Siapa sangka, Cucur Udang yang ditambah keju di dalamnya begitu enak dimakan. Tak perlu cicah dengan sos pun dah sedap. Yang penting, makan panas-panas. Barulah puas hati bila makan tu. Terasa keju Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Cheddar Cheese Slices di dalamnya. Sebagai pelengkap, nikmati hidangan ini bersama Fernleaf Yogurt Strawberry. Jom cuba.
CUCUR UDANG CHEESE
Bahan-bahan:
10 ekor udang
½ cawan udang geragau
3 ulas bawang putih | kisar kering
30gm daun bawang
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 batang lobak merah | diparut
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
80gm Perfect Italiano Mozzarella
1 cawan air
Fernleaf Yogurt Strawberry
Cara Memasak:
Panaskan kuali bersama minyak.
Di dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung beras, bawang putih, lobak merah, daun bawang, udang, udang geragau dan air. Gaul hingga sebati.
Kemudian masukkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Kacau sebati.
Ambil satu sudu besar adunan, tuangkan ke dalam kuali yang panas. Biarkan adunan masak hingga perang.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Strawberry.
Mencari makanan yang manis untuk berbuka puasa? Jom buat Popiah Pisang Berkeju. Cukup senang cara membuatnya. Hanya ambil sekeping kulit popiah, letakkan pisang, keju serta coklat cip, lipat dan goreng. Boleh juga masak menggunakan air fryer. Mudah kan? Nak hidangan bertambah lazat, gunakan Anchor Cheese Slices. Kepingan keju ini kaya dengan protein dan kalsium yang sesuai untuk seisi keluarga.
POPIAH PISANG BERKEJU
Bahan-bahan:
8 keping kulit popiah
8 keping Anchor Cheese Slices
4 biji pisang – potong dadu
50gram coklat cip
150gram Anchor Unsalted Butter
Kuning telur
Cara Memasak:
Ambil sekeping kulit popiah. Letak sekeping Anchor Cheese Slices.
Letak potongan pisang dan coklat cip secukupnya.
Sapu bahagian hujung kulit popiah dengan kuning telur. Gulung kulit popiah dan rapikan.
Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Goreng popiah hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
Sambal Udang antara menu yang paling popular ketika bulan Ramadan. Memang ramai yang gemar menu ini. Kali ini, kita tambahkan Anchor Cheddar Cheese Slices untuk menambah rasa di dalam hidangan. Boleh juga gunakan Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma dalam hidangan. Jom cuba, anda pasti puas hati dengan resipi Sambal Udang Berkeju ni.
SAMBAL UDANG BERKEJU
Bahan-bahan:
15 ekor udang
2 cawan cili kisar
1 batang serai | dititik
4 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar gula perang
2 biji bawang merah | dihiris
4 ulas bawang putih | kisar kasar
3 sudu besar Anchor Unsalted Butter
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
Cara Memasak:
Panaskan kuali bersama minyak dan Anchor Unsalted Butter. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai. masak hingga naik bau.
Kemudian, masukkan cili kisar dan tunggu hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, gula perang dan udang. Gaul rata.
Masukkan Anchor Cheddar Cheese Slices dan tunggu hingga keju mencair. Perasakan.
Telur Dadar sememangnya antara hidangan kegemaran ramai. Menu yang cepat, mudah dan ringkas. Jom kita olah dengan menambah keju pada hidangan ini. Pasti lebih enak dan mengenyangkan. Nak lebih sedap, gunakan Anchor Cheese Slice. Keju yang diperbuat daripada susu dari New Zealand ini kaya dengan protein dan kalsium yang sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah, pasti mereka suka.
TELUR DADAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping Anchor Cheese Slice
5-6 biji telur size besar
75gram Anchor Cooking Cream
30gram Anchor Unsalted Butter
½ cawan parutan lobak merah
½ biji cincangan bawang besar
1 batang daun bawang – cincang
1 biji cili merah – cincang
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, pukul telur bersama Anchor Cooking Cream hingga sebati. Tambah garam dan lada sulah secukupnya.
Masukkan parutan lobak, cincangan bawang besar, cincangan daun bawang dan cili merah. Gaul sebati.
Panaskan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali leper non stick. Tuang bancuhan telur tadi lalu masak hingga perang di kedua-dua bahagian.
Letakkan kepingan Anchor Cheese Slice di atas telur dadar dan biarkan 2-3 minit di atas api hingga keju cair sedikit. Tabur lebihan cincangan daun bawang untuk hiasan.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!