Nasi Berlauk Kelantan, selain gulai ikan, ada juga yang gemarkan gulai ayam. Nasi panas, gulai, sambal dan timun. Cukup lengkap untuk sajian makan pagi yang enak. Bagi yang dah lama tak makan nasi berlauk gulai ayam atau ada yang baru nak cuba, resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang paling mudah.
GULAI AYAM KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
5-6 ketul ayam – basuh dengan tepung gandum dan bilas bersih
1/2 batang kulit kayu manis
3 biji buah palaga
3 biji bunga lawang
1 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk kerutuk – boleh abaikan
3/4 gelas air asam jawa ( secubit asam jawa + ¾ cawan air)
1 1/4 sudu makan garam
1 sudu makan gula putih
1 1/2 sudu makan gula perang
Sedikit perasa
1/4 cawan kecil santan kotak
1/3 gelas air
1 sudu makan kerisik
BAHAN PES GULAI ( KISAR LUMAT):
3-4 biji bawang merah ( sebesar syiling 20 sen)
1 ulas bawang putih
1 hiris nipis lengkuas
1 hiris halia
3 hirisan serai
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga garing.
2. Seterusnya masukkan 1 sudu makan cili kering kisar. Biar semua bahan masak sebati.
Ads
3. Masukkan serbuk kari. Kacau rata. Tambahkan 1 sudu makan serbuk kerutuk untuk rasa gulai yang lebih sedap. Jika tiada, boleh abaikan. Tuang air asam jawa. Kacau lagi dan tunggu pes hingga pecah minyak.
4. Setelah pecah minyak, masukkan 1/4 sudu makan garam, 1/2 sudu makan gula putih, 1/2 sudu makan gula perang dan sedikit perasa (rasa pada peringkat awal). Kacau rata. Masukkan ayam.
5. Balik-balikkan biar sebati dengan pes. Guna senduk kayu supaya isi ayam tak hancur. Tutup periuk dengan tudungnya dan biar mereneh selama 20 minit.
6. Seterusnya masukkan baki gula perang, gula putih, garam dan 1/2 sudu teh serbuk perasa. Kacau rata. Kuantiti boleh diubah ikut citarasa.
Ads
7. Masukkan santan kotak. Jangan terlebih nanti akan mengganggu warna dan rasa gulai. Masukkan juga 1/3 gelas air. Namun jika air waktu mereneh ayam tadi masih banyak, kurangkan jumlah air yang dimasukkan.
8. Akhir sekali, masukkan kerisik. Ia bertujuan untuk menyedapkan lagi rasa gulai.
9. Bila gulai dah mendidih dan rasa dah cukup, boleh padamkan api dan hidangkan.
Ads
10. Hidangkan bersama nasi panas, sambal dan hirisan timun.
Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.
Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.
SUP AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.
Suka makan Sup Ayam? Jom cuba resipi yang diolah sedikit dari Sup Ayam biasa tetapi dijamin lebih sedap dan memikat selera ramai terutamanya anak-anak yang kurang suka makan isi ayam. Sup Ayam Bungkus ini juga menggunakan campuran pelbagai bahan-bahan masak yang lain seperti fucuk, daun bawang dan dinikmati bersama sos. Wah…macam Yong Tau Foo pun ye juga kan? Tapi yang pasti, memang sedaplah. Saudari Khazariah Khada Ibrahim kongsikan resipinya. Jom cuba.
RESIPI SUP AYAM BUNGKUS YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 keping fucuk lembut dipotong ikut suka dan di lap kedua-dua permukaan dengan kain basah – beli online disini
Sedapnya Ayam Goreng Cabe Ijo ni. Bagi anda yang gemar makan lauk pedas, resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini antara yang boleh dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Sesuai anda masak hari ini untuk sajian kelurga. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM GORENG CABE IJO SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
9 ketul ayam
4 biji cili hijau
12 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji tomato – belah 4
Daun limau purut
1 sudu teh serbuk belacan – beli online disini
Serbuk perasa secukupnya
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
CARA MEMASAK
1. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi hijau, cili hijau dan tomato. Masak sehingga sedikit layu.
3. Kemudian angkat dan kisar kasar bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga daun limau purut. Masak hingga pecah minyak dan sedikit kering.
5. Kemudian masukkan serbuk belacan dan juga serbuk perasa. Gaul.
6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga bersalut rata.
7. Angkat dan Ayam Masak Cabe Ijo sedia untuk dinikmati.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!