Dakgangjeong bermaksud ayam rangup manis (sweet crispy chicken) yang berasal dari Korea. Resipi ini diperlengkapkan dengan gochujang atau pes cili Korea. Namun pengguna facebook bernama Ilyana Isa ini telah mengolahnya menjadi satu resipi istimewa dengan cita rasa Melayu. Malah turut menarik minat anak-anak untuk menikmatinya.

Jadi, korang pun boleh cuba resipi ini untuk menambah selera anak-anak makan. Jom kita tengok resipi yang Ilyana kongsikan.

DAKGANGJEONG
(SWEET CRISPY CHICKEN)

Resipi Dakgangjeong, Menu Korea Cita Rasa Melayu

IKLAN

Bahan Ayam
Ayam bahagian kepak (potong 3)
Garam
Lada hitam
Tepung jagung
Tepung naik sendiri
Tepung beras

* kalau tiada tepung naik sendiri, boleh guna tepung biasa dan sedikit baking powder.

IKLAN

Cara membuat
1. Gaul kepak ayam dengan garam dan lada hitam. Salutkan dengan tepung. Genggam kemas ayam supaya tepung melekat pada ayam. Tepung tidak perlu dibancuh dengan air.
2. Goreng kepak ayam dengan minyak sederhana panas sehingga masak.
3. Toskan kepak ayam. Biarkan sekejap kepak ayam dalam 15 minit supaya jus ayam keluar sikit.
4. Goreng kepak ayam sekali lagi dengan minyak yang betul-betul panas sehingga garing.

Nota: Kepak ayam perlu digoreng dua kali supaya kepak ayam betul-betul rangup. Ini juga menjadikan tepungnya garing dan tidak lembik lepas salut sos nanti.

IKLAN

Bahan sos manis pedas
Minyak masak untuk menumis
Bawang putih (cencang halus)
Cili kering segenggam (buang biji dan potong-potong)
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar cuka

Cara membuat
1. Tumiskan bawang putih dan cili kering.
2. Tambah kicap, sos tomato dan gula perang.
3. Masak sehingga likat berkilat.
4. Masukkan cuka.
5. Gaulkan kepak ayam dengan sos sehingga rata.
6. Angkat dan hidangkan.
7. Tabur sedikit bijan sebagai hiasan.

Kredit resipi dan gambar: fb Ilyana Isa

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI