Pernah makan dan rasa Teresek Kacang Panjang? Masakan ini popular di Kelantan, lauk rewang yang selalu disajikan semasa rewang kenduri kahwin. Menu ini memang menyelerakan makan beramai walaupun bahannya hanya kacang panjang dengan leher, kepak, kaki, hati dan pedal ayam yang tidak digunakan untuk lauk pauk hari kenduri. Sayang menu ini seperti dilupakan kerana kebanyakan majlis kahwin lauk pauk disediakan oleh katering bukan lagi secara rewang.
Sedap sangat sarapan dengan roti bawang putih bersama sup cendawan. Kalau nak puas makan, eloklah cuba buat sendiri. RASA kongsikan resipi sup cendawan yang mudah nak dibuat.
SUP CENDAWAN
BAHAN-BAHAN
2 cawan air
2 ulas bwg putih (dicencang halus)
8 biji cendawan butang (dicencang kecil)
1 kiub stock ayam
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sikit air)
300 ml susu cair atau susu segar
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun parsli atau oregano (tak ada pun tak apa)
CARA MEMBUAT
1. Didihkan air dan masukkan bawang putih, cendawan butang dan stock ayam.
2. Masukkan larutan tepung jagung. Kacau. Kemudian masukkan susu cair atau susu segar.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
4. Sebelum tutup api, masukkan daun parsli atau oregano. Siap.
Menu Ayam Masak Bawang ni nampak sedap dan menyelerakan. Menerusi perkongsian saudara Mohd Rozmie beliau menunjukkan cara-cara memasak hidangan ini. Katanya menu ini adalah menu kegemaran kalau ke kedai mamak. Memang tak cukup seketul. Bau aroma rempah yang meresap ke dalam isi ayam tu buatkan selera bertambah. Sebab tu berderet orang beratur kat kedai mamak. Jadi beliau kongsikan resipi Ayam Masak Bawang stail mamak yang anda cuba masak sendiri di rumah. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Cuci bersih isi ayam dan masukkan bahan perapan. Jumlahnya ikut citarasa. Gaul rata dan perap selama 20-30 minit.
2. Rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan.
3. Panaskan minyak goreng dulu bawang yang telah dimayang sehingga sedikit keperangan. Jangan sampai hangit pula.
4. Bila bawang dah sedikit keperangan macam ni, angkat dan ketepikan dulu.
5. Guna minyak goreng bawang tadi, goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
6. Ketepikan dulu ayam yang telah digoreng tadi.
7. Ambil minyak goreng ayam tadi, tumis rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan.
8. Kemudian masukkan pes bawang dan halia tadi. Kacau sebati.
9. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kari dan serbuk cili. Kacau lagi.
10. Masukkan bahan sos. Kacau lagi bagi sebati dan pecah minyak.Masa ni bau aroma rempah ni akan harum semerbak.
11. Masa ni kena rajin kacau supaya rempah tak hangit. Jika kering masukkan sedikit air dan kacau lagi. Nampak kering, masukkan lagi sedikit air kacau lagi. Ulang 4 atau 5 kali.Tujuannya supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok nanti makan tak sedap.
12. Bila rempah sudah masak elok, tambah 2 atau 3 cawan air biar berkuah pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing). Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
13. Bila perasa kuah sudah cukup, masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati.
14. Taburkan bawang goreng tadi dan gaul sebati lagi.
15. Bila sudah sebati dan meresap rempah ke dalam ayam, terus tutup api. 16. Ayam Masak Bawang yang selalu ‘top sale’ dekat kedai mamak sedia untuk dinikmati. Enak dimakan dengan nasi panas dan sayur kubis goreng.
Sedar tak sedar kita sudah di pertengahan bulan Syawal. Lauk pauk raya rasanya dah puas makan segala rendang, lontang,nasi impit. Kalau boleh tekak terasa nak makan lauk yang simple seperti yang bergoreng dan singgang.
Menu yang dikongsi oleh Kak Yan pastinya menjadi kegemaran ramai. Apa taknya campak campak siap malah dijamin sedap. Ikan bilis goreng garing dan dimasak bersama belimbing buluh.Huh, memang sedap tak terkata. Makan dengan nasi putih dan memang tak payah lauk lain. Makan bertambah-tambah nanti.
Ikan Bilis Goreng Belimbing Buluh Bahan-bahan:
300gm ikan bilis
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 biji cili merah (dipotong pendek)
5 biji cili padi merah atau hijau (dipotong pendek)
2 sudu besar kicap ciar
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar sos tiram
2 genggam belimbing buluh
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2.Tinggalkan dalam tiga sudu besar minyak dan masukkkan bawang putih. Masak sehingga perang.
3.Masukkan cili merah dan cili padi, sos tiram, kicap cair, serbuk lada sulah,gula dan belimbing buluh.
4.Kacau rata dan kemudian masukkan ikan bilis.
5.Akhir sekali ,perasakan dengan garam.
Bosan nak berbaris di kedai, boleh jer beli barang elektrik dengan tawaran murah ini. Jom layari https://invol.co/cloomx
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...