Penggemar Kek Keju harus cuba resipi Butter Cheesecake yang terlajak sedap ni. Dijamin puas hati dan berbaloi untuk dicuba.
Butter Cheesecake ini sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Bila dimakan, terasa lembut dan lembab. Sangat enak! Lagi sedap jika dimakan sejuk-sejuk.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Khairunnisa Mohammad ni. Bahan-bahannya mudah sahaja dan tidak renyah. Selamat mencuba!

CARA BUAT BUTTER CHEESECAKE YANG SEDAP & MUDAH

Resipi Butter Cheesecake Terlajak Sedap, Makan Banyak Pun Tak Muak
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur gred A
250gm mentega
250gm krim keju / cream cheese
200gm gula
210gm tepung superfine (diayak dengan baking powder) beli online disini
1 sudu kecil esen vanilla beli online disini
1 1/2 sudu kecil baking powder beli online disini
80ml susu segar
Resipi Butter Cheesecake Terlajak Sedap, Makan Banyak Pun Tak Muak
CARA MEMASAK:
1.Satukan gula, mentega dan krim keju. Pukul hingga putih dan gebu.
2.Masukkan telur satu persatu. Kemudian adun sebati.
3. Seterusnya masukkan esen vanilla. Adun lagi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambal diselang-selikan dengan susu segar.
5.Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak. Guna api atas bawah.
6. Bila kek sudah masak, keluarkan loyang dari oven dan hentakkan loyang.
7. Potong kek bila sudah sejuk. Kek ini lebih sedap dimakan sejuk-sejuk.

Resipi Butter Cheesecake Terlajak Sedap, Makan Banyak Pun Tak Muak

NOTA:

  • Nak kek tinggi, pakai loyang 7 inci.
  • Cream cheese letak dalam 150gm pun ok dah. Tapi kalau guna 250gm, rasa lagi sedap.
  • Masa 1 jam adalah cadangan saja. Kalau lepas 1 jam tak masak lagi, sila tambah masa. Nak tahu masak atau tidak, cucuk tengah kek. Kalau tidak melekat, ia tanda kek sudah masak.
  • Tiada tepung superfine, tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder jugak. Tapi sedap lagi tepung superfine.

 

Kredit resipi & foto: Khairunnisa Mohammad

 

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI