Terasa nak makan Apam Balik Crispy? Kalau teringin, mari cuba buat sendiri. Resipi perkongsian saudari Noor Ashikin Yusuf ni memang mudah. Sekejap je dah siap dan boleh makan. Sekali buat boleh dapat dapat banyak. Memang puas makan.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan bahan satu persatu mengikut urutan. Setiap kali tambah bahan, setiap kali tu la perlu dikisar.Jangan letak semua sekaligus. Perlu kisar satu persatu. 2. Selepas dikisar, peram adunan selama 30 minit. Lebih pun tidak mengapa. 3. Panaskan kuali non-stick menggunakan api sederhana. 4. Sendukkan 1 senduk kecil adunan dan ratakan senipis-nipisnya. 5. Bila permukaan atas sudah mula berlubang ekcil, masukkan topping dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.
6. Bila Apam Balik mula kelihatan coklat disekelilingnya, bolehlah dilipat dan diangkat. 7. Apam Balik Crispy sedia untuk dimakan.
Dalam periuk, satukan tempoyak dengan kunyit hidup dan cili padi yang telah ditumbuk. Masukkan juga asam keping, daun kesum dan daun kunyit (simpul). Masukkan juga hirisan bunga kantan (pilihan). Gaul sebati.
Tambah air secukupnya dan masak di atas api sederhana besar. Kacau dari semasa ke semasa.
Masak hingga warnanya bertukar lebih kekuningan dan ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tip nak dapat kan colour gulai tempoyak tu cantik, gunakan cili api merah atau cili besar merah. Baru cantik colour dia
Selain bihun goreng biasa, korang yang ada banyak stok bihun kat dapur tu boleh lah cuba aneka resipi berasaskan bihun ni..Ada beberapa resipi bihun yang susah nak dapat di luar seperti mee siam berkuah dan juga bihun Singapura, jadi lebih baik jika kita buat sendiri di rumah mengikut citarasa sendiri kan? Selamat mencuba!
BIHUN GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN
Sebungkus bihun
*5 biji bawang merah (cincang)
*5 ulas bawang putih (cincang)
*3 batang serai (dititik)
*Udang geragau segenggam-cuci bersih
*Udang segar
*2 sudu pes thai tom yam
*Lobak merah-dihiris
Sayur sawi
CARA PENYEDIAAN
Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut
INFO
Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.
Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.
1 bungkus bihun (rendam sebentar dengan air hangat/panas hingga lembut, toskan)
300 – 400 gm taugeh (bersihkan)
BAHAN-BAHAN (RENCAH MEE)
1 ¾ cawan lada kering kisar
4 biji bawang besar *
8-10 ulas bawang putih *
300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
80 gm udang kering * (rendam)
Sedikit belacan *
(Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi)
Minyak untuk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam (atau secukup rasa tapi jangan bubuh terlalu banyak kerana belacan dan udang kering juga memberi kemasinan pada bahan ini)
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini untuk dibuat kuahnya.
Seterusnya, masukkan taugeh ke dalam rencah dalam kuali tadi lalu digaul rata sebentar. Kemudian, masukkan pula udang yang telah digoreng sebentar tadi dan bihun lalu dikacau hingga rata & sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.
BAHAN-BAHAN (KUAH)
½ bahagian rencah mee siam
8 cawan air
¾ – 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yang lain dibiarkan kasar-kasar)
180 gm gula pasir (kira-kira ¾ cawan)
Air asam secukup rasa (gunakan asam kira-kira 2-3 sudu makan)
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
100 gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar-kasar)
CARA PENYEDIAAN KUAH
Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam.
Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam.
Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya.
ambahlah apa lagi yang perlu. (Kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam & masin (sedikit je). Kemudian matikan api.
BAHAN TABURAN/SAMPINGAN
10 biji telur rebus
2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)
Daun kucai (dihiris)
Limau kasturi (dibelah dua)
Sambal tumis
SAMBAL TUMIS RINGKAS
1 cawan cili kering kisar }
1½ – 2 biji bawang besar }
sedikit belacan } ….. semua bahan dikisar
2 sudu makan gula
1 sudu teh air asam (sedikit je)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (optional)
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam periuk/kuali.
Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan) sehingga garing.
Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan api.
CARA MENGHIDANGKAN MEE SIAM BERKUAH
Bubuh secukup mee siam yang digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan.
Tuangkan kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi.
Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Hidangan siap!
3/4 mangkuk kecil udang kertas (yang bersaiz kecil)
BAHAN C
1 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
4 ulas bawang putih (dikisar kering)
3 biji cili kering (dikisar kering)
BAHAN D
1 camca besar sos tiram
2 camca besar Kicap Manis ABC
2 camca besar kicap masin
1/2 camca teh lada hitam
Air secukup nya supaya bihun kita sedikit berkuah
BAHAN E
4 ekor udang besar (dibuang kepala dan kulit nya)
Sedikit sayur (kucai atau lobak merah atau sawi)
Sedikit minyak bijan
CARA PENYEDIAAN
Udang kertas kecil tidak perlu dibuang kepala, kulit dan ekornya. Cuma di basuh bersih sahaja.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing. Semasa menggoreng, aroma udang akan keluar semerbanya.
Angkat dan toskan minyaknya dan masukkan ke dalam blender dengan sedikit air dan kisar sehingga halus. * Kulit-kulit udang yang digoreng garing akan hancur, jadi tidak perlu ditapis lagi.
Panaskan kembali minyak goreng udang tadi dan tumis hirisan bawang besar. Goreng sehingga layu.
Masukkan bahan C yang lain dan goreng sehingga hampir keperangan.
Masukkan bahan D dan masak sehingga kuah mendidih kembali.
Masukkan bihun, udang besar dan sayur. Ratakan semua, tutup tudung kuali dan perlahankan api supaya bihun masak dengan sempurna dengan wap yang terperangkap selama lebih kurang 5-6 minit
Selepas 5 minit, renjis minyak bijan dan ratakan kembali.
Kuih Apam merupakan antara kuih tradisionalyang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini. Nak buat pun mudah. Jom cuba. Bolehlah nikmati untuk minum petang atau sarapan esok.
Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
Dengan menggunakan ‘ hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
Setelah itu, kukus 15 – 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna.
Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: : Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...