Teringin nak makan Meatballs? Jom buat Baked Meatballs with Mashed Potato sendiri. Walaupun ada banyak bahan tetapi nak buatnya tidaklah sesukar yang disangka. Jom buat hidangan istimewa ini untuk seisi keluarga. Gunakan Perfect Italiano Mozzarella, keju Chesdale dan Anchor Salted Butter untuk menambah aroma di dalam hidangan. Anda pasti puas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba!
BAKED MEATBALLS WITH MASHED POTATO
Bahan-bahan:
2 sudu Anchor Salted Butter
20 biji bebola daging
100gm Perfect Italiano Mozzarella
2 keping keju Chesdale
30gm daun sup
4 ulas bawang putih | kisar kasar
1 batang serai | dititik
1 sudu besar mixed herbs
200gm puri tomato
250gm potato powder
200gm Anchor Cooking Cream
Garam secukupnya
Ads
Cara Memasak:
Tumiskan bawang putih dan serai bersama Anchor Salted Butter hingga naik bau. Masukkan bebola daging serta mixed herbs dan tunggu sehingga bebola daging masak.
Masukkan puri tomato hingga mendidih. Kemudian, masukkan keju Chesdale dan tunggu hingga keju mencair. Taburkan daun sup. Tambahkan garam secukupnya lalu tuang ke dalam loyang bersama bebola daging.
Panaskan Anchor Cooking Cream, masukkan potato powder sedikit demi sedikit hingga menjadi mashed potato.
Tuangkan mashed potato di atas bebola daging tadi dan ratakan.
Taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 15 minit atau sehingga keju mencair dan keperangan.
Resipi Sandwich Tuna Berkeju yang cukup ringkas. Intinya menggunakan tuna yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain. Nampak sangat sedap dan tentunya mengenyangkan. Memang patut dicuba. Gunakan Anchor Cheddar Cheese Slices yang kaya dengan protein dan kalsium serta Anchor Spreadable untuk memberi aroma kepada sandwich kita. Enak juga dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink untuk kanak-kanak atau Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+ untuk dewasa.
SANDWICH TUNA BERKEJU
Bahan-bahan:
1 tin tuna | tapis amek tuna sahaja, air tak nak
Anchor Spreadable secukupnya
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
4 sudu mayones
1 biji bawang merah | kisar kering
2 ulas bawang putih | kisar kering
1 biji lemon jus
30gm daun sup
4 keping roti putih
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, gaul tuna, mayones, bawang merah, bawang putih, lemon jus, daun sup. Perasakan bagi sedap.
Sapukan Anchor Spreadable di atas roti.
Kemudian, ratakan inti tuna di atas roti, letakkan Anchor Cheddar Cheese Slices dan tutup dengan roti satu lagi.
Panggangkan roti hingga perang.
Boleh dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink untuk kanak-kanak atau Fernleaf Probiotic+ untuk dewasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Antara kuih yang menjadi kegemaran ramai tentunya Popiah Goreng Berkeju ni. Intinya simple tetapi sedap dimakan. Lebih-lebih lagi ketika panas. Cicah dengan sos lagi laju makan. Untuk something yang different, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna.
POPIAH GORENG BERKEJU
Bahan-bahan:
½ cawan minyak masak
8 keping kulit popiah | untuk 8 hidangan
1 biji bawang merah | kisar kasar
250gm ayam kisar
½ batang lobak merah | hiris nipis
1 kotak Anchor Cooking Cream
80gm Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu besar mixed herbs
Garam
Serbuk perasa
Air secukupnya | untuk kemasan popiah
Cara Memasak:
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan ayam kisar dan tunggu sehingga ayam masak.
Kemudian, masukkan mixed herbs dan Anchor Cooking Cream. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
Angkat dan sejukkan inti.
Ambil kulit popiah, letakkan inti ayam, lobak merah dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Gulung dengan kemas. Sapukan air di hujung popia supaya tidak terbuka.
Biskut Emping Jagung Rangup ni memang antara biskut yang famous ketika Hari Raya. Kalau masih tercari-cari biskut apa yang buat untuk raya nanti, boleh buat biskut ini. Seronok makan biskut ni kerana ia rangup di dalam dan juga di luar.
Pastikan anda masak menggunakan Mentega Anchor Unsalted. Maklumlah, mentega Anchor ni kan diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Bau biskut ni pula memang harum. Anda wajib cuba!
BISKUT EMPING JAGUNG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
225gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
2 cawan cornflakes – ramas kasar
1 ¾ cawan tepung gandum
¾ cawan gula kastor
¼ cawan tepung jagung
½ sudu teh baking powder
1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Unsalted bersama gula kastor dan telur lalu gaul sebati (guna spatula kayu).
Cuba resipi kepak ayam sweet & spicy yang mudah, sedap dan sesuai untuk anak-anak. Gabungan manis, masin dan pedas menjadikan hidangan ini wajib dicuba!