
Sedap makan donut kan? Lagi-lagi kalau donut tu gebu je. Ramai yang teringin buat donut gebu. Namun ada kala impian tak jadi kenyataan. RASA kongsikan tip untuk buat donut jadi gebu secara mudah. Dah tahu rahsia, senanglah nak buat, kan?
DONAT GEBU
.
BAHAN-BAHAN
500 gram tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
Setengah cawan air sejuk yang ada ais.
BAHAN RAHSIA PELEMBUT DONUT
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air masak
*Masak tepung gandum dalam air di atas kuali dengan api yang kecil sampai likat.
BAHAN BANCUHAN YIS
1/2 peket yis
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar gula
*Bancuhkan yis, gula, susu pekat manis ke dalam setengah cawan air masak. Kacau dan tutup. Tunggu sehingga berbuih.
CARA MEMBUAT DONUT
1. Masukkan tepung gandum, minyak masak, garam ke dalam bekas. Gaulkan.
2. Masukkan pula tepung yang dimasak di atas kuali. Gaul lagi.
3. Masukkan bancuhan yis sikit demi sedikit.
4. Akhir sekali masukkan air ais sedikit demi sedikit. Uli sampai tidak lekat di tangan. Jika lembik tambahkan tepung.
NOTA
Uli sampai licin dalam tempoh 15 minit. Tutup doh dengan pinggan atau kain basah selama 30 minit. Bentukkan dengan apa-apa bentuk yang anda suka. Misalnya buat bentuk ring dan bentuk jalin.
TIP DONUT GEBU
– Bulatkan donat macam nak buat pau tu.
– Rehatkan di dulang selama 10 minit.
– Kemudian, menggunakan jari telunjuk, tekan di tengah donat.
– Rehatkan lagi selama 15 minit dan baru goreng.
Resipi oleh Sue Syafieqa Balqis dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Jus Thai Ni Sedap Gila, Rugi Tak Cuba!

Selain masakan, Thai juga mempunyai pelbagai jenis minuman yang menjadi viral dan ternyata sedap dan sihat. Alahai sedapnya kalau dapat menyedut jus sejuk dan segar hasil air tangan sendiri, terjamin bersih. Kalau teringin nak buat, ini ada empat jenis minuman yang boleh anda cuba buat ye…
JUS BUAH-BUAHAN CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji Epal
- 1 biji Belimbing
- 2 potong tembikai
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Potong dadu buah-buahan dan masukkan dalam mesin pengisar.
- Kisar hingga halus.
- Hidangkan bersama ais.
JUS AVOKADO
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah Avokadi
- 1 skop ais krim coconut
- 50ml susu segar
- 1 sudu teh gula
- Sedikit ais
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
- Kisar hingga lembut.
- Sedia dihidangkan
KOPI AIS THAI
BAHAN-BAHAN:
- 50gm serbuk kopi thai
- 250ml air
- 25ml susu pekat
- 10ml susu cair
CARA MEMASAK:
- Rebus serbuk kopi Thai selama 15 minit
- Kemudian tapis ke dalam gelas.
- Masukkan susu pekat dan susu cair, Kacau rata.
- Hidangkan bersama ais.
JUS SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 5 batang serai
- 5 gelas air
- 5-6 sudu makan gula pasir
- Daun pudina
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam jug bersama gula, kacau hingga gula larut.
- Titik serai, kemudian masukkan dalam air untuk memberikan rasa dan aroma.
- Masukkan ais, sebatang serai titik dalam gelas.
- Tuang jus serai dan hias dengan daun pudina.
- Sedia dihidankan.
Gulai Ayam Minang Memang Enak, Ini Cara Kalau Nak Masak Sendiri

Isi Kandungan
ToggleGulai ayam Minang antara lauk yang kita biasa kita ambil bila menjamu selera di restoren ini. Kuah lemak kuning yang pekat dengan aroma daun limau purut menjadikan ia cukup enak bila digaul dengan nasi.
Jika terasa ingin menikmatinya di rumah boleh juga buat sendiri, caranya dikongsi oleh Makcik Ratu.
Cara buat gulai ayam Minang
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong
2 batang serai diketuk
3 ruas jari lengkuas -diketuk
5 helai daun limau purut -diramas
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
2 biji kentang -dibelah
1 kotak kecul santan
Garam, serbuk perasa
Bahan kisar
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili merah (ikut citarasa)
2 ruas jari halia
3 ruas jari kunyit hidup
3 biji buah keras – bakar atau sangai dulu
1 batang serai
Cara membuat
1. Ayam digaul dengan kunyit dipotong bakar dulu ayam sampai masak dalam airfryer.
2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga wangi, kemudian masukkan lengkuas, serai yang diketuk, daun limau, daun kunyit, asam keeping dan kentang.
3. Bila kentang empuk masukkan ayam dan tambah santan. Gaul sebati.
4. Masukkan garam, dan serbuk perasa. Masak hingga gulai terbit minyak. Boleh juga masukkan tomato ceri.
Resipi: Makcik Ratu
Artikel berkait: Gulai Ayam Kelate, Sekali Makan Mesti Nak Repeat
8 Resipi Bihun Goreng Mudah, Cepat & Sedap!

Isi Kandungan
ToggleBihun goreng hidangan simple dan mudah untuk dimasak sebagai hidangan sarapan atau minum petang. Masak bihun mungkin nampak mudah, tapi kalau tak cukup bahan boleh jadi hambar rasanya. RASA himpunkan lapan resipi bihun untuk anda cuba setiap satunya mempunyai cara yang berbeza. Jangan lupa untuk cuba semuanya!
BIHUN GORENG KICAP SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
- 400gm bihun
- Tauge
- Lobak merah – hiris
- 1 biji bawang besar – hiris
- 6 ulas bawang putih – diketuk
- 3 biji telur
- Sotong secukupnya
- Udang secukupnya
- Serbuk perasa
- Garam jika perlu
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
- 8 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini
- 3 sudu makan kicap pekat – beli online disini
- 3 sudu makan sos tiram – beli online disini
- 3 sudu makan sos tomato – beli online disini
- 3 sudu makan sos cili – beli online disini
- 2 sudu makan sos ikan – beli online disini
(sukatan bahan boleh ubah ikut cita rasa masing-masing. Boleh tambah cili kisar jika mahu)
CARA MEMASAK
1. Rendam bihun sehingga agak lembut kemudian,toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Goreng telur dan jadikan telur hancur. Apabila sudah sedikit garing, angkat dan ketepikan.
- Dengan mengunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga keperangan.
- Masukkan kesemua bahan-bahan sos dan serbuk perasa. Gaul sebati.
- Setelah itu, masukkan udang dan sotong. Masak seketika.
- Akhir sekali masukkan bihun yang telah ditoskan tadi, lobak merah dan tauge. Gaul sehingg rata dan semua bahan masak sempurna.
- Bihun Goreng Kicap Seafood siap untuk dihidang.
Bihun Goreng ‘Kosong’ Tetap Sedap
Bahan-Bahan (untuk 2-3 orang makan):
300 gram bihun (rendam dengan air panas, toskan) – boleh beli online di sini
1 paket perencah bihun goreng
1 kiub pati ayam – boleh beli online di sini
2 biji bawang merah – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
Sedikit sos tomato
1-2 sudu makan kicap manis – boleh beli online di sini
Sedikit mushroom seasoning – boleh beli online di sini
Air
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kiub ayam. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi.
- Masukkan pula pes bihun goreng dan kacau sebati.
4.Tambah sedikit air. Biar ia menggelegak sekejap. Bolehlah masukkan bihun yang ditoskan tadi.
5.Tambah sos tomato, mushroom seasoning dan kicap manis. Tak perlu masukkan garam sebab dah ada stok ayam dan kicap. Gaul sebati. Tambah air lagi untuk melembutkan bihun (jika perlu).
6.Masak hingga bihun kering.Bolehlah angkat.
BIHUN GORENG CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
100gram Bihun 9untuk 2 orang makan) – rendam seketika dengan air sejuk
1 keping fish cake – hiris nipis
1 sudu makan cili boh
7 biji cili merah – hiris
1-2 sudu makan sos ikan
Sedikit daun kucai – hiris kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tomato
Sedikit sawi – potong halus
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan Kisar:
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
6 biji cendawan Shiitake kering (saiz kecil) – rendam dengan air panas
CARA MEMASAK BIHUN GORENG:
1.Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.
- Masukkan pula cili boh dan tumis lagi hingga terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan hirisan fish cake
- Setelah itu masukkan batang sawi dan sos tomato. Gaul sebati. Setelah itu masukkan sos ikan.
- Kemudian, masukkan pula kicap cair dan bihun yang telah direndam dengan air sejuk tadi. Gaul sekata. Tambah air lagi jika perlu.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah daun sawi dan daun kucai. Gaul lagi hingga bihun makin kering.
- Siap! Mudah je kan? Jangan lupa cuba tau! Kalau suka pedas, tambah hirisan cili padi. Gaul sebati.
BIHUN GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
½ bungkus bihun – direndam hingga lembut & toskan – beli online disini
2 1/2 biji bawang besar holland – dihiris dadu – beli online disini
10 ekor udang
Lobak merah – hiris (optional)
Kubis – dihiris (optional)
1 sudu makan sos ikan – beli online disini
3 sudu makan cili kisar – beli online disini
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
2 sudu makan sos tomato – beli online disini
4 biji cili merah – dihiris
BAHAN TUMBUK:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan ikan bilis – beli online disini
BAHAN HIASAN:
Daun bawang – dihiris
Bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland.
2. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk.
3. Masukkan pula cili kisar dan udang.
4. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air dan kacau.
5. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. Sebatikan.
6. Perisakan terlebih dahulu dan barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan.
7. Kacau hingga sebati dan rata kemudian masukkan pula sayur.
8. Apabila bihun sudah kering dan masak, bolehlah dimasukkan hirisan cili.
9. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng & daun bawang.
Kredit resipi & foto: Adilah Razak
BIHUN GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun – rendam – beli online disini
Udang secukupnya
4 biji telur
Lobak merah – hiris
Daun sup secukupnya
1 sudu makan cukup rasa
BAHAN RENCAH:
Cili padi hijau
Bawang besar
Bawang putih
1 genggam ikan bilis – beli online disini
(jumlah ikut selera masing-masing)
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili padi hijau, bawang besar, bawang putih & segengam ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai sedikit garing.
- Bila rencah sudah garing, masukkan udang. Selain udang, boleh juga guna isi ayam atau sotong. Boleh juga tambah fishcake jika suka. Sesuaikan ikut selera.
- Gaul rata udang bersama bahan tumis tadi.
- Ketepikan udang ke sisi kuali, masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak sedikit.
- Hancurkan sedikit telur tadi kemudian gaul rata bahan-bahannya.
- Seterusnya masukkan hirisan lobak merah. Gaul rata semua bahan-bahan.
- Masukkan bihun. Gaul rata hingga bercampur.
- Akhir sekali, tabur hirisan daun sup. Gaul rata dan biarkan seketika hingga berwap.
- Bihun Goreng Cili Padi sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Har Ryea
RESIPI BIHUN GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
Bihun (1 kampit)
1 sudu besar bawang putih (dikisar) – beli online
2 1/2 sudu besar bawang besar
3-4 sudu besar cili kisar – beli online
2 sudu besar sos tiram – beli online
3 sudu besar sos cili- beli online
3 sudu besar sos tomato – beli online
Pes tomyam – beli online
Daun limau purut
2 batang serai
Minyak masak – beli online
Isi ayam
Sawi
Kubis
Tomato
Putik jagung (jika suka)
*1 cawan air
UNTUK HIASAN:
Hirisan daun ketumbar
Telur dadar (diracik halus)
CARA MEMBUAT:
1.Tumis bawang dan serai dalam dua batang.
- Masukkan cili kisar dalam 3-4 sudu penuh.Kemudian tumis sampai pecah minyak. Masukkan sos tiram 2 sudu, sos cili 3 sudu dan sos tomato 3 sudu.
- Masukkan isi ayam.
- Masukkan pes tomyam dalam 2-3 sudu besar. Kemudian masukkan gula 2 sudu besar. Rasa bihun tomyam ni memang kena balancekan rasa pedas manis masam.
- Masukkan satu cawan air. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan bihun. Bihun rendam terlebih dahulu. Jangan rendam lama. Rendam dalam 15 minit kemudian toskan. Pastikan bihun ni terendam dengan kuah tadi, tapi jangan terlalu terhapus bihun tu.
- Masukkan sayur-sayuran, dan daun limau purut.
- Kacau rata. Siap. Jangan lupa tabur hirisan daun ketumbar dan telur dadar yang diracik halus. Hidangkan.
Sumber kredit: Syahirah Omar
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
1 kampit bihun (400 gm)
BAHAN UNTUK DIKISAR:
3 hingga 4 biji bawang merah
5 hingga 6 biji bawang putih –BELI ONLINE
1 sudu kecil lada hitam – BELI ONLINE
2 sudu makan udang kering
2 inci halia – BELI ONLINE
Cili merah untuk hiasan (dihiris nipis)
CARA MEMBUAT:
- Kisar lumat bahan untuk kisar.
- Buang kulit udang. Ketepikan.
- Rendam bihun supaya lembut.
- Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan minyak sehingga menjadi keemasan/brown.
- Perasakan dengam gula, garam dan serbuk perasa.
- Masukkan udang yang telah siap dibuang kulitnya.
- Masukkan bihun yang sudah ditoskan.
- Masukkan daun kucai dan serikan dengan cili merah. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Habeebah Md Daud
CHAR MEEHOON SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Bihun (untuk seorang makan) – direndam @ dicelur – beli online disini
1 biji telur
1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak – beli online disini
4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel, kicap manis)
Sedikit daun kucai – hiris
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit kubis
1-2 ulas bawang putih – cincang
Udang secukupnya
Sedikit fishcake
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak.
- Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata.
- Masukkan cili boh masak. Sebatikan.
- Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Bubur Ayam Penuh Menyelerakan. Makan Kosong Pun Ngam!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official