Ayam Popcorn rangup memang menjadi kegemaran anak-anak. Senang nak disediakan anak-anak pun puas makan kalau buat sendiri.

Mak ayah pun boleh tumpang sekali, makan panas-panas dengan cili sos dan mayonis sangatlah sedap.

Isi ayam yang dipotong kecil dan digoreng ranggup dengan bahan perapan yang istimewa. Saiz yang kecil seakan popcorn membuatkan ia senang dikunyah terutama kanak-kanak.

Boleh juga buat banyak-banyak dan bekukan. Simpan stok dalam peti sejuk anak-anak nak makan boleh goreng dalam air fryer.

AYAM POPCORN

Resipi Ayam Popcorn Rangup, Kudapan Kegemaran Anak. Sesuai Buat Cuti Sekolah Ni

BAHAN-BAHAN:

  • 7 Ketul isi ayam (potong dadu)

Resipi Ayam Popcorn Rangup, Kudapan Kegemaran Anak. Sesuai Buat Cuti Sekolah Ni

IKLAN
BAHAN-BAHAN 1:
  • * 6 ulas bawang putih
  • * 2 batang serai
  • * 1 sudu kecil lada hitam
  • * halia seinci
BAHAN-BAHAN 2
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
BAHAN-BAHAN 3:
  • 2 biji telur
BAHAN-BAHAN 4:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Garam secubit

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ayam yang sudah dipotong dadu bersama garam dan kunyit.Resipi Ayam Popcorn Rangup, Kudapan Kegemaran Anak. Sesuai Buat Cuti Sekolah Ni

2. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tuangkn bahan kisar ke dalam ayam tadi. Masukkan bersama bahan ke 2 gaul sebati. Perapkn sejam @ lebih.Resipi Ayam Popcorn Rangup, Kudapan Kegemaran Anak. Sesuai Buat Cuti Sekolah Ni

3. Pecahkan telur dalam bekas asing.Resipi Ayam Popcorn Rangup, Kudapan Kegemaran Anak. Sesuai Buat Cuti Sekolah Ni

4. Satukan bahan 4 dan gaul sebatiResipi Ayam Popcorn Rangup, Kudapan Kegemaran Anak. Sesuai Buat Cuti Sekolah Ni

IKLAN

5. Celup isi ayam satu ke dalam telur kemudian celup ke dalam tepung. Terus masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Buka api perlahan goreng sehingga masak dan tos.Resipi Ayam Popcorn Rangup, Kudapan Kegemaran Anak. Sesuai Buat Cuti Sekolah Ni

Kredit: norhayu hanafi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Ayam Masam Manis, Menu Ringkas & Mudah. Memang Menyelerakan!

Resepi Ayam Balado Sedap & Sangat Mudah Dimasak

Garlic Popcorn Chicken Dengan Lemon Thyme, Kudapan Enak Ala Barat Untuk Seisi Keluarga

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=dtSGBLehrz4

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI