
Isi Kandungan
ToggleJom baking! Bagi penggemar kek, resipi Chocolate Rice Butter Cake ini harus anda cuba. Lembut, gebu memang tak jemu bila menikmatinya.
Resipi ini disediakan dengan sukatan yang sesuai untuk loyang bersaiz 8x8x2. Jadi bila dibakar, ketebalannya elok dan sempurna.
Bagi anda yang meniaga, kek ini juga boleh ditambah dalam senarai produk yang diniagakan. Pasti mendapat sambutan dek kerana rasanya yang enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Khairunnisa Mohammad ini. Selamat mencuba!
CARA BUAT CHOCOLATE RICE BUTTER CAKE SUKATAN LOYANG 8X8X2
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega (marjerin pun boleh) – beli online disini
2 1/2 cawan tepung kek (tepung gandum pun boleh) – beli online disini
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor – beli online disini
1/2 cawan susu pekat manis – beli online disini
4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder – beli online disini
1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
1/2 cawan chocolate rice (lagi banyak lagi ok) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega, gula kastor, esen vanila dan susu pekat manis. Pukul sampai gebu.
2. Masukkan telur satu-persatu sambil diadun.
3. Seterusnya masukkan tepung dan baking powder sambil diadun. Selang-selikan dengan susu segar.
4. Masukkan chocolate rice. Kaup balik sahaja sampai adunan sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega atau dialas dengan baking paper.
6. Bakar kek pada suhu 180C, guna api atas bawah, anggaran 1 jam atau 1 jam 15 minit.
7. Bila kek sudah masak, sejukkan dan bolehlah dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Khairunnisa Mohammad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Kek Gebu Olahan Kacang Gandakan Keenakan. Jom Buat Gaya Dill Cakes

Kek gebu lembut dengan ramuan kacang memang enak sekali. Lagi pulak kalau empunya resipi tu berjiwa seni seperti bekas ‘guitarist’ Fadzil Mohd Salleh.
Jika dahulu Fadzill mengalirkan bakat seni ke muzik dalam band Metropolitan yang popular dengan lagu “Fikirkan Boleh” era 1990an dulu, kini jiwa seni itu itu dialirkan ke pembuatan kek yang lazat dan cantik.
Min dah rasa kek buatan Dill Cakes memang terbenam gigi menggigit dek lembutnya. Dalam masa yang sama ada rasa rangup pulak. Jom kita cuba buat kek gebu hebat berasaskan kacang yang super sedap ni.
1. BERYL’S PECAN CHEESE
BAHAN-BAHAN :
- 350gm krim keju
- 1/3 tin susu pekat
- ½ cawan krim putar
- Sedikit esen vanila
Bahan crust @ kerak:
- 150gm biskut Marie
- 75gm mentega | cairkan
Bahan sirap coklat :
- 250gm coklat Beryls Coin | dicairkan menggunakan kaedah double boiled
250gm kacang Pecan | dibakar
½ diracik halus
½ belah dua
CARA MEMASAK :
Cara membuat crust :
1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega.
2. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan. Letakkan adunan dalam loyang 15sm @ 6 inci. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya ianya padat.
Cara membuat kek keju :
1. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan. Putar krim keju dan susu serta krim putar sehingga sebati.
2. Masukkan kacang pecan yang telah diracik bersama dengan coklat yang telah dicairkan. Gaulkan.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi. Bakar dalam oven suhu 70C selama 2.5jam.
4. Keluarkan dalam masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari Loyang
5. Hias atas kek dengan kacang pecan yang telah dibakar.
Saiz hidangan : Satu loyang bulat (15sm @ 6 inci)
Waktu memasak : 2 ½ jam
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek berasas kacang pecan
Keistimewaan : Rasa lembut berkrim dengan lemak rangup dengan kacang pecan
Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF : Selain kacang pecan boleh juga digantikan dengan gajus, walnut dan badam. Pastikan kekacang ini dibakar terlebih dahulu.
2. MARBLE PEANUT CAKE
BAHAN-BAHAN :
- 114gm tepung kek
- 130gm gula castor
- 40gm serbuk koko
- 1 sudu teh baking soda
- 1 sudu teh baking powder
- 120ml susu segar
- 60ml minyak jagung
- 3 sudu makan mentega kacang
- Esen vanila
- 1 biji telur
- 120ml air panas
Bahan peanut buttercream :
- 225gm mentega tanpa garam
- 150gm mentega kacang
- 170gm gula aising
*Pukul ketiga-tiganya sehingga sebati. Boleh juga gunakan mentega kacang yang dijual di pasaraya. Ketepikan.
Bahan coklat ganache :
- 150gm krim putar ‘dairy’
- 15gm sirap glukos
- 250gm serbuk kos
- 10gm mentega
- ½ cawan mentega kacang
CARA MEMASAK :
1. Satukan susu segar, telur dan juga minyak jagung ke dalam mangkuk. Kacau sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit bahan kering, pastikan selalu kaup di tepi mangkuk.
