Dapat merasa kek yang disukai tentulah nikmat rasanya. Kalau dah suka sangat, sibuk mencari resipi untuk membuatnya sendiri.Tambah lagi jika bahan yang diperlukan tidak banyak, lagi mudah untuk membuatnya. Jika suka cheesecake, boleh ikut resipi mudah ini, guna tiga bahan sahaja.
*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
CARA MEMASAK:
1. Pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat.Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
2. Asingkan telur putih & pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
3. Masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
4. Campurkan semua bahan sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
5. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
6. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath. Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.
Cara bakar secara ‘waterbath’.
Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
7. Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan. Pintu oven tu bukakan sedikit.
8. Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.
MEMANG GEBU & LEMBUT!
Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!
Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?
Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Nurul Ain Ridzwan
INGIN MEMBELI OVEN BARU , BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi Membuat Muffin Jagung Lembut & Moist, Idea Jualan Secara Online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Buah Kukus Zaman Mak Kita Dulu, Ikut Langkah Betul Confirm Menjadi
Mungkin ada yang teringin nak merasa kek buah kukus zaman mak-mak kita dulu. Kek ni kalau tak ikut caranya yang betul, memang tak menjadi. Ada saja yang tidak kena tak cukup lembaplah, cepat berkulatlah dan sebagainya. Menurut chef Sue sentiasa sediakan air mendidih secukupnya untuk ‘top-up’ air dalam periuk pengukus (jangan leka, nanti air kukusan kering kek akan hangus).Barulah kek menjadi lembap dan lembut secukupnya. Kalau ada yang nak cuba buat, bolehlah cuba resipi ni.
KEK BUAH KUKUS
Bahan-bahan:
- 300gram tepung gandum
- 300gram buah kering campur (gunakan campuran buah-buahan yang berkualiti)
- 250gram mentega asli (kalau guna marjerin rasanya akan lain)
- 3 biji telur grade A
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1/4 sudu teh cream of tartar
- Secubit serbuk kulit kayu manis (optional)
- Bahan-bahan B (untuk gula hangus):
- 280gram gula (kalau suka lebih manis gunalah 300gram)
- 1/4 cawan air
Cara memasak:
1. Buat gula hangus terlebih dulu. Masukkan gula dalam kuali lalu kacau hingga perang. Tuang air dan kacau sebati. Masukkan mentega lalu masak hingga cair. Masukkan campuran buah kering lalu kacau rata. Sejukkan sebentar.
2. Tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar dan serbuk kulit kayu manis diayak sebati dan masukkan ke dalam kuali berisi campuran buah, mentega dan gula hangus yang dah sedikit sejuk. Gaul rata guna spatula kayu saja (jangan kacau berlebihan, nanti buah mendap).
3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla (guna whisk) hingga agak kembang (tak perlu terlalu kembang). Kemudian tuang ke dalam kuali adunan tadi. Kaup balikkan sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang acuan yang telah dialas dengan parchment paper. Tutup loyang dengan aluminum foil (supaya wap air tak kena permukaan kek).
5. Kukus kek selama 4 jam. 3 jam pertama kukus guna api sederhana, 1 jam terakhir guna api sederhana kecil. Selepas 4 jam dikukus, keluarkan kek dari periuk pengukus dan sejukkan betul-betul baru dipotong.
Tip;
*Didihkan air terlebih dahulu dalam periuk pengukus sebelum mula mengukus kek.
Kredit: Sue M Arukin
Aneka Resipi Mufin Gebu Yang Mudah & Sedap. Sesuai Untuk Hari Raya Aidiladha.
Nampak Sama Tapi Berbeza, Ketahui Cara & Fungsi Setiap Hiasan Kek Ini
Suka Makan Cupcakes? Ini Dia Aneka Resipi Cupcakes Kukus Menarik & Pastinya Enak!
Bentuknya yang comel, pelbagai perisa dan dihiasi cantik membuatkan kek cawan sering mencuri perhatian. Kek cawan bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga ramai yang menggemarinya. RASA kongsikan aneka jenis kek cawan yang dimasak secara kukus yang boleh dijadikan idea hidangan buat keluarga atau para tetamu yang hadir.
KEK CAWAN OREN
BAHAN-BAHAN:
- 240gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 3 biji telur
- 190gm gula kastor
- 175gm minyak jagung
- 15gm parutan kulit oren
- 2 sudu makan jus oren
- Acuan kek cawan secukupnya
- Sedikit hirisan buah oren untuk hiasan
- Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
- 450gm mentega
- 360gm gula ising
- 1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul telur dengan gula hingga kembang.
