Resipi bubur 3 beradik ini memang sedap. Rasa lemak manisnya memang membuka selera untuk dijadikan hidangan pelengkap ketika berbuka.
Resipi bubur 3 beradik ini menggunakan tiga jenis ubi iaitu keladi, keledek dan labu. Kombinasinya cukup serasi. Warnanya juga cukup menarik perhatian untuk sesiapa saja memakannya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Laili Adam ini ye. Mudah je. Selamat mencuba!
Keladi, keledek dan labu dikupas kulitnya dan potong kecil-kecil. Kemudian kukus sampai lembut (anggaran 15-20 minit).
Apabila dah sejuk, lenyek keledek, keladi dan labu berasingan. Kemudian masukkan sedikit garam, masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sampai jadi doh (kalau keras boleh tambah air) .
Kemudian bulat-bulatkan doh, buat hingga habis. Ketepikan.
Panaskan air, masukkan doh keladi, keledek dan labu yang telah dibulatkan tadi. Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk, kemudian tapis. Ulangi langkah hingga selesai.
Dalam periuk berasingan, masukkan tiga cawan air dan daun pandan.
Ads
Kemudian masukkan gula, sedikit garam dan santan.
Sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak. Selepas itu, bolehlah masukkan doh yang telah direbus tadi. Kacau sekata.
Akhir sekali, masukkan isi nangka. Kacau lagi. Biarkan mereneh seketika. tutup api.
Siap! Nak makan panas-panas boleh, nak makan sejuk pun boleh.
Cekodok atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cekodok turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cekodok ikan paling yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
CEKODOK IKAN BILIS
Bahan-bahan
• 3 cawan tepung gandum
• 1 labu bawang besar (dadu)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa
• 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Kuih talam memang punya ramai penggemarnya. Buat seloyang boleh beri pada jiran tetangga nanti. Teringin pula nak makan talam lapis keladi ni. Pasti laku keras nanti dengan rasa lemak manisnya.
TALAM LAPIS PERISA KELADI
Bahan-bahan:
Loyang 6 inci,lebar 9cm tinggi8cm
1 cawan santan pekat ,3 cawan santan cair(ambil santan dari perahan ke 2). Masak santan sekejap.Jangan lama.Dalam satu bekas masuk
2.Masuk santan sikit-sikit sambil kacau hingga sebati.
3.Letak esen pandan sikit.
4.Bahagi dua. Satu bahagian letak perisa keladi.Saya tak letak pewarna sebab esen keladi dah ada pewarna dah(kordial keladi pun boleh).Satu bahagian warna asal.
5.Panaskan kukusan.Mula lapis keladi (kalau nak melapis macam saya tu 100ml lapisannya.Kukus selama 6 minit. Hingga lapis seterusnya.Lapisan kukus terakhir 15minit.
6.Siap untuk dihidang.Sejuk keluarkan dari loyang.
Resipi Kek Oren Mentega yang cukup istimewa. Teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan kek ini sangat enak. Bau harum dan segar dari parutan kulit oren dan mentega yang sangat menyelerakan. Pastikan anda guna Anchor Unsalted Butter untuk mendapatkan kek yang lebih enak dan wangi. Langsung tak terasa muak. Percayalah, sekejap je mesti kek ini habis licin dimakan. Wajib cuba!
KEK OREN MENTEGA
Bahan-Bahan:
280gram tepung gandum – ayak
230gram Anchor – suhu bilik
120ml Fernleaf Susu UHT
180gram gula kastor
3 biji telur – gred A
2 sudu makan jus oren
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan parutan kulit oren
¼ sudu teh garam halus
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk pengadun; pukul Anchor Unsalted Butter bersama gula kastor hingga kembang dan ringan.
Masukkan telur satu persatu lalu pukul lagi hingga sebati. Masukkan jus oren dan parutan kulit oren.
Masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan Fernleaf Susu UHT lalu kacau adunan hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas parchment.
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan kek dan hias mengikut cita rasa.