Cucur @ Cekodok Jagung ini tentunya disukai ramai. Nampak sangat sedap dan cara membuatnya juga cukup mudah. Bulat elok bila digoreng. Makan panas-panas, memang layan ni. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suraya Yaacobni. Pasti anda akan sukakannya.
Kuih Apam adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang-orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini. Nak buat pun mudah. Jom cuba!
1. APAM GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN
190gm gula pasir
180gm air
1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji telur gred A
10gm mentega atau majerin
100gm minyak masak
20gm susu pekat manis
190gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMASAK:
Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
Dengan menggunakan ‘ hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
Setelah itu, kukus 15 – 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna.
Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: : Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.
2. APAM MEKAR AIS KRIM SODA
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
290gm gula pasir
1sudu teh ovalete
240gm ais krim soda
300gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
Pewarna pink atau pewarna yang disukai
CARA MEMASAK:
Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
Titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
Sudukan adunan ke dalam cup sehingga 3/4 penuh.
Kukus dengan api besar selama 12 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Apabila sudah masukkan tepung ke dalam adunan, jangan kacau terlalu lama.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Laksa Siam atau Thai Laksa, rasanya lebih kurang dengan laksa lemak yang selalu kita buat, tapi ia lebih kaya dengan aroma dan rasa pedas, masam dan manisnya lebih terasa. Anda yang ingin mencuba sebagai hidangan raya apa salahnyakan, resipi macam biasa RASA kongsikan resipi yang disediakan oleh citarasawan di sini untuk dicuba.
LAKSA SIAM BAHAN-BAHAN:
1 kg laksa halus/1 paket laksa kering | rebus dan toskan
5 ekor ikan sardin/kembung/selar | rebus asingkan isi dan kisar halus
5 cawan sanatan cair
3 cawan santan pekat
5 helai daun limau purut| carik-carik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering | buang biji rendam dahulu
5 biji cili padi | buang biji
1 sudu teh lada hitam
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai | ambil bahagian putih sahaja
3 biji buah keras BAHAN ULAM (HIRIS):
Kacang panjang
Sedikit kobis
Bunga kantan
Limau kasturi
Telur rebus | jika suka
CARA MEMASAK:
Rebus ikan dengan sedikit air bersama asam gelurgor. Asingkan air rebusan dan asam gelugor.
Kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan baki santan cair dan isi ikan kisar dan masak hingga mendidih.
Seterusnya masukkan pula daun limau purut, asam gelugor, biar mendidih seketika.
Kemudian tambahkan santan pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Pastikan rasa cukup rasa masam, masin, manis dan pedasnya.
Reneh selama 30 minit, tutup api dan kacau hingga wap hilang.
Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hidang bersama kuah dan ulam.
Kredit resipi & foto: resipicitarasawan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Kuih Cara Gulani. Ia adalah salah satu kuih tradisional yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan. Paling penting, kena ada acuan Kuih Cara. Kalau tiada, mungkin boleh cuba buat guna acuan Takoyaki. Cuma, bentuknya pasti berbeza.
Kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kurang gemar rasa manis gula? Boleh sahaja letak inti. Nanti jadilah ia Kuih Cara berlauk. Asas dohnya sahaja yang sama. Kalau nak letak inti coklat pun boleh. Silalah cuba ikut kreativiti masing-masing.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Miza Abdullah ni. Pasti anda puas hati dengan hasilny.
CARA MASAK KUIH CARA GULA YANG SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 cawan air kisaran daun pandan
1 cawan santan pekat – beli online disini
1 cawan air
Sedikit garam
Gula untuk inti
Minyak untuk oles acuan
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan kecuali gula dan minyak masak. Kisar hingga sebati. Lebih mudah guna blender untuk mengadun supaya semau bahan bercampur rata.
2.Ambil acuan dan oles minyak masak dengan secukupnya.
3. Tuang sedikit adunan tepung tadi ke dalam acuan. Biarkan seketika.
4. Bila kuih sudah nampak garing diluar, sudukan gula dengan secukupnya. Jika letak gula awal, gula akan tembus dan melekat pada acuan.
5.Kuih Cara yang sudah garing dan sedia untuk diangkat. Ulang proses masak hingga habis adunan.
6. Kuih Cara Gula siap disediakan. Satu adunan boleh dapat 27 biji kuih bergantung pada jenis acuan.
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.