Anak-anak yang susah nak makan, memang merunsingkan hati ibu bapa. Biasanya lauk ayam antara yang paling mudah untuk diolah menjadi hidangan yang mereka suka. Salah satu ideanya ialah resipi Ayam Popcorn ni. Mudah & sedap. Selamat mencuba!
AYAM POPCORN CRUNCHY
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm dada ayam | dipotong dadu
2 ulas bawang putih| dikisar
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 cawan tepung
1/4 cawan mentega
2 biji telur | dipukul
3 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Ads
Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika. 2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata. 3. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata. 4. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi. 5. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair. 6. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis. 7. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Tidak semua orang akan suka makan ayam pencen, namun masih ada peminatnya. Tekstur ayam pencen tidak sama dengan ayam biasa kerana ayam pencen ni biasanya lebih liat.
Menerusi perkongsian saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, masakan yang sesuai dengan ayam pencen ialah masak rendang!
TONTON Dapur Rasa Live:Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
CARA-CARA:
1. Ayam pencen dah siap salai. Bau dia semerbak, tapi kalau makan terus ni, mungkin tertanggal gigi dan terseliuh rahang. Kulit dia pun liat. Sebab tu kita masak rendang, reneh dia sampai lembut.
2. Bahan-bahan tadi, kecuali daun limau dan daun kunyit, kita kisar halus. Gunakan air, jangan guna minyak. Masakan kita ni tak gunakan minyak langsung.
3. Sambil kisar, sangai jintan manis. Sangai sampai aroma dia semerbak. Kalau malas sangai, guna sahajalah serbuk jintan manis. Nak letak jintan manis dan ketumbar? Boleh juga.
4. Masukkan jintan dalam pengisar. Campur sekali dengan bahan-bahan tadi. Kisar sampai lumat.
5. Itu dia! Bahan kisar kita letak dalam kuali. Hidupkan api. Godek-godek sikit, sampai panas. Oleh kerana tak ada minyak, kena hati-hati, sentiasa kacau,jangan biar sampai hangit.
6. Ok dah boleh masukkan ayam salai yang telah dipotong kecil. Digalakkan potong kecil supaya cepat lembut. Jangan risau, ayam pencen ni tak hancur punyalah.
7. Letak santan dan masukkan air semangkuk atau sehingga ayam boleh tenggelam.
8. Lebih kurang macam ni (dalam gambar). Ha, masa ni bau dia dah sedap. Terbayang ayam salai masak lemak cili api. Bahan-bahan pun lebih kurang, kan? Sekarang kita reneh 1-2 jam. Nak cepat guna periuk tekanan.
9. Masukkan asam keping, garam, gula secukup rasa. Biar seimbang semuanya. Ayam salai saya tadi, dah ada garam sikit, jadi kena kurangkan sikit garam tambahan.
10. Bila dah hampir kering, masukkan hirisan daun limau dan daun kunyit. Barulah wangi rendang kita ni! Bau segar je. Masak lagi sampai kering.
11. Ada orang dah anggap kering macam ni (dalam gambar) kira dah jadi. Ada yang suka betul-betul kering. Terpulang pada citarasa masing-masing. Saya suka sampai betul-betul kering. Baru padu!
12. Dah siap! Pedas, wangi, dan ada aroma salai. Nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan? Makan dengan nasi, ketupat, atau lemang, memang terangkat! Ini alternatif terbaik untuk pelbagaikan hidangan raya.
Masih dalam mood raya. Mungkin ada yang nak buat potluck di pejabat. Mungkin boleh buat rendang ikut resipi ini. Rendang tu nampak berminyak sebab tumis bahan-bahannya lama. Rendang ni tumis lama lagi sedap. Bila masukkan ayam elok sebati dan sedap. Sesetengah orang tak suka berkuah, suka kering. Jadi ini rendang versi berkuah.
Rendang Ayam (1 ekor ayam)
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
8 batang serai*
5 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 sudu cili blend(ikut kepedasan masing-masing)
2 asam keping
5 sudu kerisik
500g santan (atau agak-agak saja)
2 sudu rempah kari ayam
1 sudu serbuk jintan manis
½ sudu serbuk kunyit
4 helai daun kunyit
2 tangkai daun limau
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam
Gula
Ajinomoto
Cara memasak:
1.Kisar halus bahan bertanda *.
2.Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan bertanda * dan cili blend. Biarkan seketika. Masak dengan api yang perlahan.
3.Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam, gula dan aji.
4.Boleh tambahkan secawan air. Tumis sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
5.Masukkan daun limau dan kerisik.
6.Masukkan ayam dan asam keping. Biarkan dalam 5 minit dan terus masukkan santan.
7.Setelah masak taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kaup balik dengan perlahan dan biarkan dalam 3 minit. Siap untuk dihidang.
Orang Negeri Sembilan memang gemar masakan pedas. Kali ni RASA nak kongsikan resipi bagi korang yang nak cuba rendang ayam style Negeri Sembilan. Memang akan guna cili padi dan paling istimewa siap ada pegaga. Boleh try la buat nanti. Pemilik akaun facebook SuiSan Aliezsha empunya resipi ini.
BAHAN-BAHAN
Cili api secukupnya (ikut tahap pedas yang dimahukan)
Lada hitam secukupnya
2 cm kunyit hidup
3 tangkai serai
1 ekor ayam (potong kecil, cuci dan toskan)
2 biji kelapa parut (perah santannya)
Asam keping secukupnya
Pucuk pegaga
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar halus cili padi, lada hitam, kunyit hidup dan serai. Ketepikan.
2. Dalam kuali, masukkan ayam bahan kisar tadi. Masukkan santan dan kacau sebati.
3. Biarkan mendidih.
4. Masukkan asam keping.
5. Apabila kuah semakin pekat, masukkan pegaga dan garam.
6. Kacau sekejap-sekejap. Biar sampai agak kering. Kemudian matikan api.
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.