Sempena Aidilfitri tahun ni, bolehlah cuba buat biskut yang unik ni. Biskut Limau Pokkan Mandarin; persis limau yang sebenar. Pasti anak-anak tak sabar nak rasa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
BISKUT LIMAU POKKAN
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
90gm gula icing
200gm tepung gandum
1 biji kuning telur
50gm tepung kastard
50gm tepung jagung
30ml perahan limau pokkan atau orange paste. ( boleh juga guna sirap sunquick)
Cengkih dibuang bunganya ( secukupnya)
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga sebati.
Ads
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain ( kecuali bunga cengkih). Adun hingga sebati.
3. Cubit doh dan golekkan dalam penapis untuk mendapatkan corak seperti kulit limau.
4. Cucuk bunga cengkih bagi membentuk seakan tampuk limau.
Ads
5. Sapu glase atau eggwash. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga biskut masak. ( suhu & masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.)
6. Selamat mencuba!
Ads
BAHAN EGGWASH
1 biji kuning telur
2 sudu makan susu segar
CARA MEMBUAT:
Satukan bahan-bahan diatas dan kacau rata. Sapu pada biskut.
Esok kan cuti , jadi bagi mengisi rasa bosan jom kita membaking. Buat kek ni tak sama seperti buat biskut. Bukan nya campak campak jadi. Kena follow bahan-bahan yang diperlukan. Jangan memandai nak menokok tambah, karang jadi lah kek bantat pula. Pastikan bahan-bahannya betul dan mengikut langkah demi langkah.
Cara memasak:
1. Pukul cream cheese sehingga ringan, dalam 3-6 minit.
2. Masukkan whipping cream, pukul dalam 3-5 minit.
3. Masuk gula & butter, pukul dalam 3 minit.
4. Masuk telur 1 biji dan pukul dalam 2 minit, kemudian masuk lagi 1 biji telur dan pukul 2 minit.Masukkan perahan lemon.
5.Masukkan esen vanila dan tepung, tak perlu pukul, gaul guna spatula kek atau senduk.
6. Sapu loyang dengan butter, alas dengan kertas kek dan masukkan bancuhan kek.
7. Panaskan oven 5 minit dengan suhu 180 darjah Celcius (bahagian bawah) sebelum masukkan loyang (bancuhan kek).
8. Masukkan loyang (bancuhan kek), set pembakaran 50 minit (bahagian bawah suhu 180 darjah celcius.
9. Selepas 50 minit, tukar mode panas bahagian atas untuk dapatkan effect “burnt” (suhu 180 darjah celcius)bakar dalam 5-8 minit.
10. Keluarkan dan biar sejuk, selepas sejuk baru hias ikut kreativiti masing-masing.
*Jangan simply tukar bahan-bahan buat kek, seperti ganti butter dengan marjerin, lemon dengan limau kasturi dan lain lain walaupun pada mata kasar bahan-bahan tu ada persamaan, hakikatnya profil kimia bahan-bahan tersebut berbeza.🤣🤣🤣😅
*Kepanasan oven juga berbeza, terutamanya oven baru beli dgn oven lama yang dah biasa guna, ikut resipi asal bakar 200 darjah Celcius, tp oven saya baru so kepanasan 200 tu buat kek sedikit terlebih masak.
*Baking kena fokus, jgn kejap basuh kain, kejap sapu sampah, kejap pegi cuci longkang or pergi membebel.haa..haaa… yg tak biasa dgn oven kena “memahami perangai atau feel” oven korang… mcm manusia adik beradik 1 kilang, tp perangai lain2.🤣🤣🤣
*Hias kek, boleh letak gula ising, buah-buah beri atau apa yang korang suka.
*Burnt Cheesecake better disejukkan dalam peti ais sebelum korang makan. *Masaklah dengan kasih sayang, jangan marah2 ok… InSha Allah menjadi.
Semperit Chocolate Rice antara biskut raya yang sesuai sangat dibuat untuk yang baru-baru nak cuba hasilkan sendiri kuih raya.
Adunannya mudah dan gerenti jadi. Tapi bagi memastikan ia sedap kena tambah satu bahan yang dikongsi oleh Anita Ahmad yang juga peniaga biskut ini selama 10 tahun.
250gm mentega (Buttercup atau apa-apa jenis butter)
80gm gula aising
350gm tepung naik sendiri atau tepung biskut
Bahan tambahan lain untuk jadi penyedap biskut
50 gm serbuk kacang badam
1. Pastikan mentega tidak keras dan berada dalam suhu bilik.
2. Kacau mentega bersama gula aising hingga sebati, hanya guna spatula atau senduk kayu. Kacau-kacau manja.
3. Masukkan serbuk kacang badam dan kacau.
4. Masukkan tepung, kacau lagi hingga dapat adunan doh yang lembut anggaran 350gm atau lebih ikut acuan mudah dan lembut.
5. Kemudian terap atau bentuk mengikut citarasa. Hias dengan chocolate rice.
Nota: Sekiranya ingin membuat biskut semperit coklat tambahkan 30gm serbuk koko sebelum masukkan tepung.
Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Sekarang ni, masa untuk membuat biskut bagi meraikan tetamu yang datang ke rumah. Kami kongsikan resipi membuat Biskut Nescafe Badam yang pastinya sedap.
BAHAN A
• 1 cawan mentega
• 1 cawan gula perang
• 1 biji telur ayam grade A+
• 2 sudu besar susu tepung
• 1 sudu kecil Nescafe
BAHAN B
• 2 cawan tepung gandum serba guna
• 3 sudu besar tepung jagung
• 1 sudu kecil baking powder
BAHAN C
• 3/4 cawan badam
• 1/4 cawan coklat chip
CARA MEMBUAT
1. Satukan Bahan A dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan Bahan B dan gaul rata.
3. Akhir sekali masukkan Bahan C.
4. Gaul sehingga semua bahan sebati.
5. Sudukan dalam dulang ikut bentuk yang disukai. Bakar pada suhu 170°C sehingga keperangan.
Salah satu tip nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.