
Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak untuk hidangan seharian. Kadangkala dalam seminggu, tanpa disedari, anda berulang memasak juadah yang sama dan ini membuatkan anak-anak merungut. Nakkan kelainan? Jom cuba menu Ayam Pop sedap ni. Menu ringkas tapi nikmat kalau dapat. Ada sambal power!
CARA MASAK AYAM POP
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam sederhana besar
- 2 cm halia
- 1 batang serai
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji limau nipis
- 200 ml minyak masak
- Garam secukupnya
- Bahan perasa secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SAMBAL:
- 1 biji tomato | buang biji dan hiris
- 3cm belacan
- 50ml air
- 7 biji cili merah
- 3 biji bawang merah
- 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
- Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar. Kemudian diperap bersama bahan yang dikisar selama 30 minit.
- Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang telah diperap.
- Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
- Masukkan ke dalam pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
- Kisar hingga lumat.
- Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.
.
INFO CHEF: Ayam Pop adalah masakan popular di kalangan masyarakat Padang, Indonesia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Lauk Pauk Kampung Yang Sedap & Mudah

Bila pandang menu lauk pauk kampung ni, teringat kenangan masa kecil dahulu. Menu kebanyakannya simple sahaja. Namun rasanya memang sangat sedap dan buat kita teringat-ingat. Bagi anda yang gemarkan sajian lauk kampung yang ringkas, menu-menu dibawah ini antara yang boleh dicuba.
RESIPI LAUK PAUK KAMPUNG
1. MASAK LEMAK CILI API ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor itik salai
- 4 sudu makan cili api – yang telah ditumbuk lumat
- 2 sudu makan kunyit hidup- yang telah ditumbuk lumat
- 2 biji kelapa – ambil santan pekat sahaja
- 4 keping asam keping
- 4 batang serai – diketuk
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masukkan daging salai, cili api dan kunyit ke dalam periuk dan masak atas api sederhana.
2. Biarkan seketika sehingga air dari itik dan cili telah sejat dan agak kering.
3. Apabila airnya telah sejat, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih hingga itik empuk sambil dikacau agar tidak pecah minyak.
4. Masukkan asam keping, serai dan garam secukup rasa.
5. Kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga naik minyak.Kacau sekali sekala.
6. Masakan lauk kampung ini sudah sedia untuk dihidangkan
INFO CHEF : Inilah kelainan masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, ramuannya tidak menggunakan bawang. Daging atau itik adalah yang telah siap disalai.
2. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
- 250gm udang saiz sederhana
- 1 mangkuk kecil terung pipit
- 5 sudu makan cili kering – dikisar
- 5 biji bawang kecil – ditumbuk lumat
- 3 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
- 2 sudu makan asam jawa – diperah bersama setengah cawan air
- 1 biji bawang besar – dihiris nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3. Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
3. AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam
- 2 biji kentang – dipotong nipis memanjang
- 2 biji cili hijau – dihiris nipis
- 1 biji bawang besar – dihiris nipis
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 sudu makan pes cili kering
- 5 sudu makan kicap lemak manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan tepung jagung – dibancuhkan sedikit air
- 4 ulas bawang putih – dikisar atau ditumbuk
- 2 ulas bawang putih – dikisar atau ditumbuk
- 2.5 sm halia – ditumbuk
- Gula dan garam secukup rasa
- Kunyit serbuk secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit serbuk , goreng hingga masak dan ketepikan.
2. Gaulkan kentang bersama garam dan digoreng hingga masak.
3. Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
4. Masukkan pes cili kering dan digoreng hingga garing.
5. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan biarkan hingga naik baunya.
6. Masukkan sos tiram dan kicap, masukkan air secukupnya.
7. Biarkan hingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukupnya.
8. Masukkan ayam dan kentang, biarkan mereneh seketika
9. Masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dihiris.
10. Masukkan tepung jagung yang dibancuh sedikit air untuk memekatkannya.
11. Masukkan asam jawa, garam, gula secukupnya dan biarkan ia mereneh seketika sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk.
4. IKAN CENCARU SUMBAT
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan cencaru
- 2 biji cili merah – ditumbuk
- 8 biji cili api – ditumbuk
- 1/2 biji bawang besar – dihiris
- Sedikit belacan
- 1 biji limau kasturi
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam.
2. Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka)
3. Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.
4. Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.
5. Goreng sehingga masak
5. IKAN KELI GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor ikan keli
- 2 biji cili merah – ditumbuk halus
- 10 biji cili api – ditumbuk halus
- 1/2 biji bawang besar – dipotong memanjang
- Garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan ikan keli bersama kunyit serbuk dan garam.
2. Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah dan cili api yang telah ditumbuk sehingga garing.
4. Setelah cili telah garing masukkan pula bawang besar yang dihiris memanjang dan biarkan sehingga bawang agak layu.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi.
7. Gaul rata dan sedia untuk dimakan.
INFO CHEF : Untuk menghilangkan lendir ikan keli, basuh dengan sedikit air limau nipis dan sedikit garam. Boleh juga digunakan tepung gandum untuk cuci ikan, disarankan juga untuk perap dengan tepung selama 15 minit. Ini juga mengelakkan ikan daripada meletup-letup atau melekat di kuali masa menggoreng.
6. KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
500 gm daging – dihiris nipis
1 biji bawang besar -dihiris membulat
5 biji cili api -dihiris
1 batang serai – dihiris nipis
2 biji limau kasturi
Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
2.Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
3.Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
INFO CHEF : Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
7. SAMBAL TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
- 2 keping tempe /dipotong sederhana nipis
- 250 gm ikan bilis/ secukupnya
- 3 sudu makan pes cili kering
- 5 biji bawang kecil/ ditumbuk atau dikisar
- 1 asam keping
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Biarkan ia sejuk.
2. Tumis pes cili kering hingga garing, dan masukkan bawang kecil dan biarkan seketika.
3. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.
4. Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis dan digaul rata.
INFO CHEF : Sambal ini juga boleh dijadikan sarapan ,dimakan bersama roti.
Mi Goreng Basah Seafood, Senang Dimasak Untuk Tetamu

Memang sedap mi goreng basah seafood. Boleh dimakan pagi atau untuk minum petang. Kalau tetamu datang pun, boleh hidangkan. Nak masak senang, rasa pun sedap. RASA berikan resipinya. Cubalah. Confirm tak kecewa.
MI GORENG BASAH SEAFOOD
BAHAN TUMBUK
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
4 sudu kecil lada hitam
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram udang
Setengah cawan air
3 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji tomato (potong kiub)
200 gram mi kuning
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong dan udang. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
4. Masukkan sayur dan mi. Gaul sebati.
5. Boleh tambah garam dan gula jika suka. Biar seketika dan matikan api.
Selamat mencuba!
Tak Perlu Terbang Jauh Untuk Nikmati Hidangan Korea. Buat Homemade Lagi Nikmat!

Jika anda peminat drama & ‘oppa’ Korea, pastinya teringin nak cuba aneka sajian enak dari negara Kimchi ni kan? Tak sukar pun jika anda nak cuba masak sendiri di rumah. Jom cuba!
1. KEK BERAS PEDAS (TTEOLBOKKI)
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kek beras Korea
- 5 ekor ikasn bilis besar|dibuang perut
- 5 keping kelp ( rumpai laut)
- 60ml air
- 90gm pes cili Korea ( gochujang)
- 5gm serbuk cili
- 5gm gula
- Garam secukup rasa
- 5 ketul bebola ikan goreng
- 60gm kobis yang telah dipotong
- 1 pokok daun bawang
CARA MEMASAK:
- Masukkan air, ikan bilis dan rumpai laut ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
- Perlahankan api dan keluarkan ikan bilis dan rumpai laut dan masukkan pula kek beras.
- Satukan pes cili, serbuk cili dan gula. Gaulkan sehingga rata dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga pes menjadi sebati.
- Masukkan bebola ikan, kobis, telur dan daun bawang. Kacau dan masak sehingga kek beras menjadi lembut dan sos menjadi pekat dan berkilat.
- Angkat dan hidangkan.
Info Chef: Bahan-bahan seperti kek beras Korea, Kelp,Gochujang boleh didapati di kedai-kedai barangan Korea atau pasaraya besar di ibu kota.
2. AYAM GORENG RANGGUP BERSOS PEDAS (DAKGANGJEONG)
BAHAN-BAHAN:
- 650gm kepak ayam
- 5gm garam
- 5gm serbuk lada hitam
- 5gm serbuk bawang
- 60gm tepung kentang
- 60gm tepung beras
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PEDAS:
- 2 ulas bawang putih|dicincang
- 90gm pes cili Korea
- 30gm serbuk cili
- 30ml kicap cair
- 15ml madu
- 5ml minyak
- Sedikit bijan panggang
CARA MEMASAK:
- Perap ayam bersama garam, lada hitam dan serbuk bawang dan ketepikan.
- Satukan tepung ke dalam bekas.Masukkan ayam yang telah diperap terlebih dahulu dan gaul rata sehingga ayam bersalut dengan tepung.
- Panaskan minyak dan gorengkan ayam di dalam minyak yang panas selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan toskan. Biarkan ia sebentar.
- Goreng semula ayam sehingga ia bertukar warna keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan sos pula, satukan semua bahan-bahan sos kecuali bawang putih dan minyak.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan bahan-bahan yang telah disatukan. Masak sehingga sos agak pekat.
- Masukkan ayam yang telah digoreng. Padamkan api dan gaulkan sehingga rata.
- Taburkan bijan panggang sebelum dihidangkan.
3. KIMCHI JIGAE
BAHAN-BAHAN
- 200gm isi ayam
- 1 keping tauhu | dipotong kecil
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 130gm kimchi
- ½ cawan jus kimchi
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 sudu makan gula
- Secubit garam
- 2 sudu makan pes cili korea “gochujang”
- 1 sudu makan serbuk cili “gochugaru”
- 1 sudu makan minyak bijan
BAHAN AIR REBUSAN:
- 1 kiub pati ikan bilis
- ½ cawan lobak putih
- 3 keping rumpai laut “kelp”- jika tiada, boleh diabaikan
- 3 batang daun bawang
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
- Perap isi ayam bersama kicap cair, sedikit garam dan lada hitam. Biarkan selama 15 minit.
- Untuk menyediakan air rebusan, campurkan bahan-bahan ke dalam periuk. Reneh selama 20 minit dengan api sederhana. Tutup api dan tapis. Gunakan air rebusan sebagai stok untuk membuat Kimchi J
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
- Tumis kimchi bersama bawang besar sehingga naik baudiikuti ayam yang telah diperap. Masukkan air rebusan yang telah direneh tadi ke dalam kuali.
- Masukkan gochujang, gochugaru,jus kimchi, gula, garam dan lada hitam. Kacau hingga sebati.
- Biarkan menggelegak dan masukkan tauhu.
- Tutup api dan sedia dihidang bersama nasi.
Info chef: Sebelum memasukkan garam, cuba kuah terlebih dahulu bagi sesuaikan rasa.
4. JAPCHAE
BAHAN-BAHAN:
- 300gm Mi Japchae | Korean Sweet Potato Noodle – jika tiada, boleh ganti dengan suhun
- 45ml kicap cair
- 5gm gula
- 20ml minyak bijan
- 200gm daging batang pinang|dipotong nipis memanjang
- 5ml kicap cair
- 5ml minyak zaitun
- 5gm serbuk lada hitam
- Sedikit parutan halia
- Sedikit daun bawang
- 2 ulas bawang putih|dicincang halus
- 1 biji bawang besar|potong nipis
- Sedikit taugeh hijau
- Sedikit daun bawang
- 2 biji cili padi
- 5gm bijan panggang
- 2 biji cendawan Shitake|potong nipis
CARA MEMASAK:
- Perap daging bersama kicap cair, minyak zaitun, lada hitam, parutan halia dan daun bawang.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng seketika daging yang telah diperap. Pastikan daging tidak digoreng terlalu lama untuk memastikan ia tidak liat. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan kuali yang sama dan panaskan minyak. Goreng seketika lobak merah, bawang besar dan cendawan Shitake. Perisakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
- Setelah agak layu, masukkan bawang putih dan taugeh hijau. Goreng seketika dan padamkan api.
- Masukkan sayur-sayuran yang telah digoreng ke dalam mangkuk mee. Tuangkan lebihan sos. Gaul rata dan perisakan dengan garam dan lada hitam.
- Taburkan bijan panggang. Sekiranya anda suka rasa yang lebih pedas, tambahkan potongan cili padi dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef: Sekiranya anda suka rasa yang lebih pedas, tambahkan potongan cili padi dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
5. JJAJANGMYEON
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi ayam
- 3 batang sosej | dihiris
- 4 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 1 inci halia | ditumbuk halus
- Mee lidi atau spageti secukupnya | direbus
- Minyak untuk menumis
BAHAN SOS:
- 350ml air
- 200ml Jjajang Instant Paste
- 3 sudu tepung ubi
SAYUR-SAYURAN ( DIPOTONG DADU):
- ½ biji timun jepun
- 1 biji ubi kentang
- 1 batang lobak merah
- 1 biji tomato
- 1 biji bawang besar
- 2 biji cili
BAHAN PES JJAJANG:
- 1 cawan stok ayam | dikisar
- 2 Sudu makan kacang hitam | rebus & dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 2 sudu makan sos tiram | dikisar
- 1 sudu makan tepung jagung | dikisar
- 2 sudu makan gula melaka
- Gula secukup rasa
- Serbuk cili secukupnya (bergantung pada tahap kepedasan yang dikehendaki)
- Garam (jika perlu)
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama
- Masukkan sayur yang dipotong dadu ke dalam kuali. Goreng sampai layu.
- Masukkan ayam, air dan Jjajang Instant Paste.
- Biarkan menggelegak selama 10 minit dan tutup kuali. Masak sehingga semua bahan empuk.
- Bancuh 3 sudu tepung ubi dengan 100ml air dan masukkan ke dalam kuah yang menggelegak.Kacau sehingga likat dan kuah hitam berkilat. Pastikan tahap kepekatan pada kondisi pekat tidak berkuah. Padamkan api.
- Sos Jjangmyeon sedia dihidang bersama mi atau spageti.
- Jika ingin membuat pes Jjajang secara homemade, masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Masak hingga sedikit mendidih.
- Kemudian masukkan gula merah, gula, garam serta serbuk cili dengan secukupnya. Sejukkan dan bolehlah digunakan untuk memasak Jjangmyeon.
Info chef: Selain ayam, boleh juga menggunakan hirisan daging.