Kuih cakoi ini memang enak tapi lagi sedap kalau dapat yang banyak sarang di dalamnya dan tak liat walau dah sejuk. Cakoi begini hidang dengan seri kaya pandan sesuai sangat untuk dibuat makan petang.
Bagi yang teringin buat sendiri boleh gunakan cara dan resipi dikongsi oleh Nur Nabilah Jailani.
Cara buat cakoi cantik bersarang
Ads
Bahan-bahan
1 ½ cawan tepung gandum
3 sudu teh baking soda
½ sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
½ cawan air
Cara membuat:
1. Campur semua bahan-bahan dan uli dalam 3-4 minit. Tutup bekas dan rehatkan selama 1 jam.
2. Uli semula adunan doh 9-10 minit (saya guna tangan saja)
3. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman (8-9jam). Boleh simpan sehingga 3 hari di dalam suhu chiller.
4. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan di suhu bilik selama 2 jam kemudian bolehlah dibentuk dan goreng seperti biasa.
Ads
5. Semasa mengoreng kena selalu pusingkan cakoi, baru cakoi mengembang dengan jayanya.
Cara buat srikaya pandan (ala Boat Noodle)
1 ½ cawan susu cair
Pes @ esen pandan sedikit
Garam secubit
1 ½ sudu makan tepung kastard
3-4 sudu makan susu pekat
Pewarna hijau sedikit
Ads
Cara membuat:
Campur semua bahan dan masak di atas api yang perlahan sehingga pekat dan ada letupan-letupan besar. Waktu memasak adunan kena sentiasa dikacau.
Sedapnya makan cokodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi Cokodok Pisang sedap dan mudah perkongsian saudari Cik Pooja yang boleh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya lembut dan tak serap minyak. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Rugi kalau tak cuba.
COKODOK PISANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kuih Limas, kuih tradisional yang menjadi kegemaran orang-orang Perak. Sekali imbas, rupanya seakan Kuih Tepung Pelita atau Kuih Sampan, namun ada sedikit perbezaan iaitu Kuih Limas ini dibuat menggunakan tepung gandum sahaja dan tidak menggunakan tepung beras. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Noriza Jaja ni. Jika tahu, boleh buat kelongsong atau acuan menggunakan daun pisang. Namun jika tidak pandai, boleh sahaja guna bekas plastik yang dilapik dengan daun pisang. Pasti sedap dijadikan sajian minum petang.
1. Campurkan semua bahan dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.
2. Jika santan agak pekat boleh kurangkan sukatan tepung jadikan 1/2 cawan.
Empunta resipi guna santan yang diperah dari sebiji kelapa. Jadi kita kena pandai-pandai adjust sebab santan yang kita guna kadang-kadang tidak sama kepekatannya. Kuih Limas asli memang kepalanya agak lembut ya.
BAHAN-BAHAN LAIN:
Kelongsong daun pisang@bekas plastik
Gula secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Panaskan kukusan dan susun kelongsong dan isi 1 sudu besar gula (empunya resipi letak lebih sebab nak berair macam dalam gambar paling bawah)
2. Bila air sudah mendidih, masukkan adunan lapisan bawah (hijau).
3. Kukus selama 12 minit menggunakan api sederhana. Bila sudah masak, sejukkan sebentar supaya bila tuang adunan lapisan atas, kuih tidak bercampur. 3. Apabila lapisan hijau sudah sedikit sejuk, masukkan pula adunan lapisan atas. (Untuk lebih mudah, tuang guna senduk perlahan-lahan)
4. Kukus sekali lagi selama 10-12 minit menggunakan api sederhana. Apabila sudah masak, tutup api. 5. Kuih Limas siap untuk dihidang. Kuih ini boleh dinikmati ketika suam atau pun sejukkan di dalam peti terlebih dahulu.
Tips:
Kukus dengan api sederhana sahaja untuk mendapatkan permukaan kuih yang cantik.
Sejukkan lapisan bawah dulu supaya tidak bercampur adunan sebab kuih ini agak lembut.
Balut tudung pengukus supaya air tak jatuh ke atas kuih.
Empunya resipi guna santan segar.
Sebelum tuang adunan ke dalam acuan, kena kacau terlebih dahulu supaya adunan sebati.
Mula-mula, cairkan margerin dan biarkan ia sejuk. Kemudian larutkan gula merah bersama air dan tapis.
Di dalam besen besar, satukan tepung, gula pasir dan yis. Kemudian tuang air gula merah dan sebatikan. Masukkan margerin cair, gaul sebatikan lagi. Perap 3 jam hingga ia kembang.
Untuk membungkus, sapu sedikit minyak pada daun rambai, sudukan 3/4 adunan yang diperap tadi ke atas daun rambai. Balut (tengok gambar).
Setelah itu, masukkan dalam periuk pengukus dan kukus sampai masak sekitar 20 minit. Siap!