Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom try resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!

 

ASAM PEDAS TETEL

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg daging tetel
  • 15@20 tangkai cili kering*
  • 4 biji bawang merah kecil*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci belacan*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Gula melaka(saya guna sikit je. tak suka manis sangat)
  • Garam secukupnya
  • Daun limau purut (buang tulang tengah)
  • 3 batang serai – ketuk

 

Daging tetel yang belum dimasak. Foto: http://bukuresepiana.blogspot.my

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas hingga cili lembut..
  2. Kisar bahan-bahan bertanda (*) sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
  4. Masukkan daging tetel. Masak sehingga air daging keluar.
  5. Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut.
  6. Perasakan dengan garam serta gula melaka secukupnya. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi empuk.
  7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

IKLAN


INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.

Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria