Daging Goreng Kunyit cara orang Kelantan ni memang sangat ‘simple’ tapi cukup berasa. Paling enak dimakan bersama nasi putih panas. Penambahan hirisan bawang Holland dan cili, membuatkan hidangan ini lagi enak. Saudari Sukma Ismail ada kongsikan resipi beliau. Istimewa beliau menambah sedikit kicap dalam masakan. Ia adalah petua beliau untuk dapatkan rasa daging goreng yang enak dan berwarna cantik. Jom cuba!
1/2 kg daging – potong kecil melintang urat
Serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
1 biji bawang holland – hiris
5 ulas bawang putih – hiris
Cili merah, cili hijau & cili api
Sedikit kicap
Minyak masak secukupnya
1.Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya daging tak liat nanti. Basuh daging bersih-bersih dan gaul garam kunyit, bawang putih dan sedikit air. Perap seketika.
2.Masukkan daging ke dalam kuali bersama airnya sekali. Biarkan air kering dan daging empuk. Air membantu daging supaya cepat empuk. Tapi jangan banyak sangat, nanti lambat kering.
3.Bila air dah kering, masukkan minyak masak. Kacau seketika dan biarkan daging betul-betul masak sekata.
4.Masukkan hirisan bawang dan cili merah, cili hijau atau cili api.
5.Sebelum tutup api, masukkan sedikit kicap ke dalam daging goreng tadi. Ini petua nak bagi daging goreng lagi sedap dan cantik.
6.Daging Goreng Kunyit stail Kelantan sedia untuk dinikmati.
Makanan segera sejuk beku seperti nuget ayam, daging burger, sosejdan sebagainya memang tak sihat. Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah kandungan lemak yang terkandung juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! TIDAK!!! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Salah satunya ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sue Faizah ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT DAGING BURGER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar telur sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.
4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkan dalam acuan untuk bentuk kepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)
5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dah bentuk tadi ke dalam freezer dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.
ATAU
6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.
NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.
Wanita sekarang ramai yang bekerja. Kalau suri rumah pun, ramai yang buat bisnes online. Masing-masing sibuk. Jadi ada kala tak sempat nak memasak yang perlu masa panjang. Sesibuk mana pun tetap kena memasak. Jadi pilihan yang ada adalah lauk ringkas.
RASA kongsikan resipi lauk daging berkentang yang ringkas tapi sedap. Resipi ini daripada Puan Nadia Mohamad.
Bahan-bahan
3 biji ubi kentang (dipotong kecil)
Sedikit daging (dihiris dan digaul garam serta kunyit)
1 biji bawang holland (dikisar)
5 biji cili merah (dibuang biji dan dikisar)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak
1) Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2) Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3) Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4) Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5) Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Puan Nadia Mohamad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!