Garlic Prawn atau Udang Bawang Putih ni memang sedap. Hidangan sebegini biasanya dinikmati di restoran. Namun kalau nak masak sendiri di rumah, apa salahnya. Tak susah pun malah bahan-bahannya juga mudah didapati. Saudari Liza Idris ada kongsikan cara-caranya. Cukup mudah dan kelihatan sangat membuka selera. Jom cuba!
CARA MASAK GARLIC PRAWN / UDANG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN: 15 ekor udang galah – guna udang kelabu @ laut pun boleh 7 ulas bawang putih – dicincang halus – beli online disini 1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini 3 sudu cili flakes / emping cili – beli online disini Buttercup @ minyak masak – beli online disini Garam dan gula secukup rasa Daun sup dan daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali dan masuk buttercup. Cairkan. Jika tiada, boleh guna minyak masak.
2. Masukkan udang yang telah dibersihkan dan goreng.
3. Balik-balikkan udang dan goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Ads
4. Dengan mengguna marjerin yang sama, goreng bawang putih sampai garing. Angkat dan ketepikan juga.
5. Rupa bawang putih yang telah digoreng.
6. Kemudian tumis pula bawang besar.
7. Bila bawang sudah layu, boleh masukkan udang yang telah digoreng awal tadi.
8. Tambahkan emping cili.
Ads
9. Gaul mesra hingga bersalut dengan udang tadi.
10. Masuk juga bawang putih yang digoreng tadi. Gaul lagi hingga mesra.
11. Perasakan dengan garam dan gula ikut cita rasa masing-masing.
12. Akhir sekali tabur hirisan daun sup dan juga daun bawang.
Ayam masak apa pun tetap sedap . Dalam sajian barat pun ada macam-macam idea juadah yang dibuat berasaskan ayam.
Ni min kongsikan tiga idea sajian barat dari Chef Mohd Zamri yang juga pensyarah di Taylor’s University.
Tengok rupa pun dah meleleh air liur dibuatnya, gerenti lazat. Cubalah nanti ya.
BEGEDIL AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
Bahan begedil :
100gm isi ayam ayam | dicincang
4 biji ubi kentang | dipotong dan rebus hingga empuk
100gm serbuk keju Parmesan
5 ulas bawang putih | dicincang kasar dan digoreng hingga kuning
80gm keju ‘gruyere’ | dipotong dadu
½ sudu teh serbuk perasa
50gm tepung gandum
2 biji telur | dipukul sedikit
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan Sos :
80gm tepung keju segera
150ml air panas
CARA MEMASAK:
Cara membuat begedil:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masakkan ayam bersama garam dan lada sulah hingga kering.
2. Ubi kentang yang telah dimasak dilenyek halus dalam satu bekas.
3. Kemudian masukkan ayam ke dalam ubi kentang, keju parmesan dan bawang putih goreng.
4. Masukkan sedikit tepung, serbuk ketumbar dan serbuk perasa.
5. Gaulkan hingga sebati.
6. Bentukkan bulat, masukkan keju gruyere yang dipotong dadu dan tekan rata sedikit, taburkan sedikit tepung dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
7. Panaskan kuali dan goreng sehingga kuning keemasan.
8. Hidangkan begedil dimakan bersama sos keju dan sos cili Thai.
Cara membuat sos keju segera :
1. Gaulkan serbuk keju segera bersama air panas.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 50 minit
Cara memasak : Menggoreng
Jenis masakan : Sajian asia fusion
Keistimewaan : Sajian ringkas dan cepat dimasak lagi dan mengenyangkan
INFO CHEF : Hati-hati bila menambah tepung ke dalam begedil kerana jika terlebih akan menyebabkan begedil menjadi keras.
CASSEROLE CHICKEN WITH ZUCCHINI & SPINACH
BAHAN-BAHAN :
4 bahagian kaki ayam | telah dibuang tulang
50gm daun bayam | direbus hingga masak
60gm zucchini | dipotong nipis
100gm bawang Holland | dicincang
30gm bawang putih | dicincang halus
350gm krim masakan
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Cara membuat Casserole Ayam:
1. Ayam diperap dengan garam dan lada sulah
2. Bakar atas kuali dengan sedikit minyak untuk dapatkan warna kuning keemasan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang Holland dan bawang putih dan masukkan krim masakan.