3. Apabila sudah sebati dan rata, masukkan air panas sedikit demi sedikit. Campurkan 3 sudu mentega kacang dalam adunan.
4. Bakar menggunakan loyang 6 inci selama 40 minit dengan suhu 160 darjah Celsius.
Cara membuat coklat ganache :
1. Didihkan krim dan sirap glukos, tuangkan ke dalam bekas yang berisi coklat.
2. Kacau rata hingga coklat larut, tambahkan mentega dan setengah cawan mentega kacang.
3. Kacau hingga adunan licin dan berkilat.
Cara membuat lapisan kek :
1. Potong kek kepada 3 lapisan, sapukan setiap lapis dengan dengan coklat ganache.
2. Salutkan kek dengan choc ganache. Letak sedikit mentega kacang di atas kek untuk menjadikan ia corak marble
Saiz hidangan : Satu loyang bulat (15sm @ 6 inci)
Waktu memasak : 45 minit
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek berasas mentega kacang tanah
Keistimewaan : Kaya dengan coklat dengan keenakan lemak berkrim mentega kacang
Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF: Seeloknya mentega kacang dicairkan sedikit menggunakan kaedah double boiler untuk dihias di atas kek
3. WALNUT VANILLA CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
- 225gm mentega
- 200gm gula castor
- 5 biji telur gred B
- 100gm kacang walnut | dikisar sedikit
- 60gm susu pekat manis
- 200gm tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan frosting krim :
- 500gm fresh cream
- ½ sudu kecil ekstrak vanilla
- 1 cawan walnut | dibakar dan dikisar halus
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Kemudian masukkan tepung, serbuk penaik dan susu pekat manis.
3. Masukkan 1/2 kacang walnut dan gaulkan sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan bersaiz 8 inci @ 20sm, sapu sedikit mentega dan dilapik kertas minyak dan taburkan baki kacang walnut di permukaan adunan.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 C selama 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
6. Potong kek kepada 3 lapisan. Sapu setiap lapis dengan fresh cream. Hiasi atas kek dengan walnut kasar yang telah dibakar
Saiz hidangan : Satu loyang bulat (8 inci @ 20sm)
Waktu memasak : 45 minit
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek berasas kacang walnut
Keistimewaan : Kombinasi kacang walnut dan krim segar yang cukup lazat
Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF : Kacang walnut dipanggan dahulu sebelum dimasukkan dalam adunan untuk rasa kekacang yang lebih rangup.
4. CHOCOLATE ALMOND BROWNIES
.
BAHAN-BAHAN :
- 200gm mentega
- 230gm gula castor
- 120gm tepung naik sendiri
- 3 biji telur
- ½ cawan serbuk koko
- 70gm badam nib
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan gula dan putar lagi, masukkan telur satu demi satu dan teruskan putar.
2. Masukkan tepung naik sendiri, serbuk koko dan selepas itu badam nib dan gaul rata.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang empat segi 9 inci x 9 inci @ 23sm x 23sm yang telah dialas kertas kek. Taburkan badam nib di atas adunan.
4. Bakar selama 40 minit dalam suhu 170 C- 180C
5. Bagi memudahkan untuk dihidangkan potong saiz 1.5 inci x 1.5 inci @ 3.9sm x 3.9sm (36 keping).
Saiz hidangan : Satu loyang bulat (8 inci @ 20sm)
Waktu memasak : 45 minit
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek berasas kacang walnut
Keistimewaan : Kombinasi kacang walnut dan krim segar yang cukup lazat
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Rasanya tidak terlalu manis, walau nampak garing di luar tetapi ianya lembab dan lembut di dalam.
5. HAZELNUT DAIM CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk kek :
- 3 biji telur
- 90gm gula halus
- 1/4 sudu teh esen vanilla
- 1/4 sudu teh krim tartar
- 30 gm gula halus
- 30gm tepung gandum | diayak
- 75gm Hazelnut | dibakar dan dicincang
- 30gm mentega
Bahan krim kastad :
- 250ml susu segar
- 50gm gula halus
- 40gm tepung jagung
- 4 biji kuning telur
- 40gm gula
- Secubit garam
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan croqan :
- 100gm hazelnut | dibakar dan dicincang
- 100gm gula halus
- 20gm mentega
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan coklat ganache :
- 150gm krim tenusu | dairy whipping cream
- 15gm sirap glukos
- 250gm coklat gelap
- 10gm mentega
- 10 keping coklat Daim | dicincang
- Croqan
CARA MEMASAK :
Cara masak kek :
1. Cairkan mentega, putar kuning telur , gula(60gm) dan esen vanilla hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, putar putih telur bersama tartar hingga berbuih. Masukkan gula ( 30 gm) perlahan-lahan dan putar lagi hingga kembang
3. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur . Gaul rata.
4. Masukkan tepung dan hazelnut cincang dan kacau rata. Masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam adunan.
5. Masukkan adunan dalam loyang 8 inci @ 20sm yang telah dilapik dengan kertas pembakar kek
6. Bakar pada suhu 170 C selama 25 minit . Bila kek telah masak sejukkan.
Cara masak krim kastad:
1. Panaskan susu dan 50 g gula hingga mendidih.
2. Masukkan kuning telur, tepung jagung, esen vanila, secubit garam dan 40gm gula halus kacau hingga berkrim. Tuangkan susu dan gula yang telah dididihkan tadi ke dalam adunan.
3. Masak sebentar atas dapur dengan api perlahan sambil senantiasa di kacau hingga sedikit pekat.
Cara membuat croqan :
1. Masukkan hazelnut cincang ,vanila dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel
2. Kacau rata hingga berwarna keemasan. Masukkan mentega . Kacau hingga mentega cair dan sebati
Cara membuat coklat ganace :
1. Didihkan krim dan sirap glukos, tuangkan dalam bekas yang berisi coklat .
2. Kacau rata hingga coklat larut, tambahkan mentega. Kacau hingga adunan licin dan berkilat.
3. Akhir sekali campurkan croqan dan gaul rata . Tinggalkan sedikit croqan untuk hiasan
Cara membuat lapisan kek :
1. Potong kek kepada 3 lapisan,sapukan pada setiap lapisan dengan krim kastard.
2. Salutkan kek dengan coklat ganache. Hiaskan atasnya dengan coklat Daim yang telah diracik halus dan sedikit croqan
Saiz hidangan :Satu loyang bulat (8 inci @ 20sm)
Waktu memasak : 60 minit – 90 minit
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek berasas kacang hazelnut
Keistimewaan : Keenakan berganda dengan coklat dan hazelnut
Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF : Jika adunan kastard bergentel masukkan dalam mixer dan putar hingga lembut
JURU FOTO : NURUL AKMA AZIMI
RESIPI : FADZIL MD SALLEH, DILL CAKES
TERIMA KASIH: Dill Cakes, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya, Shah Alam
http://dill-cakes .blogspot.com , fb/insta:fadzilmdsalleh, page: dill cakes
Kek Coklat Kukus Nikmat Di Tekak

Kalau dengan kek coklat kukus ni, takde sapa yang menolak. Kek ni sangat ringkas , lembut dan sedap. Pasti berebut nanti.Jom kita buat.
Kek coklat kukus
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
dikisar hingga sebati, ketepikan.
8 biji telur dikisar dan ketepikan.
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder
ketiga bahan ini diayak.
Cara membuat:
1.Dalam mangkuk, masukkan bahan yang dikira berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu.Nak mudah kisar semua bagi sebati.
2.Sapu planta dekat loyang terlebih dahulu dan curahkan adunan yang dikisar.
3.Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
4.Kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
topping coklat
Coklat masakan
Sedikit Planta
Masak secara double boile.
Selamat mencuba.
Kredit : Noriza Awang Hamat
ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN MEMASAK SUP DAN TULANG , JOM KLIK DI SINI.
Kek Ogura Roselle Tanpa Pewarna Tiruan, Merah Asli Dari Roselle
Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!
Ada yang inginkan OVEN baru yang berkualiti dengan harga mampu milik? Boleh dapatkan DISINI.
Resipi Kek Sarang Semut Tak Perlu Perap & Bakar Guna Pemanggang Ajaib Je.

Kek Sarang Semut adalah salah satu dari kek tradisional yang menjadi kegemaran ramai masa hari raya. Dari orang dewasa hinggalah kanak-kanak. Semua sukakan rasanya. Nak buat pun tak susah. Bagi anda yang nak cuba buat kek ini tetapi tak ada ketuhar? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Ella Suhaila ini. Hanya masak guna pemanggang ajaib. Memang mudah! Hasilnya pun nampak sempurna. Jom cuba!
KEK SARANG SEMUT/GULA HANGUS
BAHAN GULA HANGUS:
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 2 sudu besar margerin atau mentega
CARA-CARA:
- Buat gula hangus. Bila gula dah cairatau perang,masukkan air panas (hati-hati nanti gula melompat @ merecik)
- Bila dah mendidih, masukkan margerin atau mentega. Sebatikan dan padam api.
BAHAN KEK:
- 4 biji telur
- 1/3 tin susu pekat
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu besar soda bikarbonat
- 1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK:
- Kacau sebati telur,susu, esen vanilla & soda bikarbonat. (empunya resipi hanya kacau guna garfu je. Kacau-kacau manja, pusing 1 arah).
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kacau sampai tepung sebati.
- Masukkan gula hangus yang masih panas dalam adunantepung dan kacau lagi.
- Lapik dasar pemanggang ajaib dengan aluminium foil. Oles sedikit margerin padaaluminium foil.
- Tapis adunan ke dalam pemanggang. Bakar menggunakan api kecil selama 20-30 minit atau hingga kek masak.
- Sedia untuk dinikmati.
NOTA:
- Gandakan adunan supaya kek memenuhi pemanggang ajaib.
- Adunan tidak perlu diperap.
- Bakar hanya menggunakan pemanggang ajaib. Guna api kecil sahaja.
Kredit resipi & foto: Ella Suhaila