- Masukkan minyak jagung dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan jus oren dan parutan kulit oren.
- Satukan serbuk penaik dengan tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kaup balik hingga adunan sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
- Kukus lebih kurang 45-50 minit hingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping dan hidang.
- Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
- Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.
- Untuk menghias; paipkan sedikit krim mentega di bahagian atas kek. Letakkan hirisan oren di atasnya. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: boleh juga lebihkan parutan kulit oren untuk mendapatkan lebih perasa oren.
CHOCOLATE MOIST
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung kek superfine
- 50gm serbuk koko
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh soda bikarbonat
- 2 biji telur
- 112gm gula kastor
- 65gm minyak jagung
- 100gm air suam
- 65gm susu pekat
- 1 sudu teh esen vanila
- Acuan kek cawan secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan ketepikan.
- Pukul telur hingga sedikit kembang dan masukkan gula dan esen vanila, pukul lagi hingga kembang. Masukkan minyak dan gaul sebati.
- Masukkan susu pekat dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan tepung diselang seli dengan air suam dan kaup balik hingga adunan sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus selama lebih kurang 1 jam hingga adunan masak.
- Sejukkan dulu dan hidang.
Info chef: campurkan buah-buahan kering seperti kismis untuk rasa yang lebih menarik.
KEK CAWAN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur | asingkan putih dan kuning
- 220gm gula kastor
- 100gm santan
- 90ml air
- ½ sudu teh pandan emulco
- 240gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN UNTUK SOS KARAMEL:
- 4 sudu makan mentega
- 200gm gula perang
- 100gm heavy cream
- 1 sudu makan esen vanila
BAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
- 450gm mentega
- 360gm gula ising
- sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul putih telur bersama gula hingga kembang dan masukkan kuning telur dan teruskan pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan santan dan pandan emulco, gaul hingga sebati.
- Satukan serbuk penaik, soda bikarbonat dan tepung, sedikit demi sedikit dan kaub balik hingga adunan sebati.
- Tuangkan ke dalam dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
- Kukus lebih kurang 45-50 minit hingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim putar titiskan atau picit sos karamel di atas krim putar dan hidang.
- Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
- Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega
- Untuk membuat sos karamel pula; Satukan semua bahan dan masak api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan kacau perlahan selama lebih kurang 4-5 minit. Tutup api dan biarkan sos sejuk sebelum digunakan.
- Untuk menghias kek cawan; paipkan krim mentega di bahagian atas dan kemudian tambah sos karamel di atasnya.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: ganti pandan emulco dengan air daripada perahan pandan untuk rasa yang lebih asli.
KEK CAWAN SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
- 110gm gula kastor
- 100gm air panas
- 1 sudu makan mentega
- 2 biji telur
- 130gm susu pekat
- 120gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh soda bikarbornat
- ½ sudu teh esen vanila
- Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN UNTUK SOS KARAMEL:
- 4 sudu makan mentega
- 200gm gula perang
- 100gm heavy cream
- 1 sudu makan esen vanila
BAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
- 450gm mentega
- 360gm gula ising
- sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
- Panaskan gula di dalam pan hingga perang dan tuang air panas. Biar hingga gula melarut.
- Masukkan mentega, gaul sebati dan ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat. Pukul sebati.
- Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat kemudian masukkan ke dalam adunan telur dan susu tadi.
- Tuang esen vanila dan gaul sebati.
- Seterusnya tuang gula yang diperangkan tadi ke dalam adunan dan gaul sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
- Perapkan adunan selama 3 jam.
- Kukus lebih kurang 1 – 1 jam 30 minit hingga adunan masak sempurna.
- Sejukkan dulu sebelum paipkan krim mentega dan sos karamel di bahagian atasnya.
- Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
- Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega
- Untuk membuat sos karamel pula; Satukan semua bahan dan masak api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan kacau perlahan selama lebih kurang 4-5 minit. Tutup api dan biarkan sos sejuk sebelum digunakan.
- Untuk menghias, paipkan krim mentega di atas kek, diikuti dengan sos karamel. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Masukkan kismis atau buah seperti kranberi kering untuk sedikit kelainan.
BUTTER CHEESE CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
- 40gm krim keju
- 40gm mentega
- 60ml susu segar
- 2 biji telur
- 50gm gula perang
- 100gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- Sedikit buah strawberi dan parutan coklat untuk hiasan
- Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM KEJU (TOPPING):
- 250gm krim keju
- 250gm mentega
- 100gm gula ising
- 250gm krim putar
- 1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
- Pukul krim keju, mentega dan susu hingga sebati dan ketepikan.
- Pukul telur dan gula perang hingga kembang dan masukkan adunan krim keju, mentega dan susu tadi. Kaup balik hingga sebati.
- Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbornat, masukkan ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus 40-50 minit hingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat topping krim keju; Pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
- Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.
- Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.
- Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
- Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.
- Untuk menghias kek cawan; Letak krim keju di atasnya dan bentukkan mengikut cita rasa. Boleh hias dengan hirisan strawberi dan sedikit parutan coklat.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk menguji kek sudah masak atau belum, uji dengan cara mencucuk lidi ke dalam kek. Sekiranya lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak sempurna.
KEK CAWAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 90gm gula kastor
- 200gm pisang berangan (lebih kurang 2 biji)
- 150gm tepung superfine
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu makan minyak jagung
- Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI COKLAT GANACHE:
- 400gm coklat masakan
- 200gm heavy cream
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
- Pukul telur dan gula hingga kembang.
- Kemudian masukkan pisang dan adun sebati.
- Masukkan tepung. Kaup balik diikuti minyak jagung. Adun sebati.
- Masukkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
- Kukus 30-40 minit hingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat coklat ganache untuk topping; Parut atau cincang halus coklat. Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi.
- Gaul sebati hingga semua coklat larut.
- Biarkan betul betul sejuk sebelum digunakan.
- Untuk menghias; paipkan coklat ganache di bahagian atas kek coklat membentuk seperti bunga kecil dan tambah coklat M&M warna-warni untuk lebih cantik.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Gunakan pisang yang masak untuk hasil kek yang lebih sedap.
KEK CAWAN SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 20ml gula kastor
- 20ml susu segar (lebih kurang 2 sudu makan)
- 2 sudu makan minyak jagung
- 50ml susu pekat
- 100gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- Biskut coklat Oreo untuk hiasan
- Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM MENTEGA:
- 450gm mentega
- 360gm gula ising
- 1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul telur hingga sedikit kembang, masukkan gula dan adun sebati.
- Masukkan minyak, diikuti susu segar dan susu pekat. Adun sebati.
- Satukan tepung, soda bikarbornat dan serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan dan kaup balik hingga sebati.
- Masukkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus 30-40 minit.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
- Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.
- Untuk menghias: masukkan krim mentega ke dalam piping bag dan paip ke atas kek. Hiaskan dengan kepingan coklat oreo dan coklat warna-warni.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Setelah masukkan tepung, jangan adun terlalu lama bagi mengelakkan kek menjadi bantat atau padat.
RASPBERRY LEMON CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 30gm gula kastor
- 20ml susu segar
- 12ml minyak jagung
- 40ml susu pekat
- 10gm mentega
- ½ sudu teh jus lemon
- 30gm jem rasberi
- 80gm tepung kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Acuan kek cawan secukupnya
- Sedikit hiasan badam untuk hiasan
RESIPI KRIM KEJU:
- 250ml krim keju
- 250gm mentega
- 100gm gula ising
- 250gm krim putar
- 1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
- Pukul putih telur hingga kembang kemudian baru masukkan kuningnya diikuti susu segar.
- Kemudian masukkan minyak jagung, mentega, susu pekat dan lemon jus gaul sebati.
- Masukkan jem rasberi dan gaul sebati.
- Satukan tepung dan serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kaup balik hingga sebati.
- Tuang ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus lebih kurang 30-40 minit hingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat topping krim keju, pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
- Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.
- Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.
- Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
- Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.
- Untuk menghias, masukkan adunan krim ke dalam piping bag dan paipkan di atas kek cawan. Boleh tambah sedikit hirisan badam jika suka.
Info chef: Masa untuk mengukus berbeza mengikut saiz acuan kek cawan yang digunakan.
ESPRESSO CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung red rose / kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 biji telur
- 25gm minyak jagung
- 25gm gula kastor
- 100gm susu segar
- sudu teh perasa espresso
- Acuan kek cawan secukupnya
- Biskut wafel coklat dan coklat M&M untuk hiasan
RESIPI COKLAT GANACHE:
- 400gm coklat masakan
- 200gm Heavy cream
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
- Pukul gula kastor dan telur hingga kembang.
- Masukkan susu segar dan minyak jagung. Gaul sebati.
- Masukkan adunan tepung tadi dan kaup balik hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
- Kukus selama 30-40 minit.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat topping coklat ganache; Parut atau cincang halus coklat.
- Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi.
- Gaul sebati hingga semua coklat larut. Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan.
- Untuk menghias kek, masukkan adunan coklat ganache ke dalam piping bag dan paipkan ke atas kek.
- Hiaskan dengan cip coklat M&M dan potongan biskut wafel coklat.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Perasa espresso boleh ditukar dengan apa saja perasa atau emulco lain seperti strawberi.
KEK CAWAN LABU
BAHAN-BAHAN:
- 180gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ¼ sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- ¼ sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
- ¼ sudu teh serbuk halia
- 90gm gula kastor
- 60gm gula perang
- 86gm minyak jagung
- 2 biji telur
- 100gm puri labu
- 1 sudu teh esen vanila
- Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM KEJU:
- 250ml krim keju
- 250gm mentega
- 100gm gula ising
- 250gm krim putar
- 1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan kering dan ketepikan.
- Pukul telur dengan gula perang dan gula kastor hingga kembang.
- Kemudian masukkan minyak jagung. Pukul sebati.
- Masukkan puri labu dan gaul sebati.
- Masukkan bahan kering yang disatukan sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga sekata
- Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus selama 30-40 minit.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat topping krim keju; Pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
- Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.
- Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.
- Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
- Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.
Info chef: Resipi ini juga sesuai dimasak menggunakan kaedah bakar di dalam oven.
Selamat mencuba!
Biscotti & Pastri Puff Mudah Dari Chef Mohd Shafeeq
Hotel Crystal Crown PJ memang kaya dengan idea bakeri dan pastrinya. Chef Pastri, Chef Mohd Shafeeq Shahrom Nuwi berkongsi resipi pistachio biscotti dan karipap pastri ayam yang sungguh enak.
.
Biscotti dibakar dua kali untuk rasa rangup dan ringan berongga. Manakala karipap ayam penuh berperisa dengan kulit pastri puff memang terbaiklah. Berbaloi untuk dicuba, boleh dijadikan sajian petang yang menambat selera.
PISTACHIO BISCOTTI
BAHAN-BAHAN :
- 3 biji telur
- 200gm tepung gandum
- 140gm gula
- 3gm tepung penaik
- 150gm kacang pistachio | panggang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata.
2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan.
3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit
4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih.
5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis
6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup.
7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar selama dua kali
Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali
Keistimewaan : Ringan dan rangup
Anggaran kos : RM 20
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
CHICKEN CURRY PUFF
BAHAN-BAHAN :
- 6 keping puff pastri | siap dijual di pasaraya
- 1 cawan isi ayam | dibuang tulang
- 1 biji bawang besar | dicincang
- 1 biji telur | dipukul
- 1/4 cawan air | untuk memasak inti
- 2 sudu besar minyak masak | untuk menumis inti
- 1 sudu teh garam | atau secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk kari
- 3 biji telur rebus | dibelah dua.
- 2 biji kentang
CARA MEMASAK :
Untuk inti :
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan kentang hingga empuk, dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam
4. Tutup kuali dan biarkan mereneh dengan api perlahan
4. Masukkan air, dan tutup semula dan biarkan hingga inti betul-betul masak.
5. Potong telur rebus belah dan ketepikan.
Untuk menyediakan curry puff :
1. Ambil kepingan pastri puff dan potong tiga segi atau bentuk yang dikehendaki.
2. Masukkan 1 1/2 sudu besar inti dan letakkan ditengah,masukkan hirisan telur rebus, ambil lagi sekeping pastri dan tutup di atasnya
3. Tekan keliling pastri, boleh gunakan garfu sampai melekat.
4. Sapukan telur yang dipukul di atasnya, agar ia masak emas keperangan.
5. Bakar di dalam ketuhar, selama 12 minit (atau sampai keperangan) dalam ketuhar bersuhu 160 darjah C.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Paf dan pastri
Keistimewaan : Inti kari ayam dan telur rebus mengenakkan pastri puff
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika anda memilih untuk membuat pastri sendiri, simpan dalam peti sejuk dan buat sehari lebih awal.
RESEPI : CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI
TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, No. 12, Jalan Utara, PJS 52, Petaling Jaya, Selangor
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ATAU RESIPI INI :
Biskut Sarang Semut Biskut , Hasil Ramuan Tiga Jenis Tepung, Patut Ler Sedap.
JOM TONTON VIDEO INI :