4. Masukkan keju parmesan sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga pekat. Ketepikan sos keju ini sebentar.
5. Masukkan ayam yang sudah dibakar tadi dalam mangkuk casserole bersama zucchini dan bayam yang telah direbus.
6. Ambil sos keju dan taburkan sos keju di atas ayam dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit.
7. Boleh dihidangkan semasa panas.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 40 minit
Cara memasak : Bakar dalam ketuhar
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian ini sesuai untuk makan malam
INFO CHEF : Usah membuat sos yang terlalu pekat kerana ia menenggelamkan keenakan rasa bayam dalam ayam.
HONEY LEMON CHICKEN
BAHAN-BAHAN :
Bahan honey lemon :
70gm madu
300gm jus lemon
70gm sos plum
20gm tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan ayam :
4 ketul drumstick ayam
4 keping kepak ayam
½ labu bawang Holland | dicincang halus
2 ulas bawang putih | dicincang halus
80gm tepung jagung | campur dengan sedikit air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: Cara membuat sos honey lemon:
1. Masak jus lemon, sos plum dan madu sehingga pekat dalam periuk.
2. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air.
3. Kacau adunan hingga sebati.
4. Biarkan adunan seketika untuk sejuk
Cara membuat honey lemon chicken:
1. Ayam dibasuh dan keringkan.
2. Gaulkan ayam dengan tepung jagung dan garam.
3. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan ayam, bawang putih dan garam.
3. Selepas itu masukkan sos honey lemon
4. Kacau hingga sos melekat pada ayam
5. Susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit
6. Setiap 6 minit salut ayam dengan sos dan bakar hingga kuning keemasan,
7. Hidangkan ketika panas bersama sos.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 45 minit
Cara memasak : Tumis dan Bakar
Jenis masakan : Sajian Asia
Keistimewaan : Sajian ayam bermadu yang masam manis.
INFO CHEF : Jika sos terlalu masam, campurkan lebih madu atau masukkan gula sehingga mendapat rasa yang diinginkan.
RESIPI : CHEF MOHD ZAMRI IDRIS, Pensyarah di Taylor’s University
Tajaan Pinggan Mangkuk : RUSLIZA MD DRUS
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidangan lauk berasaskan mangga yang terkenal apa lagi kalau bukan kerabu mangga. Kalau dah selalu sangat buat kerabu ini apa kata kita tukar selera.
Buat ayam mangga ataupun chicken mango. Rasa masam, manis dan pedas bersatu, memang kick. Makin enak sebab ayam goreng yang digaul rangup. Kalau nak cuba, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nora Syikin Azmi.
Cara buat chicken mango
Bahan untuk ayam
Isi ayam bahagian paha/dada
Tepung goreng/ tepung serbaguna
Bawang putih (dihancurkan)
Serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih selama 20 minit.
2. Selepas 20 minit pecahkan telur dalam mangkuk perapan isi ayam dan gaul.
3. Masukkan tepung serba guna dalam bekas berasingan dan gaul hingga menyelaputi semua bahagian.
4. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry hingga kekuningan.
Bahan untuk kerabu
Mangga muda, lobak merah, daun ketumbar, bawang besar- hiris memanjang kesemuanya.
Sos plum
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Jus limau nipis
Cara membuat
Campurkan semua sos bersama gula dan jus limau kemudian didihkan atas api. Tambahkan air panas kalau terlalu pekat (sukatan agak-agak saja). Tutup api bila sudah mendidih.
2. Potong ayam yang siap digoreng tadi dan gaul bersama mangga, lobak, daun ketumbar dan bawang.
3. Kemudian tuang sos di atasnya, boleh gaul dan tabur cili padi. Siap!
Peminat mi goreng basah menyukai kerana seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Mi goreng basah kalau tidak kena dengan cara dan bahan boleh dapat hasil yang tawar serta mi yang kembang.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning-dibilas dan tos
10 ekor sotong-dibersihkan potong dan tos
1 paket Fish ball-dibersihkan potong dan tos
1 ikat sayur sawi jepun-dibersihkan, potong dan tos
1 biji tomato-dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu hesar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mi
1 cawan kecil air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TUMBUK
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
INFO:
Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!