Bagi anda yang tercari-cari resipi brownies kedut yang elok hasilnya, resipi yang dikongsi ini adalah antara yang boleh dicuba. Guna bahan yang ringkas tapi hasilnya memang sedap dan terbaik. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BROWNIES KEDUT CHOCOLATE CHIP
Ads
BAHAN-BAHAN:
130gm marjerin
450gm Beryl’s dark compound chocolate
100gm tepung penaik BlueKey
180gm gula perang
3 biji telur gred B
CARA MEMASAK:
1. Cairkan coklat kompaun bersama marjerin menggunakan teknik double boiler.
2. Dalam bekas berlainan, campurkan gula perang dan telur. Kacau 4-5 kali supaya bahan bergaul mesra sahaja.
3. Coklat yang dicairkan tadi, kacau dan semasa masih panas, tuang terus ke dalam adunan telur. Kacau sekali lagi hingga sebati sahaja.
4. Tambahkan tepung penaik. Kacau hingga sekata.
Ads
5. Alas loyang dengan baking paper. Jika tiada, boleh sapu loyang menggunakan marjerin sahaja. Ia bertujuan untuk mengelakkan brownies melekat pada loyang.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang.
7. Letakkan topping ikut citarasa. Boleh tambah cip coklat, badam, walnut atau apa-apa sahaja yang digemari.
8. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Selepas 5 minit, turunkan suhu pada 150C.
Ads
9. Masukkan loyang berisi brownies dan bakar selama 45-50 minit pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Masa memasak mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Selalunya apabila tiba hari jadi, kita sambut dengan kek. Bermacam-macam kek ada. Kek keju, kek span begitu jugalah dengan kek mentega. Apa kita kita cuba pula swiss roll? Swiss roll pun boleh dipelbagaikan dengan hiasan yang dilukis secara manual.
RASA dapatkan sedikit informasi mengenai swiss roll daripada wanita yang selesa dipanggil Mek yang mengusahakan, Mek and Bake.
NAMPAK MACAM TUALA DALAM KOTAK
Menurut Mek, dia telah dua tahun aktif berniaga swiss roll yang dilukis secara free hand.
“Saya suka dengan swiss roll sebab cantik gebu dan tak nampak macam kek. Sekali pandang, macam tuala dalam kotak. Apabila saya survey market yang menjual, saya perhatikan tak ramai yang buat dessert swiss roll ni. Selalunya kalau pergi kedai swiss roll yang ready made memang jenis seketul dah siap dan plain. Keunikan swiss roll saya ni adalah pada bentuk dia iaitu saiz dan portion yang saya dah siapkan. Lagi satu keunikan ada pada design yang saya boleh lukis ikut kepada permintaan pelanggan. Saya lukis secara manual tapi saya jual dengan harga yang murah iaitu RM50 saja,” katanya.
Tidak mengehadkan pelanggan kepada kanak-kanak sahaja, tetapi Mek akui memang banyak tempahan daripada ibu bapa yang ingin menyambut hari jadi anak mereka.
“Dalam satu kotak, saya boleh lukis dua atau tiga tema bergambar. Gambar itu saya warnakan dengan meriah, jadi sebab itulah saya rasa secara tak langsung golongan ibu-ibu berkenan nak jadikan hadiah untuk kanak-kanak. Selain tu, saya juga ada pelanggan korporat yang akan minta design ikut kepada tema logo syarikat. Jadi pelanggan kami tak terhad kepada kanak kanak sahaja,” katanya lagi.
SERONOK APABILA PELANGGAN KATA CANTIK
Sebagai peniaga, kepuasan pelanggan adalah nombor satu. Apabila pelanggan kata cantik dan puas hati, sudah pasti kita akan tersenyum lebar.
“Memang ketika mula mula saya belajar lukis, susah betul. Jenuh rasanya sebab tangan bergegar apabila nak free hand drawing. Saya ada masuk kelas secara bersemuka dan belajar melukis untuk tambah skill serta cara guna berus lukisan untuk kek. Alhamdulillah sekarang dah tak susah lagi nak melukis. Saya seronok melukis atas swiss roll. Apabila siap, pelanggan kata puas hati dengan produk saya, perasaan penat itu hilang terus. Saya boleh siapkan lukisan kurang dari 30 minit. Dari segi masa, semua bergantung kepada jenis design. Kalau lagi complicated lagi lama pernah saya duduk melukis antara empat hingga lima jam tak bergerak gerak sampai siap,” cerita Mek lagi.
ANGGARAN 500 HINGGA 700 SWISS ROLL SEBULAN
Siapa sangka, bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, hingga kini perniagaan swiss roll Mek telah semakin maju. Dia bergabung dengan sebuah majlis korporat untuk festival kuih bulan. Untuk tujuan ini, dia perlu hasilkan antara 500 hingga 700 kotak swiss roll.
“Pada masa akan datang, saya berminat untuk menambah beberapa menu lagi and asah skill sampai boleh buat human potrait drawing atas swiss roll atau kek. Saya ingin Mek anda Bake terus berkembang dan terus jaga kualiti produk jualan,” katanya menutup bicara.
JOM TENGOK 10 DESIGN LUKISAN SWISS ROLL MEK AND BAKE
Amacam? Cantik-cantik kan? Jadi, selepas ini, bolehlah raikan hari jadi anak dengan swiss roll pula. Tidaklah asyik raikan dengan kek saja setiap tahun. Kan?
Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch ni memang sedap dan rangup. Menerusi perkongsian saudari Hazlita Ishak, resipi ni memang sangat senang. Jadi bolehlah cuba buat sempena sambutan hari raya Aidilfitri nanti.
CARA BUAT BISKUT HONEY NESTUM ALMOND COOKIES CRUNCH
BAHAN A:
250gm mentega atau marjerin
½ cawan gula perang halus
1 penutup esen vanilla
2 sudu makan madu
BAHAN B:
1 sudu teh baking
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
BAHAN C:
1 ½ cawan tepung gandum
BAHAN D:
2 sudu makan susu tepung
BAHAN E:
½ cawan nestum
½ cawan cip coklat
½ cawan kepingan badam ( almond nips/strips)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan pukul rata menggunakan pemukul tangan. Kemudian masukkan bahan B. Pukul sekali lagi hingga sebati.
2. Tambahkan bahan C sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Masukkan juga bahan D. Gaul lagi.
3. Tambahkan bahan E. Gaul lagi supaya rata. Jika adunan agak berderai, tambahkan mentega atau marjerin sedikit demi sedikit hingga adunan jadi tidak berderai. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Cubit adunan atau ambil menggunakan sudu. Kemudian susun atas dulang pembakar.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 10 minit. Bakar adunan selama 30-35 minit. Masa memasak mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing. (Masak biskut ni api ketuhar kena perlahan)
6. Bila dah masak, keluarkan. Semasa panas, biskut ini agak lembut. Bila sejuk, barulah ia akan keras dan rangup bila dimakan.
Kek pandan bersantan, menu mudah untuk minum petang. Memang sedap dan mudah untuk dibuat. Tidak perlu guna planta atau marjerin pun kek dah jadi gebu gebas. Jom kita intai resipi perkongsian oleh Siti Sarah Hamid ini.