkilat dengan api yang perlahan. Pastikan jangan sampai hangus…siap dan sejukkan sebelum simpan…
Resipi & foto: Koleksi Resepi Kuih Muih
Sedapnya Bingka Roti Ayam Berkeju

Kalau tak tau nak buat apa dengan roti lebih, korang jangan takut cuba resipi ni. Gerenti jadi punya kalau buat, bahan selain roti, ikut je apa yang sesuai ada dalam dapur. Idea bagus sesuai untuk sarapan pagi, bekal anak ke sekolah atau boleh saja sebagai hidangan makanan malam. Simple dan sedap makan panas-panas.
BINGKA ROTI AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti | carik-carik
2 ketul ayam goreng | carik
1 genggam bayam | hiris
5 biji telur | kacau asing|
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang holland | dadu
10 ulas bawang putih | cincang
1 sudu.makan minyak masak
1sudu makan cili kisar
1 sudu rempah kari daging
Garam gula secukup rasa
BAHAN TOPPING (KALAU ADA BAHAN TAKADA PUN TAK APA):
Empingan cili/ serunding daging atau ayam pun boleh
Beberapa keping keju
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang holand dgn bawang putih hingga layu. Masuk cili kacau lagi dan masuk kari.
2. Kacau rata, tambah sikit air, perasakan dengan garam daan gula. Bila cukup rasa tutup api.
3. Campurkan roti, ayam dan bayam, gaul rata.
4. Tuang dalaam loyang yang disapu marjerin atau mentega atau minyak masak. Ketepikan.
5. Pukul telur dengnn sedikit garam dan 1 sudu kecil lada sulah.
6. Tambah ke dalam bahan tumis tadi kacau rata.
7. Tuang atas campuran roti tadi, pastikan bancuhan telur membasahi seluruh campuran roti.
8. Lapisan atas sekali lapiskan dengan taburan empingan cilia tau serunding dan keju yang telah dicarik-carik.
8. Bakar lebih kurang 30 minit dengan api 170 C.
Koleksi Resipi Kuih Tradisional Paling Popular & Sedap!

Juadah enak hidangan kuih tradisional. Sama ada dimasak sendiri atau dibeli, kuih-kuih ini pasti mencuri perhatian. Semarakkan minum petang dengan aneka kuih yang enak-enak ini.
1. KUIH KOCI
BAHAN INTI:
- 1 biji kelapa parut
- ½ cawan gula kabung
- 1 cawan gula pasir
- ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1.Gaul semua bahan inti di dalam kuali dengan api sederhana.
2.Kacau inti sehingga separa kering. Angkat dan ketepikan.
BAHAN KOCI:
- 1 bungkus tepung pulut
- 2 mangkuk santan (1/2 mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak)
- ½ sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya (dilayurkan)
CARA MEMASAK:
1.Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam.
2.Jadikan doh lembut dan boleh dibentuk.
3.Bentuk adunan dan isi inti di tengah-tengah. Tutupkan doh dan celup ke dalam santan masak. Ulang hingga doh dan inti habis.
4.Panaskan kukusan. Bungkus kuih koci dengan daun pisang. Kukus kuih koci selama 20-30 minit.
5.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Kuih koci yang kaya dengan santan masak lebih enak dimakan.
2. KUIH LOMPANG
BAHAN A:
- 1 ½ cawan tepung beras
- 1 sudu makan tepung ubi
- 1 sudu teh air kapur
- 1 cawan air
BAHAN B:
- ½ cawan gula pasir
- ½ cawan gula merah
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan (disimpul)
BAHAN C:
- 1 cawan kelapa parut
- Secubit garam
- 1 helai daun pandan (disimpul)
CARA MEMASAK:
1.Masak BAHAN B sehingga semua gula larut.
2.Didihkan air kukusan. Kukus BAHAN C sekejap.
3.Satukan BAHAN A. Gaul sebati.
4.Masukkan BAHAN B yang sudah disejukkan. Gaul kemudian tapis.
5.Sapu sedikit minyak masak pada acuan kuih lompang.
6.Tuang adunan ke dalam acuan.
7.Kukus 10 minit. Sejukkan.
8.Keluarkan dari acuan dan tabur BAHAN C di atasnya. Sedia dihidang.
INFO CHEF:
Seimbangkan rasa lemak kepala parut dengan garam. Jangan terlalu masin.
3. KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras pulut
- Beberapa titis pewarna hijau
- ½ sudu kecil air kapur
- 5 helai daun pandan
- 2 cawan santan cair
- ½ sudu kecil garam
- Kelapa parut (gaul dengan garam)
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan direndam bersama pewarna hijau serta air kapur.
2.Kisar daun pandan dengan ½ cawan air. Ambil jusnya. Ketepikan.
3.Toskan beras pulut. Letak atas loyang. Masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul sebati.
4.Kukus hingga santan kering. Kacau rata supaya beras pulut masak rata. Sejukkan.
5.Ambil daun pisang. Layurkan sekejap. Bungkus beras pulut dalam daun pisang ikut bentuk yang disukai.
6.Susun dalam periuk pengukus dan kukus sekali lagi selama 15 minit.
7.Keluarkan dan gaul dengan kelapa parut.
BAHAN AIR GULA MELAKA:
- 3 ketul gula Melaka
- 5 sudu besar gula pasir
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan (disimpul)
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan masak sehingga larut.
2.Tapis.
INFO CHEF:
Kuih lopes boleh dibuat mengikut bentuk yang anda sukai. Namun bentuk segitiga tetap menarik perhatian.
4. KUIH NONA MANIS
BAHAN A:
½ cawan gula kastor
1 biji telur ayam
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN BAHAN A:
1.Pukul telur ayam hingga kembang.
2.Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacau.
3.Tuangkan campuran tepung ke dalam telur ayam dan kacau sebati.
BAHAN B:
- 5 helai daun pandan
- ¼ cawan gula kastor
- ½ cawan santan pekat
- ¼ cawan tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN BAHAN B:
1.Kisar daun pandan dengan ½ cawan air. Ambil jusnya. Tapis.
2.Campur air pandan bersama gula kastor, santan, tepung jagung, garam dan pewarna hijau.
3.Kacau hingga halus.
4.Masak hingga adunan nampak berkilat.
5.Satukan BAHAN A dan BAHAN B.
BAHAN INTI:
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu makan tepung gandum
- ½ sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN INTI:
1.Satukan semua bahan inti dan masak sehingga likat.
2.Biarkan seketika kemudian masukkan ke dalam piping bag.
CARA MEMASAK:
1.Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
2.Tuang adunan BAHAN A dan BAHAN B dalam acuan kuih lompang.
3.Masukkan adunan BAHAN INTI di tengah acuan.
4.Kukus selama 7-10 minit.
5.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Untuk mendapat hasil lebih baik, gunakan telur ayam gred A.
5. PULUT BIJAN / KUIH BOM
BAHAN DOH:
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2.Bancuh dengan air hingga menjadi doh.
BAHAN INTI:
- ½ cawan air
- ½ cawan kacang dal
- ½ sudu teh garam
- 2 helai daun pandan (disimpul)
- ½ biji kelapa parut
- 2 sudu makan tepung gandum
*Boleh juga tukar pada inti kelapa
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dalam kuali. Masukkan kacang dal, garam dan daun pandan. Masak hingga inti lembut.
2.Apabila inti lembut, toskan. Taburkan tepung gandum supaya intik tidak melekat. Sejukkan inti.
CARA MENYEDIAKAN:
1.Ambil doh dan isikan inti. Buat bulat-bulat. Golekkan atas bijan.
2.Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dimakan.
INFO CHEF:
Pelbagai inti boleh dibuat sama ada kelapa manis atau kacang hijau manis.
6. PULUT INTI
BAHAN INTI:
- 50 gram gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 300 gram kepala parut
CARA MEMASAK:
1.Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
2.Masak hingga gula larut.
3.Masukkan garam kelapa parut. Gaul sebati, Biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.
BAHAN-BAHAN:
- 100 gram beras pulut
- 100 gram air
- 50 gram santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Kukus beras pulut dengan air dan santan sehingga masak.
2.Angkat dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil sedikit beras pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.
2.Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.
3.Sedia dimakan.
INFO CHEF:
Membungkus kuih pulut inti dengan daun pisang menambah cita rasa kala menikmatinya.
7. PULUT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut (rendam semalaman)
- 1 liter santan cair
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
2.Biarkan masak dan ketepikan.
BAHAN INTI:
- Minyak masak untuk menumis
- 2 biji bawang merah (kisar)
- 2 ulas bawang putih (kisar)
- 50 gram udang kering (rendam dan kisar)
- 2 sudu makan cili boh
- ½ biji kelapa parut
- 1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)
- 1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)
- 1 batang serai (kisar)
- 1 cm lengkuas (kisar)
- 1 cm kunyit (kisar)
- 1 cm halia (kisar)
- Garam secukup rasa
- Daun pisang untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.
3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.
4.Angkat dan biarkan seketika.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.
2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.
3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF:
Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.
8. TEPUNG GOMAK
BAHAN SALUTAN:
- 500 gram kacang hijau
CARA MEMASAK:
1.Basuh dan toskan kacang hijau
2.Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan.
3.Kisar kacang hijau sehingga halus seperti tepung. Ayakkan. Simpan.
BAHAN INTI:
- Air secukupnya
- 200 gram gula melaka
- ½ cawan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 biji kelapa parut
CARA MEMASAK:
1.Masak gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Biarkan gula larut. Angkat dan tapiskan.
2.Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3.Bulat-bulatkan inti. Ketepikan.
BAHAN KUIH:
- 500 gram tepung pulut
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental.
2.Ambil sedikit adunan. Bulatkan dan leperkan.
3.Masukkan inti dan leperkan dengan kemas.
4.Masak air. Selepas mendidih masukkan kuih. Masak sehingga kuih timbul. Angkat.
5.Gaul dengan BAHAN SALUTAN. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Walaupun kuih ini rupanya biasa sahaja namun rasanya tetap menawan hati.
9. KUIH GETAS-GETAS

BAHAN-BAHAN:
- ½ biji kelapa parut
- 2 cawan tepung pulut
- ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 sudu teh garam
BAHAN SIRA:
- ½ cawan gula
- ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1.Satukan kelapa parut, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas.
2.Masukkan garam, gaul.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit.
4.Uli sehingga jadi doh.
5.Bentukkan doh.
6.Goreng dengan api sederhana. Angkat dan ketepikan.
7.Masak BAHAN SIRA dalam kuali hingga betul-betul pekat.
8.Masukkan kuih yang siap digoreng. Kacau sehingga kering.
9.Sedia dihidang.
INFO CHEF:
Ketika menyira kuih ini, anda perlu pantas supaya salutannya rata.

