Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa hari ni. Apa kata cuba resipi min kongsi dari saudari Liza Idris. Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sos Thai ni. Bahan-bahan dan cara memasaknya cukup ringkas dan mudah. Rasanya juga pasti sangat enak. Jom lah cuba sajikan untuk keluarga hari ini. Pasti semua berpuas hati.
BAHAN TUMIS: 1 biji bawang holland saiz kecil – beli online disini 6 ulas bawang putih – beli online disini 1 batang serai 1 biji cili besar 5 @ 10 biji cili padi 5 helai daun limau purut 2 batang akar ketumbar (Semua bahan dihiris nipis)
Aneka resipi pizza homemade, puas & berbaloi. Pizza bukan sahaja terkenal di Itali dan negara-negara Barat, tapi juga merupakan makanan kesukaan masyarakat Malaysia. Cara penyedian pizza ini memang sangat mudah dan kos bahannya pun tidak mahal.
Nak lagi sedap, gandingkan pizza dengan sup cendawan. Memang layaaaan! Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba resipi pizza homemade yang RASA kongsikan ini!
ROTI PIZZA SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
3 keping roti
Sos pasta tomato secukupnya
3 batang sosej | direbus terlebih dahulu
3 keping keju
Daun parsley secukupnya
Cara membuatnya boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
PIZZA TUNA CHEESE
BAHAN-BAHAN A (DOH):
2 cawan tepung naik sendiri
220gm Fernleaf Protein+ Yogurt
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN B (TOPPING):
1 cawan sos pizza/tomato puri
1 cawan tuna chunk
150gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
¼ cawan Keju Perfect Italiano Parmesan (serbuk)
4-5 biji buah zaitun (dalam botol) | dihiris
½ biji bawang holland | dihiris
Daun basil segar secukupnya | dicincang kasar
Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
BREAD PIZZA BREAKFAST
BAHAN-BAHAN:
Roti putih/serat
4 tbsp pes tomato
4 batang sosej – hiris serong
4-8 biji tomato ceri – dibelah dua
1 labu bawang besar
1/2 cawan daun basil
1 tsp italian herbs
lada hitam secukupnya
garam secukupnya
2 biji telur
keju mozarella secukupnya
MINI PIZZA PANKEK
BAHAN-BAHAN A:
1 cawan tepung gadum
1 sudu kecil serbuk panaik
1/2 sudu kecil gula
1 1/2 suudu kecil AJI-SHIO Lada Berperisa
1 biji telur
3/4 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar mentega – dicairkan
BAHAN-BAHAN B:
Secukupnya minyak masak
Sedikit cendawan butang – dihiris
Sedikit sosej – dihiris
Sedikit lada bengala – dipotong
Sedikit tomato ceri – dipotong
BAHAN-BAHAN C:
Sedikit sos cili
Sedikit mayones
Sedikit keju mozarella
Cara penyediaan boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
PIZZA ROTI CANAI BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping roti canai segera
2 batang sosej | dihiris
1 labu bawang besar | potong bulat
1 biji tomato | dihiris
1 biji cili benggala | dihiris
Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya
Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya
Anchor Unsalted Butter secukupnya
Sos piza secukupnya
Garam dan lada sulah secukupnya
Cara memasak boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
PIZZA CONES BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
150gm sos pasta
50gm isi jagung manis
50gm bawang besar
60gm keju cheddar
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
40gm lada benggala hijau
Kepingan roti
Air
Keju mozarella
Cara penyediaan boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masakan Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia.
Jom cuba pula resipi kepak ayam panggang ayam Thai ni.
KEPAK AYAM PANGGANG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
10 ketul kepak ayam
4 sudu makan sos Thai
3 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan minyak bijan
6 biji bawang putih | cincang halus
4 cm halia | cincang halus
4 helai daun limau purut | hiris halus
1 sudu makan gula atau secukup rasa
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk cili Thai
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaul kepak ayam dengan kesemua bahan dan perap semalaman simpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih optimum.
Untuk memasak ayam, susun ayam di dalam loyang pembakar serta sapukan sedikit sos perap pada kepak ayam. Bakarlah di dalam ketuhar selama 30-45 minit menggunakan api atas bawah. Masaklah lebihan sos perap di dalam kuali sehingga agak pekat. Bolehlah ditambahkan sos cili Thai dan sos ikan jika perlu.
Dari masa ke semasa lebih kurang 15 minit, sapukan sos tersebut pada kepak ayam agar kepak masak cantik dan berkilat serta menambah perisa pada kepak ayam.
Sedia dinikmati panas.
Info chef: Garam tidak perlu masukkan kerana pelbagai jenis sos sudah ada rasa masin.
Teringin makan samosa tetapi tak tau macam mana nak buat? Kami kongsikan cara buat samosa menggunakan kulit popia yang cukup mudah. Jika anda ikut step-by-step ini, gerenti jadi. Boleh juga buat lebih dan frozenkan. Bila nak makan, boleh terus goreng sahaja. Boleh juga dijual kepada rakan-rakan sebagai pendapatan tambahan.
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
2. Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
3. Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
4. Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan. Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi, kemaskan lipatan dengan menyapu sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
5. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng samosa hingga kuning keperangan.
6. Siap.
Jika anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.
Potato Egg Melt ialah sarapan sihat dan rendah kalori yang mudah disediakan, mengenyangkan dan sedap. Ketahui manfaat, nutrisi dan cara membuatnya untuk rutin harian yang lebih sihat.