Pernah cuba sajian Bunga Kantan Goreng? Biasanya bunga herba ini digunakan dalam penyediaan laksa, asam pedas, hirisan ulam dan sebagainya sahaja. Tapi bila bab goreng tumis macam ni, macam sesuatu yang baru. Unik bukan? Rupa-rupanya boleh juga dimasak goreng sebegini. Ia menggunakan bunga kantan yang telah kembang mekar dan dihiris halus. Sedap dimakan bersama nasi putih. Rasanya yang harum dan sedikit masam memang menambah selera. Jom cuba resipi perkongsian Ernieadilah Zulkni. Pasti puas hati.
1. Ambil bunga kantan yang mekar. Kupas kelopaknya. Jika keras, hiris sedikit. 2. Tumis hirisan bawang dan cili bilis sampai naik bau. 3. Kemudian masuk hirisan bunga kantan. Tumis hingga bunga kantan sedikit layu.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Seimbangkan rasa supaya ada rasa masin, pedas dan masam.
Ads
INFO: Bunga kantan sudah mempunyai rasa masam semulajadi. Jadi tidak perlu tambah asam keping.
Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Hidangan ini adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai-gerai menjaul makanna dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cuba menu ni untuk buka puasa nanti? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SOLOK LADA
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili/lada hijau
7 ekor ikan selayang/sardin
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang merah besar
1 biji telur
1 sudu besar kelapa goreng( optional )
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
5 sudu besar santan pekat
RM2 kelapa putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan terlebih dahulu. Setelah masak, toskan dan biar sejuk. Ambil isi sahaja. Tumbuk isi iakn tadi hingga lumat. Ketepikan.
2. Kemudian, belah tengah cili dan buang biji. Basuh bersih dan toskan.
3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Masukkan dalam bekas lain.
4. Seterusnya tumbuk kelapa sedikit hancur dan tumbuk isi ikan tadi. Campurkan semua bahan termasuk garam dan gula ke dalam bekas dan boleh gaul sebati.
5. Rasa isi solok sebelum disumbat ke dalam cili. Biar ada manis sedikit baru sedap. Jangan masin tau. Isi inti solok ke dalam cili penuh-penuh.
6. Solok boleh dimasak menggunakan dua cara iaitu secara kukus atau rebus. Jika mahu kukus, susun solok di dalam bekas kukusan dan jika mahu rebus, susun di dalam periuk. Anggaran masa memasak ialah 10-15 minit ( kukus) dan 5-10 minit ( rebus).
Wajib kalau orang Korea makan Jajangmyeon mesti ada sayur warna kuning yang di panggil Danmunji. Ia merupakan lobak putih yang dijerukkan. Selain makan dengan Jajangmyeon ia juga boleh letak dalam Kimbap dan Bibimbap.
DANMUNJI
BAHAN-BAHAN:
1 biji Daikon (Lobak Putih)
300ml cuka Beras
400ml air
2 helai bay leaf
20 biji lada hitam
1/2 sudu besar garam
1 cawan gula
1/2 sudu kecil kunyit
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Cuci bersih dan dihiris nipis (ikut ketebalan yang diingini)
2. Masukkan cuka, air, Bay leaf, lada hitam, garam, gula & kunyit ke dalam periuk. Biar campuran hingga mendidih.
3. Kemudian tutup api dan masukkan lobak putih. Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara. Boleh di simpan dalam peti sejuk.
Sekali sekala tukar selera masak sajian Cina memang sedap nih. Best kalau dapat makan lauk pauk yang dimasak stail depa. Cendawan, asparagus, akar teratai adalah sayuran yang sering menjadi bahan ramuan yang sungguh enak.
Dicampur makanan laut lagi lah bertambah lazat rasanya. Ni min kongsikan 4 hidangan Cina yang boleh meleleh air liur melihatnya.
30gm minyak masakCARA-MEMASAK 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng sehingga bawang putih bertukar kekuningan. 2. Masukkan asparagus, lily bulb dan cendawan Shimeiji. Goreng lagi sehingga kelopak lily bulb bertukar menjadi lut sinar. 3. Masukkan garam, gula dan serbuk ayam secukupnya dan teruskan menggoreng untuk seminit lagi. 4. Tutup api dan angkat. 5. Sedia dihidangkan.
Info chef: Lily bulb merupakan akar tangkai (rootstalk) bunga lily dan mirip seperti bawang putih. Di dalam perubatan Cina, ia dikatakan berkhasiat membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Rasa segar sayuran Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
2. SAUTÉED SCALLOPS WITH ASSORTED VEGETABLES & MACADAMIA NUTS
BAHAN-BAHAN:
300gm Kekapis (scallop)
50gm Kacang Macadamia panggang
50gm Batang saderi| hiris
50gm Sweet Pea
10gm Lily Bulb | asingkan lapisan demi lapisan
50gm Lobak merah | hiris
50gm Halia | hiris
50gm Akar teratai | hiris
3gm Garam
3gm Serbuk ayam
3gm Gula
50gm Minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan sweet pea, hirisan lobak merah, halia, saderi, lily Bulb, akar teratai dan kekapis. Kacau sekata kira-kira seminit. 2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Goreng kira-kira 30 saat. 3. Kemudian masukkan kacang macadamia dan teruskan menggoreng untuk 10 saat lagi. Tutup api dan hidangkan di dalam pinggan. 4. Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Tekstur kekapis yang agak kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
3. DEEP FRIED SHIMEIJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK
BAHAN-BAHAN:
50gm Shimeiji Mushroom | bersihkan, asingkan setiap batang
40gm Serbuk kuning telur masin
20gm Serbuk Keju Parmesan
5gm Serbuk ayam
10gm Gula
100gm Planta
800gm Minyak masak
100gm Tepung gandum
60gm Air
CARA MEMASAK: 1. Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia). 2. Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi. 3. Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai. 4. Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata. 5. Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng. 6. Hidangkan ketika panas.
Info chef:Cara membuatnya seperti membuat cendawan goreng celup tepung.
Saiz hidangan: 2-4 orang Waktu memasak: 40 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Sangat sedap Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan goreng
4. SZECHUAN BEEF
BAHAN-BAHAN
600gm Daging lembu Australia | bersihkan, potong dadu kira-kira 1.5cm besar
50gm Capsikum hijau | potong dadu 1.5cm lebar
50gm Capsikum merah | potong dadu 1.5cm lebar
50gm Capsikum kuning | potong dadu 1.5cm lebar
50gm Lobak merah | hiris nipis, bentukkan seperti bunga
20gm Cili kering | potong
30gm Spicy Hot Bean Sauce
20gm Sos tiram
10gm Serbuk ayam
4 sudu makan air
50gm Minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika. 3. Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati. 4. Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi. 5. Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili padi.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Daging yang masih agak kenyal ketika dikunyah Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng