Tercari-cari resipi kuah Bakso yang sedap? Resipi perkongsian saudari Ekynn Aziz ni antara yang boleh dicuba. Menurut beliau resipi ini diperolehi ‘original’ dari orang Indonesiasendiri. Wow…Berbaloi cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK BAKSO INDONESIA (SAIZ 10 ORANG)
BAHAN-BAHAN:
Tulang daging RM10
Bebola daging segera ( boleh guna jenama mohd armiya @ ramly)
2 biji bawang merah – hiris
2 batang serai – titik (jika tak mahu letak, abaikan)
1 helai daun pandan (jika tak mahu letak, abaikan)
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat Sambal Cili Kicap, rebus cili padi dan bawang putih hingga lembut. Kemudian tumbuk halus. 2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Adun sebati. Ketepikan. 3. Untuk kuah Bakso, rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama rebus lagi sedap. 4. Dalam kuali berlainan, tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai yang telah dititik. 5. Bila sudah naik bau, tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Masukkan juga bebola daging. 6. Perasakan dengan garam dan aji atau cukup rasa dengan secukupnya. 7. Rebus sup hingga bebola daging timbul. Bila bebola daging timbul maknanya kuah dah masak.
Ads
8. Kuah Bakso siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan dengan bihun dan kuetiau.
9. Boleh dinikmati bersama cili kicap untuk rasa lebih enak.
Linguine Vongole ( pasta linguine bersama sos kepah). Kalau dekat oversea, sajian asalnya menggunakan arak (wine). Resipi ni dan diolah menggunakan bahan-bahan halal. Jadi, penggemar pasta bolehlah cuba.
LINGUINE VONGOLE
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta linguine
500gm kepah | dibersihkan
1/2 cawan air
1/2 sudu teh daun parsli | dicincang
1/2 sudu teh emping cili
4 sudu makan minyak zaitun
10 ulas bawang putih | dihiris halus
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus pasta linguine mengikut aturan yang tertera pada paket. Setelah masak, tos air dan ketepikan seketika.
Panaskan minyak zaitun dan tumis hirisan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan kepah. Tumis lagi sehingga kepah separuh masak. Masukkan air dan biarkan mendidih dan kepah kelihatan masak sepenuhnya.
Masukkan pasta linguine diikuti garam, serbuk lada hitam, daun parsli cincang dan emping cili dengan secukup rasa. Gaul hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Pastikan kepah betul-betul masak sebelum digaul bersama pasta.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sana sini ramai yang up di facebook mengenai pengalaman masing-masing makan oden. Kebanyakan oden memang pedas dan menyengat rasanya. Orang kata, lagi pedas, lagi sedap. Jadi kalau korang buat sendiri, bolehlah masak ikut tahap kepedasan yang korang taham. Nah, min belanja resipinya.
ODEN
BAHAN-BAHAN
• Air secukupnya
• 2 pes asam pedas
• 2 perencah tomyam
• Sedikit gula melaka
• Garam
• Sepeket steamboat mix
• 1 peket sosej
• Mi (mihun, mi kuning, mi segera, kuetiau)
CARA MEMBUAT
1. Masukkan air (agak jangan cair sangat, jangan pekat sangat).
2. Masukkan pes asam pedas dan pes tomyam.
3. Masukkan gula melaka dan garam.
4. Tunggu kuah menggelegak. Masukkan steamboat dan sosej.
5. Akhir sekali masukkan mi ikut cita rasa anda.
* Kalau hendak kurangkan pedas, boleh kurangkan jumlah pes asam pedas dan tomyam.
Selain lauk rendang dan sajian daging di Hari Raya Aidilfitri, petangnya pula dapat ‘mengadap’ laksa hmmm memang padu. Setiap negeri ada keunikannya, kalau nak tahu apa beza dan istimewanya laksa dari 3 negeri ni , kenalah cuba kan.
Senarai bahan agak panjang, tapi murah dan senang didapati. Walaupun sedikit berbeza ramuan setiap negeri, tetapi keenakannya tetap sama .
1. LAKSA PAHANG ‘SPECIAL’
BAHAN-BAHAN :
2 paket spageti @ mi laksa | direbus masukkan sedikit garam dan tos
BAHAN A :
1kg ikan tenggiri | dibersihkan dan direbus
BAHAN B :
200 gram isi ikan masin kurau | bakar dalam kuali sebentar
BAHAN DIKISAR C :
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
7.6 sm lengkuas
7.6 sm halia
25 tangkai cili kering | direbus sebelum dikisar (disangai sekejap dan dikisar halus):
2 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
2 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
2 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
3 cawan air
2 cawan santan cair
2 biji kelapa | ambil santan pekat 3 sudu makan kerisik 3-4 asam keping Garam secukup rasa Gula secukup rasa
BAHAN ULAM :
Tauge | dicelur sebentar dalam air panas
Daun kaduk | dihiris
Daun kunyit | dihiris
Kobis | dihiris
Daun kesum | dihiris
Daun selasih | dihiris
Bawang besar | dihiris nipis
Kacang panjang | dihiris
2 biji limau kasturi | diperah
Sambal belacan | cili kering ditumbuk dengan belacan dan air sedikit
BAHAN SAMBAL BELACAN:
2 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
Sebesar ibu jari belacan
1 sudu kecil garam halus
2 biji limau kasturi untuk perahan
Sedikit gula
CARA MEMASAK : Cara masak sambal belacan : 1. Boleh nak tumbuk atau masuk dalam blender kering. 2. Tumbuk dulu cili merah dan belacan. 3. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi Cara masak Kuah : 1. Rebuskan ikan tenggiri, dan air rebusan digunakan untuk kisar tulang dan juga isi ikan, asingkan isi dan tulang. 2. Kisar tulang dan tapiskan serta ambil airnya 3. Kemudian kisar pula isi ikan menggunakan air kisaran tulang tadi. Ketepikan bahan A ini. 4. Selepas ikan kurau masin dibakar dalam kuali, rendam ikan masin dalam air dan dikisar halus menggunakan air rendaman tadi. Buangkan kulit ikan kurau masin. Ketepikan bahan B ini. 5. Bahan C dikisar halus. 6. Campurkan bahan A,B, C masak hingga mendidih dengan api yang perlahan. 7. Setelah mendidih masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan kacau selalu. 8. Masukkan pula kerisik, asam keping, garam dan gula 9. Masak lama lebih kurang 7 jam hingga pecah minyak dan kacau selalu. 10. Tuangkan kuah atas spageti, dan letakkan bahan ulaman dan sambal belacan.
INFO: Anda boleh juga menggunakan mi laksa yang biasa selain spageti. Ikan selayang juga boleh digunakan selain ikan tenggiri.
2. LAKSA KUAH MERAH TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
BAHAN KUAH :
1500 ml santan pekat
10 ekor ikan kembong atau ikan selayang/ direbus, dibuang tulang dan kisar
4 sudu makan rempah kari ikan
3 sudu makan kerisik
2 sudu makan cili boh
3 biji bawang besar /dikisar
1 labu bawang putih /dikisar
2 sm halia /dikisar
4 sm lengkuas /dikisar
Sedikit serbuk kunyit
2 sm belacan / dikisar45 gm ikan bilis /dikisar
3 sudu makan udang kering /dikisar
2 ketul gula Melaka
3 sudu makan gula
4 keping asam keping
6 gelas air (220 ml satu gelas)
LAKSA: 1 kg laksa kering *Direbus hingga lembut dan toskan
BAHAN ULAM: (dihiris halus kecuali taugeh)
150 gm kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
100 gm taugeh
60 gm daun kemangi/selasih
200 gm kubis (jika suka)
BAHAN SAMBAL:
100 gm cili merah
20 gm belacan /dibakar
Garam secukup rasa
*Tumbuk sekali hingga lumat
CARA MEMASAK; 1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar bawang , belacan dan rempah kari ikan dan masukkan cili boh sehingga naik minyak. 2. Bila agak garing masukkan santan dan air. 3. Masukkan pula gula Melaka dan asam keeping. 4. Apabila hampir mendidih, masukkan ikan kembong/selayang, bilis dan udang kering yang dikisar tadi bersama gula dan garam secukup rasa. 5. Mendidih tutup api dan kuah siap dihidangkan bersama laksa, ulaman dan sambal belacan.
INFO : Laksa Terengganu ada dua jenis. Laksa kuah merah dan laksa kuah putih. Laksa kuah putih lebih rasa lemak, Laksa kuah merah bagi mereka yang sukakan rasa masam dan manis yang enak.
3. LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN :
400 gm satu paket spageti
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
Bahan A :
1 kg ikan kurau segar /direbus dan ambil isi
500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
3 keping ikan kurau masin
5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah
Bahan B :
8 keping asam gelugor
3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
1 sudu makan gula melaka
1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan
Bahan dikisar halus :
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 batang serai
4 sm halia
4 sm lengkuas
2 sm kunyit hidup
3 sm belacan
9 sudu makan biji ketumbar
3 sudu makan biji jintan putih
3 sudu makan jintan putih
2 biji buah keras
4 sudu makan kerisik
Bahan ulaman :
Limau kasturi/dipotong untuk diperah
Taugeh
Daun kesum atau daun selasih
Timun
Sambal belacan
Bawang besar /dipotong bulat
Kacang panjang
Lobak asin
CARA memasak : 1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan 2 .Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan. 3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi. 4 .Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata. 5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. 6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut. 7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat. 8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi. 9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan. 10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan Perahkan limau kasturi..
INFO : Laksa Johor agak mewah ia biasanya menggunakan ikan kurau dan ikan parang sahaja dan bukannya jenis ikan lain
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!